SAHABAT SETIA SAJ

Monday, December 13, 2010

PR GENTAR TAKTIK PROVOKASI UMNO

SALAM 1 MALAYSIA, 

kepada orang Jawa, orang Melanau, orang Hokkien, orang Hindu, orang asli batik, orang Bajau dan lain-lain.... Wahhhh, seronok di bumi Malaysia yang berbilang kaum dan ini lah dikatakan 1 MALAYSIA. 

Mengulas dan ingin memulas kenyataan berikut yang disiarkan dalam harakah daily :

KEPALA BATAS, 12 Dis: Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi mengingatkan rakyat Pulau Pinang supaya tidak terpedaya dengan taktik yang dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) khususnya dalam isu meraih simpati bagi kemenangan BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Katanya lagi, Umno dan BN akan menggunakan pelbagai bentuk provokasi dan strategi bagi meraih semula sokongan kepada mereka.


Rakyat sekarang ini tidak perlu di ingatkan mengenai taktik atau permainan politik mana-mana politik di Malaysia. Rakyat sekarang sudah bijak menilai mana permata asli, mana permata palsu. Permata palsu, memang cantik dan murah, tapi tak tahan lama, sebab LOW QUALITY. Serupa lah dengan Pakatan Rakyat, yang memang cantik pada dasar yang ingin dilakukan, tetapi, hasilnya bersifat sementara. Sebagai contoh, dasar HUDUD yang menjadi agenda utama PAS dalam PR, kini hanya tinggal ceramah, tetapi tiada pelaksanaan hatta di negeri jajahan PAS sendiri. 

Tiada taktik provokasi yang dilaungkan jentera BN. BN hanya melancarkan sesuatu yang bersifat tangible atau NAMPAK DAN HASIL kepada rakyat. Seperti contoh,bonus RM500 kepada kakitangan kerajaan yang telah pun dinikmati, tetapi, bukan sekadar cakap-cakap kosong. Juga, KLINIK 1 MALAYSIA, kini sudah maju beroperasi di serata Malaysia untuk rakyat mendapatkan rawatan paling murah. INILAH HASIL YANG NAMPAK, bukan provokasi.

KLINIK 1 MALAYSIA BUKTI JELAS RAKYAT DIDAHULUKAN

Ternyata, PR yang lebih bercirikan provokasi apabila mengajak rakyat mengadakan demonstrasi bantahan kenaikan harga barangan. Ini satu provokasi yang menghasut rakyat secara tidak sedar. TETAPI, BN tidak sama sekali gentar kerana, HASILNYA kepada rakyat melebihi keinginan rakyat.

Juga ingin memulas kenyataan berikut :

Beliau juga membidas kerajaan yang sedia ada menerajui negara kerana memperalatkan SPR dan SPRM untuk mencapai aspirasi politik mereka dengan cara yang tidak telus dan berani.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya bersikap berkecuali. Mereka ini memberi khidmat kepada rakyat. Bukannya bertindak sebagai sebuah parti politik yang menyebelahi. Apabila SPR sendiri menodai amanah yang diberikan kepada mereka, sudah pasti rakyat semakin hilang kepercayaan kepada institusi tersebut.

"Begitu juga dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang seharusnya tidak berpihak dalam mendakwa mana-mana individu yang terlibat dalam kesalahan rasuah dan penyelewengan.

Apakah rakyat buta, sekiranya SPR tidak telus, takkan jatuh Kedah, Penang, Selangor dan Perak (dulu) kepada pembangkang !!! Memang kenyataan beliau ini tidak masuk akal dan ternyata memperbodohkan diri sendiri atau parti sendiri.

Beliau ini juga amat ketara kedunguannya apabila mempersoalkan SPRM. Rakyat sendiri melihat, SPRM tidak memilih bulu untuk bicarakan pesalah atau orang yg dalam tuduhan rasuah. Sendiri tengok la, Khir Toyo pun dibicarakan, tidak pula beliau terlepas. Apa, tidak telus kah??? 

Secara jelasnya, PR hanya memainkan isu yang menentang kerajaan tanpa bukti yang nyata dan tanpa jelas kesahihannya. PR hanya tahu menyemburkan air liur dok gebang sana sini, tapi, Kerajaan DS NAJIB tetap teguh merealisasikan RAKYAT DIDAHULUKAN.

Dimanakah PR telah berkhidmat untuk rakyat ??? Dimanakah manifesto PRU 12 yang dulu ?? telah terbukti kah ???

NASIHAT untuk PR, cermin diri dulu lah. Tengok dulu tahi hidung dah bertempek penuh sampai nk terkeluar. Jangan dok nak tgk tahi hidung orang yang sentiasa dibersihkan tu. 

 Apapun, tabik spring pada DS NAJIB kerana 1 MALAYSIA sangat diterima rakyat !!!


No comments:

Post a Comment