SAHABAT SETIA SAJ

Monday, August 18, 2014

MAT SABU WARNING HADI, KASI TUTUP MULUT !


Salam Bulan Kemerdekaan,




Pergghhh ! Semalam merupakan hari mencabar sangat ! Yelah, dah elok-elok 'jalan straight, tetiba, terpaksa U-turn pulak dah'.... Yang bawa kereta pulak tu, mabuk duit ketum (mat sabu ler). Udah... tak tentu arah jadinya.

Ha biorkan.... lantak nyer dorang cenggitu. Dah faham sangat dah. Tiada pendirian langsung PAS terhadap isu MB Selangor, yang pada mulanya, menyokong Khalid, lepas tu sokong Jijah Kipas, dan Azmin Aiskrim. Pulak tu, ada hati suruh exco PAS bekerja seperti biasa dengan Khalid. Wayang sangat dorang ni.

Tidak seperti BN, apabila ianya melibatkan isu sensitif dan kelangsungan parti, BN ambil langkah rundingan dengan baik dan tetap pendirian. contoh isu Kalimah Allah, UMNO menyokong agar hak eksklusif kepada orang Islam sahaja, dan syukur, ketua dalam BN adalah Melayu Islam, iaitu DS Najib Razak. Makanya, suara-suara sumbang lain, perlu hormat.

kalau dalam PR, ketuanya ada 3, Anwar, Guan Eng dan Hadi, tapi, the most powerful voice is Anwar, followed by Guan Eng., dan ...... terhenti di situ. Tiada suara kuat daripada PAS. Ustaz Haron Din sendiri mengatakan, kalimah Allah untuk Islam sahaja, tetapi kerana, politik dan suara PALING LEMAH DALAM PR, IAITU PAS, maka, PAS pun akur bahawa, kalimah Allah, boleh digunakan dalam bible and herald. Tahniah PAS. Sebab apa, sebab suara Timb Presiden PAS lebih power daripada suara ulama' Pas.



Tengok seperti DS Hisham, yang merupakan Naib Presiden Umno, Menteri Pertahanan, tetap utuh dengan apa yang dikatakan ulama Haron Din. Beliau juga menurut undang-undang yang telah diputuskan.



DS Hisham ni, dia ni hatinya lembut, jiwanya lembut, penyayang, namun, kerasnya pada hukum dan undang-undang. sebab tu DS Hisham menyeru agar akar umbi UMNO BN merapatkan saf untuk melawan anasir jahat dalam negara ---> isu bersih, fitnah pembangkang, dan lain-lain.

tak payah cakap banyak, SAJ tempek kat sini, intipati DS Hisham berkenaan kesepakatan kita, UMNO BN dalam mendepani rentak politik yang tidak menentu ini.



"Kita tidak boleh biarkan anasir-anasir jahat yang menular dalam media sosial memecah belahkan saf kita semua. Sudah tiba masanya kita bersama membulatkan iltizam dalam meningkatkan sokongan rakyat kepada kita."
 

"Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan memberitahu, pemimpin UMNO sejak dari dulu lagi telah berhadapan dengan landskap berkenaan daripada pihak di sebelah sana sehingga pernah digelar firaun, penjaga babi, didakwa rasuah, menyalah gunakan kuasa, diktator dan nepotisme."



" "Bayangkan, pihak pembangkang yang selama ini menggelar pemimpin UMNO sebagai kafir, firaun, penjaga babi, tetapi sekarang tengok apa yang berlaku di Selangor. Mereka kata UMNO nepotisme, tetapi yang minta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi laluan itu isteri siapa?," katanya."
 
 
"Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana Allah SWT masih memberi kekuatan kepada ahli parti untuk terus melihat ke hadapan tanpa terikut-ikut dengan rentak kebencian."




"Hishammuddin menekankan kepentingan setiap ahli parti memastikan apa yang diwarisi daripada pejuang terdahulu dipertahankan khususnya berkait dengan isu perkauman dan keagamaan yang boleh mengundang perpecahan.


Wednesday, August 13, 2014

TOLONG !!! TOLONG LEPASKAN "ANJING YANG TERSEPIT NI" !!!!!


Salam semua,


Panas... Panas.. PKR  ugut orang PKR, DAP mengacum senjata kepada PKR. PKR dapatkan simpati PAS, DAP ugut PAS keluar PR, PKR tersepit kembali. Pusing sana, pusing sini, semua salah. PKR adalah AGEN PEMUSNAH AL-KETUM, DAP pula agen UGUT PAS, PAS pula ..... masih berteka teki. Adakah keluar PR adalah keputusan, atau masih bersama PR ???
Hanya hembusan serapah jampi Anwar kepada Hadi tempoh hari, yang ada jawapannya... Tunggguuuu......

Kene ingat, dalam PR, tiada kuasa yang tertnggi, masing-masing berdiri atas tiket parti masing2, dan presiden pada parti masing2. Tapi dilihat, PKR dan DAP pula berkuasa atas PAS. Acaner tuu....

Lihat BN, yang didalamnya diwakili oleh cabang UMNO, MIC, MCA dan di SABAH dan SARAWAK, tetapi, presiden nya, adalah PM. Satu suara yang menyatukan barisan, lain pulak PR, bermacam suara,memasing nak tegak leher, lepas tengkuk sendiri !


Contoh terkini adalah Selangor ni lah. Kerana nak lepas tengkuk sendiri, sanggup fitnah rakan sendiri. Anwar sendiri kata, TSKI itu rakannya, Ciiirrrriiiitttt ! kalau rakan, takkan nak memfitnah ! tu pasal nak lepas tengkuk sendiri. sendiri punya plan, sendiri punya bini kasi letak nama jadi MB, sendiri punya bini jadi boneka dan barua ! Apa citer !!!!


Pasal tu la, khalid samad kata, Jijah banyak keli kene pukul ngan anwar . Pasal ni la. Sian Jijah.. betul2, jadi boneka luar dalam. Luar parti, dalam parti. Atas katil boneka, kat rumah boneka, kat selangor boneka, kat bilik hotel boneka, hingga dibonekakan dengan JAM OMEGA hingga kini boneka jam pun tak kelihatan !

Well, look at DS Hishammuddin, walaupun kerja dia macam nampak tak nampak je kan, tapi, beliau istiqamah terhadap kelangsungan UMNO BN. Kerja dia berfokus, apatah lagi tentang menyambut ketibaan jenazah MH17 yang mana, lebih penting sebagai menghormati keluarga mangsa, dan kesedihan negara.

Beliau juga turut menyatakan di bawah ini :

 Barisan pimpinan sayap dalam parti Umno perlu mencontohi kebijaksanaan dan kesabaran pucuk pimpinan parti mengendalikan isu politik dan negara bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti utama di negara ini yang memperjuangkan nasib rakyat terutamanya orang Melayu dan Islam.
Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan di situlah kita dapat kenal pasti siapa yang mampu bertahan (demi kepentingan parti).

"Jika sesetengah ujian kita tidak mampu atasi dengan kebijaksanaan dan mengikut emosi bagaimana nak memimpin negara?," katanya
 
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan mahu pimpinan sayap parti mencontohi Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya mengendalikan dengan baik kes pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine baru-baru ini.

"Saya dan Perdana Menteri turut kehilangan saudara iaitu nenek tiri dalam nahas itu. Jika diikutkan marah dan emosi, mungkin kita tidak berjaya membawa keluar mayat rakyat kita dari kawasan bergolak tersebut ke Amsterdam.
 



 "Sekarang dunia sudah nampak, pendekatan yang digunakan oleh Perdana Menteri diiktiraf dunia walaupun ada yang memperlekeh sebelum ini, kita sebuah negara kecil tidak mampu berdepan dengan puak pemisah bagi membawa keluar mayat tersebut," katanya.

Kejayaan itu juga membuktikan pimpinan Umno dan parti itu bukan parti retorik dan mengamalkan budaya nepotisme yang sering digembar-gembur oleh pembangkang.
 
 
Jelas, inilah ciri pemimpin kita, yang bersama ketua untuk membangunkan dan memastikan UMNO dan BN terus unggul di Malaysia. Jangan jadi seperti PR, yang sanggup memburukkan orang lain demi diri sendiri ! Yang sanggup untuk mengusir PAS keluar jika tidak bersetuju dengan pelantikkan JIJAH jadi MB Selangor. Ugut kerana emosi, kerana kuasa, kerana kepentingan peribadi, bukan kerana rakyat.
 
Sokonglah BN, yang berusaha untuk memenuhi kehendak rakyat, walau pahit, tapi manis jua akhirnya (eh, macam lagu la pulak...)


 
 
apapun, SAJ lihat, DS Hisham tidak lupa perjuangan dan objektif UMNO BN, kerana itu, beliau mnenyeru untuk semua mencontohi kepimpinan DS Najib yang kini dipandang oleh negara-negara lain sebagai seorang pemimpinyang bertindak bijak tanpa mencetuskan provokasi.
 
Kalau Anwar, asyik cetus provokasi, guling atas padang, guling atas jalan, lama-lama, dia berguling kat simen Sg.Buloh Inn (rumah kedua dia di penjara la tuuu)




 
 
 

Saturday, August 9, 2014

ORANG TENGAH SAYANG.. HARAP TERUS BERJUANG


Salam Eidul Fitr,
Salam 1 Malaysia.

Fuhhh... lama betoi rasanya tak ngupdate blog ni ha. Al maklum ler.... cuti raya. Tak sempat nak luah peasaaan kat sini. Kalau ikut isu, banyak rasanya nak tibai, tapi tak pelah, dah out dated pun. SAJ tak update,blogger lain jalan jer kan...

Apapun,SAJ nak mohon kemaafan sempena raya ni. Bukan niat SAJ nak mengutuk orang tu, menjatuhkan orang ni, ape ke, tapi, SAJ sebagai ank muda yang memerhati senario politik semasa, ada pndangan yang SAJ rasanya, rasional.

Hm...menyingkap kembali raya yang baru disambut, Malaysia masih aman untuk bertakbir raya,bersolat raya, dan menziarahi sanak saudara semua. Namun, dalam keriangan tersebut, insiden MH17 tidak dilupakan, hinggakan, Malaysia mengmbil langkah tepat untuk membatalkan segala rumah terbuka yg melibatkan orng2 besar dlam negara, bagi menghormati kejadian MH17 ditembak.

Yelah, takkan nk bersuka ria sesangat, saat Malaysia dirundung rasa hiba atas kejadian mengejutkan tntg MH17. Kita bersederhana tahun ini, namun keceriaan tetap ada.

Jenazah masih belum tiba, kerana prosedur yang sangat teliti perlu dilakukan untuk mengenalpasti mangsa. Kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan DS Najib, telah melakukan yang trbaik bagi menyelesaikan perkara ini secepat mungkin, tapi apakan daya, ianya perlu memakan masa untuk prses DNA etc.


Persediaan menyambut ketibaan jenazah yang dipengerusikan DS Hisham, melibatkan byk pihak,supaya mangsa disambut dengan terhormat untuk diserahkan kpada keluarnga mangsa. SAJ teringat la, Kit Siang ada cakap, untuk meminta DS Hisham ke Rusia untuk berunding. Hmm..apakah Kit Siang tidak tahu, DS Hisham terlebih dahulu telah berhubung dengan kerajaan sana untuk membawa pakar Malaysia ke sana? Segalanaya telah dibuktikan selamat untuk mereka datng. Yng Kit Siang "prihatin" sangat tu, dah apasal ? Ko ingat, DS Hisham kene hadap satu-satu perkara dalam 1 masa ke?



Beliau juga kena pergi ke Lubnan. Beliau lah kene urus berita MH17 pada awal kejadian itu berlaku, beliau juga la menjadi jurucakap, berurusan dengan kerajaan Ukraine dan Rusia, isu pegawai yang "gatai" kejor mek saleh, isu Sabah Esscom, Hari Pahlawan, etc. Apabila kerja dan tugasan byk berlaku serentak, DS Hisham able to manage his schedule, and able to planned wisely untuk memaximumkan tugasan beliau dan menimimumkan masa yang suntuk. Could you, Kit Siang, take a second to rethink about this ? Dont simply complaints and comments without knowing what had he did actually.



SAJ perasan, memang DS Hisham banyak menjalankan tugasannya, memastikan pentadbiran di bwahnya dalam keadaan baik. Bukan itu sahaja, beliau turut tahu apa yang terjadi globally Beliau mengutuk serangan ke atas Gaza. Beliaulah yang lembut tapi lantang mempertahankan Melayu, pertahankan penggunaan nama Allah dalam bible, mengutuk kejadian Teresa Kok mencemarkan masjid etc..... HInggakan orang PR terpaksa menyerang secara peribadi.

Well, DS Hishm dikenali dengn orang yang mudah prihatin, berdiplomasi, dan knowledgeable. Sebab, apa yang beliau komen, was based on facts dunia, or based on world law. SAJ tak rasa, tindakannya dikatakan lemah, dikatakan tak paham, dikatakan "mabuk ketum" atau apa sahaja yang negatif, kerana SAJ yakin dan tahu, apa yang beliau komen itu, mengikut konteks yang sepatutnya. Contoh, macam kes pegawai polis ditembak hendap d sabah baru2 ni. Apa yang DS Hisham katakan tentng ikut prosedur untuk sight on shoot adalah logik. Kerana, kita sudah ada prosedur, ikut posedur, andai nak ubah, bukan sebarang boleh ubah, krana bimbang, ianya lebih mmbawa kekeruhan. thats why SAJ kata, beliau ni knowledgeable sbb cakap based on law, ilmu. Kalau tak ada ilmu, segala benda dlakuka ikut emosi.

tengok kes boikot barangan Isr43l, yang sangat terkena tempias adalah McD. If tak ada ilmu, tak tahu peraturan, jadilah orang yang memaki, menghina, mengasari pekerja McD yang bekerja ntuk mendapat sesuap nasi. Orang yang berjawatan tinggi ke, yang berlagak dia je boikot, tapi rokok dok hembus tiap jam, jangn nak perasan yang korang tu, bebas Isr43l. Fikirkan la, dorang tu, bukan la orang senang ke,the only man/woman yg bekerja dalam family untuk hidu etc. think of that.

So kesimpulannya, berbalik kepada ILMU.
Apepun, SAJ nak ucapkan, selamat hari lahir (terlewat) kepada DS Hishammuddin. Semoga terus berkhidmat untuk rakyat. Sebagaimana rakyat kaagum dengan tugasan anda ketika MH370, begitu juga harapan rakyat agar anda berbuat seperti itu dalam apa jua situasi.