SAHABAT SETIA SAJ

Friday, December 31, 2010

1 MALAYSIA - PR PENGECUT !!!

Salam 1 Malaysia...


Ada andaian mengatakan, slogan 1 Malaysia takkan kekal sekiranya DS Najib tidak lagi menjadi PM. Mereka  memberi contoh kepada slogan Tun Abdullah - cemerlang, gemilang dan terbilang yang hilang setelah Tun Abdullah tidak menjadi PM. Serupa juga dengan slogan Malaysia Boleh daripada Tun Mahathir yang hilang apabila hilang kuasanya.


Inilah contoh yang boleh mereka berikan untuk mempertikaikan slogan 1 MALAYSIA, yang di ilhamkan oleh DS Najib. Mereka mempertikaikan ini slogan BN. Ini slogan UMNO. Hahahahaha..... Kerana slogan pun, PAKATAN RAKYAT DAH GENTAR.


Kenapa mereka gentar ??? kerana mereka merasakan slogan ini sangat diterima rakyat. Mereka takut, apabila rakyat terima slogan ini, bermakna rakyat mula menyokong BN. Inilah pemikiran jumud Pakatan Rakyat yang hanya memikirkan politik dan MENDERA EMOSI RAKYAT kepada sesuatu perkara yang baik untuk negara. 


Slogan 1 Malaysia ini adalah baik untuk mewujudkan perpaduan antara semua kaum, kerana PM Malaysia, DS Najib bertanggungjawab untuk menyatukan rakyat yang berbilang bangsa ini. Adakah agenda baik ini dikatakan agenda BN, iaitu sebuah parti politik ???? Tidak , kerana agenda ini untuk membangunkan negara tanpa mengira siapa yang sokong parti mana. Jika ini agenda BN, tentulah habuan kepada orang BN sahaja, tapi ini adalah untuk rakyat jelata. Ternyata, PR yang sengaja mainkan isu ini. PR yang jahat kerana MENYEKSA PERASAAN RAKYAT yang telah menerima slogan ini. Inikan PR yang hendak membela rakyat tapi mendera rakyat dengan isu bodoh yang dibawa PR  ??? PR memang kurang ajar kepada rakyat. 


PR sengaja MENGHASUT RAKYAT, MENDERA EMOSI RAKYAT, MEROSAKKAN KEAMANAN RAKYAT, dengan mengaitkan slogan itu dengan salah sebuah parti di Malaysia. PR mencampur adukkan parti dan kerajaan.Benar, kerajaan memerintah adalah daripada parti yang dominant, tapi hal kerajaan dan hal  parti adalah berbeza. Ibarat, kerajaan mengadakan hubungan dengan negara luar bagi mendapatkan pelaburan antarabangsa. sekaligus menaikkan pendapatan negara. Kerajaan bertangungjawab untuk membawa Malaysia ke mercu kejayaan hingga dikenali dunia. Tun Mahathir berusaha membawa Malaysia daripada negara dunia ketiga kepada negara membangun dan seterusnya negara maju dan kehadapan lagi. Inilah kerajaan !!. Bukan menyalahkan kerajaan kerana parti yang dinaungi oleh negara itu. Itulah fahaman songsang yang dibawa PR. PR memang sinonim kepada PEROSAK RAKYAT (PR).


1 Malaysia yang telah dijelaskan DS Najib mendapat pujian PAS kerana alasan itu konkrit, tetapi, mereka mencuba untuk menafikan sesuatu yang konkrit. Itu lah tanda mereka sengaja mencari isu untuk MENDERA EMOSI RAKYAT. DS Najib berusaha untuk memacu dan menyatupadukan rakyat Malaysia, Pembangkang pulak yang mahu membinasakannya kerana politik !!! Wahai Pembangkang, fikirkan mengenai KEAMANAN MALAYSIA,bukan berfikir tentang politik sempit mereka. Bagaimana negara mahu maju jika PEMBANGKANG asyik menyalahkan tindakan kerajaan ?????? Giler la PR ni. 


1 Malaysia dikenali semua rakyat Malaysia bahkan pelancong luar negara. Kawan saya , cukuplah dikenali sebagai Siron, diminta mengambil gambar pelancong yang datang ke salah satu homestay di kampung jawa ini. Yang bagusnya, pelancong ini menunjukkan isyarat 1 yang menunjukkan 1 Malaysia, kata mereka. Nahhh...mereka sendiri iktiraf slogan ini. sedangakan Pembangkang membencinya kerana pembangkang tidak sayangkan negara. Mereka hanya fikir politk sahaja. BAGAIMANA NAK URUSKAN RAKYAT KALAU FIKIR POLITIK SAHAJA ??? RAKYAT INGINKAN NEGARA INI MAKMUR, BUKAN MAINAN POLITIK SEMPIT PR NI. 


PR sebenarnya MARAH dan GERAM kerana slogan yang mereka bawa iaitu  Malaysia Malaysian tidak didengari dan tidak meniti di bibir rakyat. Kerana itu, hal slogan pun, PR nak jadikan isu. PR sebenarnya yang takut kepada politik mereka. PR yang jadikan slogan Malaysia Malaysian itu untuk parti mereka sahaja. Apapun, DS Najib tetap memacu negara untuk mencapai Wawasan 2020.


Hari ini, kita semua rakyat Malaysia yangkhususnya kakitangan kerajaan bercuti kerana meraikan kemenangan yang pertama kali dalam bola sepak piala Suzuki AFF. 1 Malaysia kelihatan jelas apabila kita semua tanpa melihat kepada warna kulit bersatu menyokong pasukan negara. Ini adalah kerana kita cintakan dan sayangkan negara Malaysia, Bukan seperti Anwar Ibrahim yang memburukkan nama Malaysia ke luar negara.


Kejayaan ini membuktikan dengan jelas gagasan 1 Malaysia diterima dan dipraktikkan rakyat !!!


DS Najib, isu ini hanyalah pisican PR sahaja yang jeles dengan sambutan rakyat dan pelancong kepada konsep 1 Malaysia.

TAHNIAH DS NAJIB !!! KAMI SEBAGAI ANAK MUDA SENTIASA MENYOKONG DS NAJIB !!!

Friday, December 24, 2010

100 HARI - PR KECEWA LAGI (part 2)



Sambungan daripada PART 1.


Berikut adalah 5 perkara terakhir yang ingin dilaksanakan PR sekiranya menang PRU 13 (bodek rakyat).


6. Kemudahan WIFI percuma ke seluruh negara.
7. Meningkatkan pendapatan seisi rumah kepada RM 4,000.00.
8. Memperkukuhkan institusi agama selaras Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.
9. Merperbanyakkan dialog-dialog antara agama untuk persefahaman dan mengelakkan ketegangan.
10. Menjadikan PDRM, SPRM dan SPR sebagai badan bebas.


Ini ulasanku :
6. Kemudahan wifi yang PR ingin jalankan ibarat satu kesinambungan kepada usaha Kerajaan. Kerajaan telah membuat Kampung Wifi di pantai timur mahupun di Sarawak. Dan ini jelas Sarawak tidak dipinggirkan seperti dakwaan Pakatan rakyat. Tambahan pula, apa guna WIFI di seluruh negara andai tiada alat untuk mengakses WIFI kan ???? Sedangkan kerajaan berikan laptop sebanyak 1.2 juta kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Ini adalah apa ??? Ini adalah kerana, kerajaan juga mahukan rakyat celik IT. Kerajaan telah terlebih dahulu melaksanakan program ini yang nampaknya semakin pesat dilancarkan. KERAJAAN WUJUDKAN KAMPUNG WIFI DAN JUGA MEMBERIKAN LAPTOP SECARA PERCUMA KEPADA RAKYAT. Nahh.... kerajaan bagi pakej lagi tu...




7. Pendapatan seisi rumah tidak akan meningkat sekelip mata. walaupun PR wujudkan perkara ini, ianya belum dapat diberikan kepada rakyat dalam masa 100 hari kerana ianya bergantung kepada faktor ekonomi lokal dan antarabangsa. Memetik daripada BERNAMA, kerajaan mengumumkan tiada lagi miskin tegar dalam bandar. Ini jelas menunjukkan perkembangan pendapatan seisi rumah telah mula meningkat. Ini semua adalah atas bantuan kerajaan kepada mereka yang miskin tegar seperti program perniagaan kepada mereka untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Ini pun, kerajaan telah lakukan. Jadi, tiada apa yang lainnya pada program PR ni kan .... :)




8. Institusi agama hendak diperkukuhkan. Baguslah. Kerajaan pun sentiasa mengukuhkan institusi agama dengan membina sekolah agama terutama di Kelantan, membina masjid untuk kemudahan rakyat berbanding surau yang kecil dan usang yang tidak dapat menampung jumlah jemaah. Mengambil contoh sebuah masjid di Negeri Sembilan yang berfungsi dengan sangat baik dengan adanya pusat rekreasi, bilik komputer untuk pengguna dan menunaikan solat bila tiba waktunya. Kerajaan tumpu juga hal ini. Tetiba, PR ingin kukuhkan intitusi agama agar rakyat dapat menghormati agama ISLAM. YA, MENGHORMATI DENGAN MENGGUNAKAN AYAT SUCI AL QURAN OLEH BUKAN ISLAM KEMUDIAN TERJEMAHKAN SENDIRI ??? MENGHORMATI ISLAM HINGGA MENGATAKAN SEMUA AGAMA ITU SAMA ??? MENGHORMATI ISLAM HINGGA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN TERPAKSA MENGELUARKAN FATWA BARU TENTANG SALAHGUNA AYAT QURAN ??? Inilah PR yang hanya bercakap agar agama dihormati sedangkan MEREKA lah yang mencemarkan nya dahulu. MEMBAWA BUKAN ISLAM MASUK MASJID TIADA ADAB . Patutlah mereka nak kukuhkan institusi agama kerana MEREKA sendiri telah cemarkan. Sepanjang Kerajaan BN memerintah, Belum pernah orang bukan islam menggunakan ayat quran dalam ceramah politik untuk menarik kaum melayu. Sedarlah hal ini. Siapa yang mencemarkan agama siapa. Dan siapa yang membenarkan hal ini terjadi, pulak tu, ada hati nk kukuhkan institusi agama yang sememangnya telah suci hingga datangnya PR yang merosakkannya. Lu fikir lah sendiri.




9. Mahu perbanyakkan dialog agama untuk mengelakkan ketegangan ??? Islam menjadi sinis kerana UMNO ??? Sedarkan PR, bahawa, ISLAM bertambah keliru dalam PR apabila adanya pluralisme, adanya insiden melacurkan ayat Quran, dan adanya kenyataan semua manusia itu bersaudara sedangkan yg bersaudara itu adalah sesama Islam. Fahaman ini di bawa oleh PAS dan PKR dalam PR. Fahaman ini memang terbuka, tapi terpesong !!!! Apa guna terbuka tapi terpesong fahamannya yang boleh mengakibatkan aqidah pun terpesong !! Kalu semua agama itu sama,orang Islam boleh anut agama lain lah yer??? sebab semua agama itu sama !!! PAS dan PKR punca ketegangan agama dalam negara sedangkan agama ISLAM tidak digangu gugat oleh bangsa lain kerana MELAYU ISLAM menghormati bangsa dan agama lain.




10. PDRM, SPRM dan SPR sebagai badan bebas ??? Apa punya cadangan la ni .... Semua ini adalah bebas pun. Hanya PR jer yang nampak tak bebas. Sebab PR saja nak kelirukan rakyat tentang hal parti dan hal kerajaan. Pakar PR mana lah yang mencadangkan hal ini yang ternyata hanya pakar KELIRU saja.
Kerajaan mana boleh campurtangan hal undang-undang ni. Contohnya, polis kerjanya adalah memberkas penjenayah yang tertakluk kepada undang-undang. Seperti kes Khir Toyo yang tidak terkecuali diberkas. Walaupun Khir Toyo itu orang BN, beliau tetap ditangkap kerana adanya aduan mengenai salah laku yang dilakukan. Ini bukan bebas ker ??? Kalu tertakluk kepada kerajaan, Khir toyo ni sure dah kene lepas, tpi sebaliknya dibawa ke perbicaraan. Ini bukti bahwa polis ker, SPRM ke, SPR ke, semua ini adalah bebas yang tertakluk kepada undang-undang yang telah sedia ada. Hal ini pun, BN telah jalankan. BN tidak campurtangan hal keselamatan negara kerana tertakluk kepada undang-undang. PR saja yang membawa usul ini untuk kelirukan rakyat. PR tiada idea lain untuk mendapatkan undi rakyat dan menggunakan idea bodoh ini pula. Haihhh...kesian... Jadi, apa yang hebat sangat program PR ni ahh??? Pelik aku.


Kesimpulannya :


Program 100 hari PR adalah kesinambungan daripada BN jer. Tiada apa yang baru dan indahnya untuk rakyat. Hanya rakyat yang dipenuhi dendam dan rasa tidak bersyukur sahaja yang sokong PR ni. Sedangkan kerajaan BN telah berikan kemudahan yang.


PR memang tidak berpijak di bumi yang nyata. Beri kemudahan ini, tapi, kesusahan pada yang lain. Konon beri wifi kepada rakyat, tpi menyusahkan rakyat hendak mendapatkan komputer atau laptop untuk mengakses. Ini lah yang dikata, program yang konon GEMPAK tapi HAMPAS.


Apapun, kerajaan BN tidak jemu memberikan kemudahan kepada rakyat saban tahun dan berusaha menangkis segala kekurangan yang menimpa negara kerana faktor antarabangsa.


PRU 13 tidak akan bertukar tangan kepada PR yang ingin mencuba-cuba memerintah. PR menampakkan ketidakyakinan mereka dalam memerintah Malaysia kerana ingin cuba-cuba. Ini bukan soal cuba-cuba yang menjerat nasib. Ini soal keselamatan dan keselesaan yang telah dikecapi rakyat Malaysia.


Fahamilah.




Thursday, December 23, 2010

100 HARI - PR KECEWA LAGI (part 1)

Salam 1 Malaysia, 


Pakatan Rakyat telah merangka manifesto mereka untuk PRU 13 akan datang. Manifesto 100 hari ini adalah untuk meyakinkan rakyat mengenai PR dalam pentadbiran negara. 


Berikut butir program 100 hari yang akan mennjadi diskusi pada hari ini dan seterusnya. :



  1. Mengheret perasuah negara ke muka pengadilan dan membersihkan negara dari amalan rasuah
  2. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  3. Menstrukturkan pinjaman PTPTN untuk memudahkan palajar melanjutkan pengajian
  4. Memperkenalkan akta kebebasan maklumat - melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah, dan media 
  5. Mengutamakan kebajikan warga emas dengan menaikkan kadar bantuan yang lebih melegakan
  6. Kemudahan WIFI percuma ke seluruh negara
  7. Meningkatkan pendapatan seisi rumah kepada RM 4,000.00
  8. Memperkukuhkan institusi agama selaras Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
  9. Merperbanyakkan dialog-dialog antara agama untuk persefahaman dan mengelakkan ketegangan 
  10. Menjadikan PDRM, SPRM dan SPR sebagai badan bebas.

Memang cantik laaaaa susun atur rancangan PR ni. Rancangan ni dibuat kerana BN tak mampu nk lakukan.  Iyer ker??? atau PR tak selesa dengan apa yang BN da buat dengan jayanya ??? Mari kita semak :




1. BN berusaha bersungguh untuk menangkap Perasuah Negara dan terbukti, daripada orang biasa yang menerima suapan setinggi RM2.00 hinggalah mereka yang dikenali sebagai  "big shot" iaitu orang yang menerima suapan hingga mencecah puluhan ribuan ringgit.  Juga, daripada orang biasa yang kerja kuli seperti saya, hinggalah kepada Menteri Besar sekalipun. Jadi, dimanakah BN tidak lakukan ini ??? BN sentiasa lakukan kegiatan menangkap perasuah dan bukan sekadar 100 hari tapi lebih dari itu dan menjadi antara agenda utama negara. 





2. Akta ISA yg nk dihapuskan ini adalah agenda orang yang terasa dirinya telah di aniaya walaupun akta ISA ini bertujuan untuk mengekang permasalahan yang melampau dalam negara yang mungkin boleh mencetuskan darurat. Akta ISA ini dikatakan tidak islamik kerana berbentuk paksaan atau menyeksakan rakyat yang tidak bersalah. Andai tidak bersalah, mana kan pula hendak dilakukan tangkapan. ISA ni menangkap mereka yang mengancam keselamatan dan keharmonian negara. Kalau la tiada ISA, confirm ker PR ni ble menjamin keharmonian negara ??? Kalu camtu, aku pun nak kasi kecoh la negara ini sebab tak ada ISA, so bole bikin kacauuuuu lah. hahahahaha...    Negara yang merdeka dan sejahtera, tidak selalunya tenang. Tengok je lah Malaysia ni, merdeka dan tenang, tapi timbul juga kekecohan yang sering dibudayakan PR. Sejahtera dan amankah perkara itu ??? Sendiri pikirlah relevan adanya ISA. orang yang takut ISA jer nk buang ISA, sebab pengecut !!!








3. PTPTN yang telah sedia ada kini sudah sangat bagus. Hanya 1% jer kene bayar sebagai cas servis kepada mereka yang mengelolakan berjuta-juta permintaan PTPTN ini. Juga, PTPTN telah memberikan pinjaman percuma kepada pelajar yang mendapat IJAZAH KELAS PERTAMA. Ini secara tidak langsung menggalakkan pelajar supaya memperolehi pencapaian POINTER yang bagus. INI ADALAH SATU MOTIVASI. Bayangkan diberi secara percuma, mereka mungkin akan membazir dan tidak bersungguh, tpi apabila percuma kepada Ijazah Kelas Pertama, mesti ramai yg berusaha untuk mendapatkannya. Dan itu adalah sebagai hadiah kepada mereka yang mendapat ijazah kelas pertama. PTPTN INI SUDAH SANGAT BAGUS YANG DI ILHAMKAN OLEH BN. 






4. Akta kebebasan maklumat ??? Kini, banyak akhbar alternatif disebar serata negara tanpa BN menyekatnya pun. Kalau nak bebas mendapat dan menyampaikan berita, KENAPA PEMBENTANGAN BAJET NEGERI KEDAH DILAKUKAN SECARA TERTUTUP ??? Itu bebas kah ??? Pakatan Rakyat sendiri menutup maklumat, ada hati pula mahu kebebasan maklumat. Sebab tulah, PR ni cakap tak serupa bikin. Cakap sebab nak undi, tapi takut nak laksanakan. Memang tak relevan langsung. 








5. Warga emas dijaga dengan kadar yang melegakan. Ya, BN telah lakukan kepada mereka. Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terkini meningkat di Kelantan dilaksanakan tanpa soal. Warga emas juga ada pengecualian dalam pelbagai perkara dan bayaran. Termasuk tiada bayaran kepada pesara ( sure la warga emas ) yang mendapatkan khidmat wad di hospital. INI SUDAH BAIKKKKK...  BN tidak lalai dalam memberikan khidmat terbaik kepada warga emas yang banyak berbakti kepada negara.


pssttt : kita sambung pada part 2 pulak.... PART 2 DI SINI !!!



Tuesday, December 21, 2010

DS NAJIB KECEWA LAAA....

Salam 1 Malaysia...




DS Najib kecewa apabila ada yang mengaitkan DS Najib mencilok idea negara lain mengenai slogan 1 MALAYSIA. 


Kekecewaan DS Najib bukan apa, beliau kecewa kerana hal untuk menyatukan rakyat Malaysia diperlekehkan pembangkang, sedangkan, Kerajaan tidak memperlekehkan konsep yang sama dicilok PAS daripada negara lain iaitu, PAS FOR ALL. 


Kekecewaan ini juga akibat daripada, DS Najib merasakan kejayaan 1 MALAYSIA yang semakin diterima dan difahami rakyat dicemburui Pembangkang yang melihat kejayaan SLOGAN DS Najib.


Tahniah kepada DS Najib kerana berjaya merealisasikan semangat 1 MALAYSIA, hingga menimbulkan keresahan dan kekecewaan pembangkang.











ANTARA CONTOH SAMBUTAN 1 MALAYSIA SANGAT DITERIMA

1 Malaysia bukan terhenti kepada itu sahaja malah mula menyelinap di setiap agenda yang dilakukan rakyat seperti Produk 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, 1 murid 1 Sukan dll. Ini menunjukkan, 1 Malaysia bukan terhad kepada itu sahaja walhal digunapakai oleh pelbagai acara, perkara yang dilakukan kerana untuk mewujudkan semangat 1 Malaysia . Yang menghimpunkan kesemua bangsa yang duduk di bumi Malaysia ini.


Pakatan Rakyat mula tenggelam dengan slogan nya kerana yang menyerlah kini adalah slogan 1 Malaysia yang mendapat tempat di hati rakyat. Juga, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN - juga dinikmati rakyat apabila DS Najib mengutamakan rakyat dan pada masa yang sama, pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara maju giat dicapai untuk rakyat.


Pakatan Rakyat dibaham slogan sendiri, hanyut dibawa kontroversi tanpa memberi kesenangan kepada rakyat.


Pakatan Rakyat bukan membela rakyat, tpi mendera emosi rakyat yang takut kepada kelancangan dan ketaksuban PR menawan Putrajaya hingga sanggup menjual agama dan bangsa.


Pakatan Rakyat semakin merudum dek kerana Ketidaksepakatan Rakyat yang mereka pamerkan apabila berlaku pertelingkahan pendapat dalam PR.




Gagasan 1 Malaysia, di Ilhamkan DS Najib berjaya mencapai target lalu menumbangkan Pembangkang !


Sisipan bacaan : 1 malaysia, 1 israel

Friday, December 17, 2010

ANWAR TEGUK DOSA, SAHABAT SYAITAN



SALAM 1 MALAYSIA...


"HABISLAH AKU !! BOTAK LA KEPALA.. NAK LARI MANA LAGI NI ??? "




Kemelut yang melanda Anwar semakin menghempap dirinya. Daripada satu helah, datang pula satu bencana kepadanya, daripada menangguh, datang pula "rezeki" kepadanya.


Kejatuhan Anwar semakin ketara hingga jelas kelihatan, muka Anwar tiada seri dan cengkung akibat menepis segala perbuatan keji hasil daripada tindakannya sendiri. Margin ketidakpercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat umumnya dan PKR khususnya semakin meluas dan melebar dan menebal. 




Kejatuhan Anwar mula kelihatan apabila beliau mempersoalkan ketuanan Melayu yang mendapat bantahan Sultan-sultan di negara ini. Tambahan pula, Anwar memutar belit untuk membuang ketuanan Melayu itu untuk diganti dengan ketuanan Rakyat dan pada masa yang sama, parti sekawan mereka iaitu , PAS mencadangkan Ketuanan Islam. Perbezaan pendapat dan idea menjadikan PARTI ini semakin kelam kabut dan bikin rakyat menyampah.


KETUANAN VS KETUHANAN = ANWAR TAK TAKUT TUHAN

Kemudian, Anwar dirundung kegusaran tidurnya yang lena apabila pendedahan WIKILEAKS ke atas kes liwatnya yang terbukti ianya sesuatu yang SAH dan BETUL. Anwar sekali lagi berusaha untuk membersihkan fakta wikileaks itu dengan mengadakan tour di seluruh Malaysia. Soal ketuanan melayu yang tidak diperjelaskan dan tidak di apa-apakan untuk membela rakyat, timbul pula masalah pendedahan liwatnya. Anwar semakin kelam kabut !!!

Kemudian, Anwar pula membawa amalan PLURALISME yang mendapat bantahan dari golongan akademik Islam. Adakah penyokong PR ini akan memulaukan Bekas Naib Presiden PAS iaitu Datuk Nakhaie Ahmad yang juga mengutarakan pendapat bantahannya mengenai amalan pluralisme dalam PR ??? Datuk Nakhaie juga hairan dengan ideologi PAS yang fatwanya sering berubah mengikut tempo politik mereka, bukan mengikut ISLAM yang mereka asyik laungkan. 


Datuk Nakhaie bimbang akan soal akidah hasil daripada PR yang secara tidak langsung, memesongkan agama ISLAM kepada sesuatu yang berbentuk liberal. Untuk menarik undi bukan Islam bukan dengan kaedah menghalalkan segala dalam Islam kepada agama lain, tetapi ada cara tertentu. Kebimbangan Datuk Nakhaie jelas dalam ucapannya yang dipetik daripada Utusan Malaysia m/s 6.


Dalam soal menjaga agama Islam yang semakin dicemari dek tindakan PAS dan PKR, para akademik atau bukan tidak akan melihat atau mengira soal sokong parti mana, kerana, agama ISLAM itu wajib dipertahankan oleh semua UMAT ISLAM TANPA POLITIK. Jangan seperti PAS yang membawa ISLAM dalam lingkungan POLITIK sahaja. Sedarlah wahai PAS. Jagalah agama kerana Allah, bukan kerana kuasa dan politik.


Tidak sudah dengan DOSA yang Anwar telah lakukan secara terang-terangan, kini membawa imej buruk ke dalam Parlimen. Anwar yang mengaitkan 1 Malaysia dengan 1 Israel mendapat kritikan pedas daripada ahli parlimen kerajaan mahupun rakyat yang tahu membezakannya. Anwar sengaja mengalihkan perhatian kes liwatnya dengan mempertikaikan slogan 1 Malaysia yang hasil daripada APCO. Sedangkan, APCO ini adalah berbeza dengan APCO yang Anwar katakan. Anwar sengaja membawa isu ini agar rakyat lupa kes liwatnya. INI taktik kotor Anwar. Baca ini tentang : APCO


Israel for all dan PAS FOR ALL, itu pun sama, tetapi mengapa Anwar tak pertikaikan ???? PAS juga mengikuti israel . Mengapa tiada bantahan dibuat keatas rakan parti mereka???? Bukan kah jelas Anwar sengaja mengalihkan perhatian ??? Cisssss !!!! 


RAKYAT MELIHAT SANDIWARA POLITIK 


Anwar mencemarkan Parlimen. Rakyat memerhatikan :


Siapa yang suka bikin kacau dalam negara???
Siapa yang bikin rakyat gusar ???
Siapa yang menyusahkan rakyat ???
Siapa yang merosakkan keamanan rakyat ???
Siapa yang bawa budaya buruk pada rakyat ???


Semua ini diperhatikan rakyat dengan mata , hati dan aqal. Pakatan Rakyat nampaknya GAGAL membuahkan hasil kepada rakyat. PR tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat kerana SIBUK MENUTUP KES ANWAR YANG BERANGAN-ANGAN MAHU KE PUTRAJAYA. 



Thursday, December 16, 2010

IDRIS AHMAD DIHASUT SYAITAN

Salam 1 Malaysia...




Ketakutan Pakatan Rakyat dengan isu buruk Anwar yang didedahkan Wikileaks mendapat sambutan hangat. Rakyat mula gelisah antara percaya atau tidak, namun semakin hari, kenyataan wikileaks ini mendapat kepercayaan rakyat sekaligus meleraikan PR dalam hati mereka.


Anwar yang mula kecut perut kesnya PANASSSSS, mahu mengajak pula DS Najib mempersoalkan kes Altantuya pula. Hahaha...Anwar yang kepanasan, nak di tala pula pada DS Najib yang sudah bebas tidak bersalah dan kes pun sudah berakhir... Baca ini juga : anwar ajak najib:wikileaks


Tapi, kes LIWAT anwar masih lagi berterusan kerana, Anwar juga yang hendak melewatkan Kes... dan akhirnya, WIKILEAKS telah bertindak untuk mendedahkan sekaligus memudahkan KES Anwar dipercepatkan. Mungkin Saiful dan bapanya pun tak sabar percepatkan kes ini. Anwar dah termakan sumpah kot.... dah namanya pun sesumpah...


KETUA AMARAH PAS PUSAT


Another hot story yang berkaitan,  Ketua Penerangan Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad menghasut rakyat untuk mengingati kembali kes harga barang dan petrol naik itu. Katanya, BN sengaja membuka cerita Wikileaks supaya rakyat lupa tentang harga barang naik itu.


Hahahah.... bertahun-tahun rakyat tahu tentang kenaikan harga barang yang akan ada turun dan naik mengikut pasaran global. Tapi, isu wikileaks ini adalah sesuatu yang baru dan dipercayai sumbernya. Rakyat berpaling kepada isu wikileaks bukan kerana BN ingin mengalihkan nya, tetapi rakyat sendiri memilih untuk mengetahui hal ini...


Kenapa rakyat nak tahu tentang wikileaks ANWAR ????


Ini kerana, Anwar sendiri yang mahu membuat TOUR WIKILEAKS nya. Anwar adalah pemimpin PR, jadi mengapa menyalahkan kerajaan yang dikatakan cuba mengalihkan perhatian rakyat ??? Bukankah PR yang mahu menarik minat rakyat mengenai itu ??? Sampaikan mahu buat TOUR lagi...  Anwar sendiri yang mahu rakyat mengikuti kisah wikileaks ini melalui tour nya. Pelik pulak aku dengan Ustaz ni. PR yang punya kerja, kerajaan yg disalahkan  Tariannya yang tempang, salahkan lantai pulak.


Ustaz, baiklah ustaz jangan digelar ustaz, dan jangan pakai kopiah.. Tak malu ke, pakaian mengikut sunnah Nabi, tapi perangai menghampiri perbuatan syaitan... KENAPA AKU CAKAP CAMNI ???


Baca kenyataan ini :


"Justeru, tegasnya PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti face book, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara."


Jelas disitu, PAS bertindak ibarat elemen SYAITAN apabila dengan sengaja mahu menaikkan amarah rakyat dengan isu harga barang naik...


Mengapa PAS tidak mahu menggunakan kaedah yang lebih baik seperti menggembirakan rakyat dengan tindakan PAS yang mendahulukan rakyat ??? mengapa tidak mahu membuatkan rakyat kagum dengan PAS kerana PAS telah beri kesenangan kepada rakyat ????


Ini adalah kerana PAS GAGAL MEMBERI SENYUMAN KEPADA RAKYAT !!!


HANYA Kerajaan BN saja yang telah memberikan senyuman kepada rakyat walaupun harga barang naik. Sebagai contoh, walaupun harga barang naik, Kerajaan memberikan bonus persekolahan anak-anak sebanyak rm500 kepada seluruh penjawat awam, bukan hanya kepada sesebuah negeri saja. ( bangga sangat Guan Eng beri RM 100 kepada guru KAFA di PENANG SAHAJA tu.. ) BN telah beri lebih banyak daripada itu dan menyeluruh ke seluruh MALAYSIA tanpa mengira kaum kerana DS NAJIB UTUH TERHADAP 1 MALAYSIA.


kesimpulannya : PAS hanya dapat menghasut rakyat membenci kerajaan, sedangkan PAS tidak mampu beri kemudahan kepada rakyat. PAS tidak menjalankan tugas mereka seperti yang diwar-warkan selalu. Pas hanya tahu bercakap untuk bela rakyat, TAPI TERNYATA, PAS TIADA BUKTI MEREKA MEMBELA RAKYAT. 


RAKYAT SUDAH TAHU MENILAI, MANA PEMIMPIN YANG BETUL-BETUL MEMBELA RAKYAT SEPERTI CONTOH INI : siapa terbaik bentuk kerajaan ?


PAS BANYAK BERI STRESS PADA RAKYAT 


PAS TIADA BUKTI BERBAKTI PADA RAKYAT.
PAS MENAIKKAN AMARAH RAKYAT, BUKAN BERI KESENANGAN EMOSI PADA RAKYAT.
PAS MENGHERET EMOSI RAKYAT YANG STABIL.
PAS MENDERA PERASAAN RAKYAT YANG AMAN SEBELUM INI.


RAKYAT MALAYSIA AMAN DI BAWAH BN, DS NAJIB


BN BERI KEMUDAHAN PADA RAKYAT.
BN MERINGANKAN BEBAN RAKYAT DENGAN BONUS DAN BAJET.
BN MENJAGA EMOSI RAKYAT DENGAN BUKTI.
BN MEMPERTAHANKAN KEAMANAN RAKYAT.





Wednesday, December 15, 2010

NIK AZIZ ASINGKAN ISLAM IKUT POLITIK

Salam pembuka bicara, Salam 1 malaysia

"SATU UNTUK KAU, SATU UNTUK AKU,
DUA UNTUK KAU, DUA UNTUK AKU "

Fenomena baru dalam PAKATAN RAKYAT, apabila Kelantan dan Pulau Pinang akan menggunakan sistem BARTER yakni, saling menukar barang antara mereka.

Ini kerana, Pulau Pinang disaran memperbanyakkan sekolah pondok kerana sangatlah kurang sekolah pondok disana. Nampak sangat Pulau Pinang memang HUB CINA yang membuktikan sekolah agama kurang di sana. 

Ya, PAS meminta perbanyakkan sekolah pondok di P.Pinang, dan jangan hairan, Kelantan nanti akan bertambah banyak tanah yang akan diberikan kepada cina. Bukti permulaan cina memasuki kelantan adalah melalui Ekspo Cheng Ho yang baru pertama kali diadakan setelah 20 tahun PAS MEMERINTAH KELANTAN. Setelah PAS bersama DAP, barulah wujud ekspo CINA di Kelantan, negeri Serambi Mekah. Tidak pelikkah ???

Pas juga mencadangkan agar masjid-masjid di imarahkan dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan memberi contoh Masjid di Thailand yang aktif mengajak anak remaja ke sana.

Beliau mengambil contoh Masjid Ban Nua di Hattyai, Thailand yang berperanan serta aktif dengan aktiviti ilmu serta menubuhkan koperasi yang senantiasa berusaha membantu anak kariah.
“Ia begitu cantik dengan infrastruktur dan kemudahan yang serba canggih.  Ketokohan imam yang baik dan jawatankuasa yang bijak mengurus masjid senantiasa menjadi ikon kepada masyarakat," jelasnya.
 Sumber : Harakahdaily

Tidak salah mengimarahkan masjid, tetapi, mengapa jauh sangat contoh yang di ambil. Dalam negara kita pun sudah ada contoh yang jauh lebih hebat. Dalam dokumentari mengenai masjid di negara ini, TV1 ada menyiarkan sebuah masjid di Negeri Sembilan yang menyediakan pelbagai prasarana dan aktiviti yang berfaedah untuk remaja mahupun seisi keluarga.

Ada aktiviti jogging, taman, dan macam2 lagi. Tambahan pula, didalam masjid juga menyediakan satu tayangan video agama untuk para jemaah sementara menunggu masuknya waktu solat. Juga terdapat bilik komputer untuk orang ramai mengakses maklumat. Perkara dan aktiviti ini tentunya menyuburkan fungsi masjid di samping menarik minat terutama remaja untuk ke masjid.
Ibu bapa juga merasa seronok membawa keluarga di kawasan taman berhampiran kerana, mudah untuk mereka menunaikan solat apabila tiba waktunya. 
Nahhh...negara kita adalah negara Islam dan kita sendiri lihat, agama Islam sentiasa disanjung dan dipertingkatkan. Negara kita sudah cukup hebat berbanding negara jiran. Dan inilah buktinya.
Kerajaan banyak membina masjid dan surau untuk kemudahan rakyat setempat. Kerajaan tidak pula mengasingkan masjid ini UMNO punya sahaja. Tetapi kalau di lihat di Kelantan terutamanya, ada masjid atau surau yang telah siap diletakkan lambang PAS di hadapan surau itu. Dan juga, surau itu mesti berwarna hijau PAS.  Apakah maknanya ??
AGAMA ISLAM TIDAK DIBAHAGIKAN MENGIKUT POLITIK
 SEPERTI YANG DILAKUKAN PAS

Perlu kah kalu hendak mendirikan solat diletakkan lambang parti politik mereka ??? Adakah surau itu untuk orang-orang PAS sahaja ??? Kekeliruan ini menjadi punca wujudnya surau UMNO dan surau PAS.

Seorang rakan saya pernah berkata, bapanya adalah orang PAS. Apabila bapanya berbual atau pergi ke surau yang tiada lambang PAS, kawan-kawan bapanya akan mengutuk bapa kawan saya ini seolah-olah telah dipukau orang-orang BN. Inilah fahaman yang berlaku di Kelantan yang terlalu taksub kepada PARTI !!! Sedangkan, bapa kawan saya itu berkawan dengan semua orang kerana mereka itu adalah saudara sesama islam. Fahaman politik itu hanyalah di dunia, tapi di akhirat, semua orang Islam itu adalah saudara kita. 

Betapa taksubnya orang PAS hinggakan surau PAS digunakan orang PAS sahaja dan orang PAS dilarang ke surau yang dibina kerajaan. Begitu kah ??
UMNO tidak mengasingkan agama kerana politik. Agama Islam dihayati oleh semua orang, dipraktikkan oleh semua orang dan kemudahan di berikan kepada semua orang Islam tanpa melihat kepada latar belakang fahaman politik mereka. 

Umno atau BN membina masjid adalah untuk kebaikan bersama, bukan untuk politik. Walaupun UMNO tidak sehebat lebai orang PAS, tapi UMNO berusaha menyatukan orang islam dalam AGAMA ISLAM. Tetapi, PAS menyekat hubungan sesama saudara islam kerana POLITIK SEMPIT mereka. itukah perjuangan ISLAM??

Wallahualam. Bersamalah kita berfikir dengan akal yang waras dan hati yang bersih untuk melihat dan menilai permata yang berharga.


Tuesday, December 14, 2010

KHALID NAFIKAN HAK MELAYU

Salam 1 Malaysia,


Khalid Ibrahim telah meminggirkan orang Melayu di Selangor. Mana tidaknya, BAJET IKS DI NEGERI SELANGOR HANYALAH 2 JUTA SAHAJA !!!


Sumber : IKS - 2 juta di Selangor




ORANG MELAYU CUKUP BAJET BAWAH INI JER.
ORANG MELAYU TAK BOLEH PEGANG DUIT BANYAK-BANYAK


Kita sendiri sedia maklum, Industri Kecil Sederhana (IKS) ini adalah satu perusahaan kecil perkilangan yang biasanya dipelopori oleh mereka yang berpendapatan sederhana ke bawah. IKS ini disokong penuh oleh kerajaan dan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk memulakan IKS ini seperti Pinjaman, Latihan dan Intensif dan lain - lain. Untuk ketahui lebih lanjut, sila ke sini : INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA.


IKS ini dapat membantu mereka untuk meningkatkan kos sara hidup mereka dan terbukti, ianya dapat menjana pendapatan berlipat kali ganda kepada pengusaha. Ada juga yang telah berjaya memasarkan produk mereka hingga ke luar negara dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.


Perdana Menteri, DS Najib menyokong penuh inisiatif pengusaha untuk menceburkan diri dalam perusahaan IKS ini dan kerajaan sentiasa berusaha untuk memasarkan produk mereka di dalam dan luar negara.


Bayangkan, IKS ini mampu jana pendapatan melebihi billion ringgit. Ini satu kebanggaan kepada orang Melayu atau bumiputera yang majoritinya mempelopori IKS ini. 


Dalam Islam pun, kita digalakkan untuk berniaga kerana 9 daripada 10 adalah punca rezeki yang dapat dimanfaatkan semua.


AKAN TETAPI, MB Selangor telah menafikan hak mereka yang berniaga ini untuk memajukan diri mereka dan perusahaan mereka apabila, BAJET SELANGOR hanya memperuntukkan 2 juta sahaja dalam IKS. Tidakkah ini menunjukkan, PENGUSAHA MELAYU DINAFIKAN HAK MEREKA UNTUK MENCARI REZEKI MENAMPUNG KOS SARA HIDUP ????


PRODUK IKS DIPASARKAN DALAM NEGARA
 OLEH KERAJAAN PUSAT


Kerajaan mencari inisiatif untuk membantu orang Melayu menceburkan diri dalam perniagaan dan ekonomi, tetapi, KERAJAAN SELANGOR telah menghadkan keupayaan mereka untuk berjaya.


Ini satu bukti yang jelas bahawa, PAKATAN RAKYAT TIDAK MENGUTAMAKAN RAKYAT DAN LEBIH TEPAT ORANG MELAYU SEBAGAI MAJORITI DI MALAYSIA INI.


Boleh di congak, Kerajaan memperuntukkan IKS sebagai tapak untuk berniaga dan memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda, tetapi, SELANGOR mencantas peluang itu dengan bajet 2 JUTA !!!!!


Lebih baik duit untuk membina 2 pondok rehat yang bernilai RM110k itu diberikan kepada IKS untuk menjana pendapatan rakyat !!!


Rakyat Selangor telah dipergulakan oleh PR. Rakyat Selangor digebang mengenai keburukan kerajaan Malaysia, akan tetapi, keburukan kerajaan negeri sendiri, TELAH MENGHANCURKAN HARAPAN RAKYAT.


Lihatlah, kerajaan BN tidak lupa kepada slogan RAKYAT DIDAHULUKAN kerana memberi peluang IKS memasarkan produk mereka dan baru-baru ini di MAHA Serdang. Tetapi, kerajaan Selangor menidakkan keupayaan rakyat untuk berjaya. Kerajaan Selangor ibarat sengaja meletakkan Melayu sebagai bangsa yang paling rendah pendapatannya. 


Sedangkan Kerajaan BN dibawah pimpinan DS NAJIB melayan sama adil kepada semua kaum kerana itu, slogan 1 MALAYSIA mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan diterima di setiap lapisan masyarakat.