SAHABAT SETIA SAJ

Sunday, January 30, 2011

TENANG: RAKYAT TIDAK JAHIL. BN TETAP DIHATI.



Salam 1 Malaysia, 


Syukur Alhamdulillah, Allah benar-benar membuka pintu hati dan mata rakyat Tenang untuk membuat penilaian terbaik dalam pentadbiran Dun Tenang itu. Walaupun laungan PAS yang berteraskan Islam, namun, ianya tidak mengubah majoriti suara rakyat untuk memilih BN sebagai parti yang mewakili suara rakyat.


PAS hanya melaungkan Islam, namun contoh peribadi yang ditonjolkan itu, tidak menepati apa itu Islam yang sebenar. Kegagalan PAS dalam menegakkan syiar Islam yang sebenar telah memakan diri PAS sendiri dengan fatwa-fatwa yang menyimpang di Tenang seperti undi UMNO itu haram Syarie dan juga Undi BN itu mengundi Jahiliyyah.


BN yang sentiasa mengutamakan agenda rakyat tetap menjadi pilihan rakyat. Kerana rakyat tahu, ISLAM tidak dijual sewenangnya sepertimana yang dilakukan PAS. Pembangunan itu juga dituntut dalam Islam. Islam ini luas. Tetapi, PAS menyimpitkan pemikiran Islamnya. NAMUN, PAS TETAP TEWAS DALAM PERTARUNGAN KALI INI. 


Apapun, syabas dan tahniah kepada Calon Tenang Tok Ai, serta jentera BN yang bergerak untuk memastikan, keamanan dan keharmonian rakyat tetap dijaga dan dipelihara. 


BN tetap mendahulukan rakyat dan ini terbukti dengan kemenangan yang dikecapi BN untuk pembukaan 2011.
InsyaAllah, 2011 adalah tahun tuah kepada BN.








KEPUTUSAN : BN MENANG.


BN                : 6699
PAS              : 2992 UNDI
MAJORITI     : 3707
UNDI TOLAK :142
PERATUSAN  : 67%

3 comments:

  1. UMNOlah yang sebenarnya yang laungkan Islam. Masjid Masjid dari Perlis hingga ke Sabah pun UMNO yang bina sejak Merdeka. Siapa yang boleh nafikan. PAS dah bina apa? Ukwah sesama Melayu pun tak boleh, sayang bangsa sendiri pun dah tak boleh. Terhegeh-hegeh nak undi Cina dan India sanggup gadai maruah Bangsa dan Agama sendiri. Macam ni nak pimpin Negara??? PAS ingat semua orang bodoh macam penyokong tegar mereka. Maaflah tak semua orang bangang.

    ReplyDelete
  2. Perhatikan kaum Cina memangkah PAS utk memenangkan PAS di peti2 undi majoriti kaum Cina.
    Di PRU 13 nanti, letaklah calon Melayu sahaja di kawasan majoriti Melayu. Biarkan MCA berentap dgn sesiapa saja di kawasan majoriti Cina.
    Nampak sungguh ada pakatan yg jahat di antara MCA, Gerakan, PKR dan DAP utk memenangkan calon bukan Melayu sahaja.
    Kalaulah UMNO dan PAS bersatu, boleh mamposlah kaum Cina dan India di Malaysia ini!
    Orang Melayu berharap Najib akan bertegas utk kepentingan orang Melayu.
    Diharap Melayu tidak mudah lupa ...

    ReplyDelete
  3. Anonymous,
    saya setuju dengan pandangan anda bahwa PAS gagal untuk tegakkan ISLAM apatah lagi perpaduan yg utuh sesama islam. PAS sendiri mahu bermusuh dengan UMNO dan mengatakan UMNO ini musuh islam. Kita sendiri boleh menilai, parti mana yg musnahkan agama sebenarnya.

    En Mohd,
    Saya juga terfikir perkara yang sama, mengenai cina boleh mengundi PAS kerana cina tahu, undi PAS akan naikkan DAP di Tenang atau di JOHOR. Adakah cina itu tahu islam dan termakan ceramah PAS ??? Adakah cina itu ramai2 masuk islam kerana tertarik dengan islam daripada ceramah PAS ??? Ternyata tidak kerana cina hanya mahukan DAP yang bersama PAS.
    Kita mengharapkan agar melayu PAS sedar akan hal ini dan tidak menyombongkan diri dengan fakta ini.

    ReplyDelete