SAHABAT SETIA SAJ

Friday, December 31, 2010

1 MALAYSIA - PR PENGECUT !!!

Salam 1 Malaysia...


Ada andaian mengatakan, slogan 1 Malaysia takkan kekal sekiranya DS Najib tidak lagi menjadi PM. Mereka  memberi contoh kepada slogan Tun Abdullah - cemerlang, gemilang dan terbilang yang hilang setelah Tun Abdullah tidak menjadi PM. Serupa juga dengan slogan Malaysia Boleh daripada Tun Mahathir yang hilang apabila hilang kuasanya.


Inilah contoh yang boleh mereka berikan untuk mempertikaikan slogan 1 MALAYSIA, yang di ilhamkan oleh DS Najib. Mereka mempertikaikan ini slogan BN. Ini slogan UMNO. Hahahahaha..... Kerana slogan pun, PAKATAN RAKYAT DAH GENTAR.


Kenapa mereka gentar ??? kerana mereka merasakan slogan ini sangat diterima rakyat. Mereka takut, apabila rakyat terima slogan ini, bermakna rakyat mula menyokong BN. Inilah pemikiran jumud Pakatan Rakyat yang hanya memikirkan politik dan MENDERA EMOSI RAKYAT kepada sesuatu perkara yang baik untuk negara. 


Slogan 1 Malaysia ini adalah baik untuk mewujudkan perpaduan antara semua kaum, kerana PM Malaysia, DS Najib bertanggungjawab untuk menyatukan rakyat yang berbilang bangsa ini. Adakah agenda baik ini dikatakan agenda BN, iaitu sebuah parti politik ???? Tidak , kerana agenda ini untuk membangunkan negara tanpa mengira siapa yang sokong parti mana. Jika ini agenda BN, tentulah habuan kepada orang BN sahaja, tapi ini adalah untuk rakyat jelata. Ternyata, PR yang sengaja mainkan isu ini. PR yang jahat kerana MENYEKSA PERASAAN RAKYAT yang telah menerima slogan ini. Inikan PR yang hendak membela rakyat tapi mendera rakyat dengan isu bodoh yang dibawa PR  ??? PR memang kurang ajar kepada rakyat. 


PR sengaja MENGHASUT RAKYAT, MENDERA EMOSI RAKYAT, MEROSAKKAN KEAMANAN RAKYAT, dengan mengaitkan slogan itu dengan salah sebuah parti di Malaysia. PR mencampur adukkan parti dan kerajaan.Benar, kerajaan memerintah adalah daripada parti yang dominant, tapi hal kerajaan dan hal  parti adalah berbeza. Ibarat, kerajaan mengadakan hubungan dengan negara luar bagi mendapatkan pelaburan antarabangsa. sekaligus menaikkan pendapatan negara. Kerajaan bertangungjawab untuk membawa Malaysia ke mercu kejayaan hingga dikenali dunia. Tun Mahathir berusaha membawa Malaysia daripada negara dunia ketiga kepada negara membangun dan seterusnya negara maju dan kehadapan lagi. Inilah kerajaan !!. Bukan menyalahkan kerajaan kerana parti yang dinaungi oleh negara itu. Itulah fahaman songsang yang dibawa PR. PR memang sinonim kepada PEROSAK RAKYAT (PR).


1 Malaysia yang telah dijelaskan DS Najib mendapat pujian PAS kerana alasan itu konkrit, tetapi, mereka mencuba untuk menafikan sesuatu yang konkrit. Itu lah tanda mereka sengaja mencari isu untuk MENDERA EMOSI RAKYAT. DS Najib berusaha untuk memacu dan menyatupadukan rakyat Malaysia, Pembangkang pulak yang mahu membinasakannya kerana politik !!! Wahai Pembangkang, fikirkan mengenai KEAMANAN MALAYSIA,bukan berfikir tentang politik sempit mereka. Bagaimana negara mahu maju jika PEMBANGKANG asyik menyalahkan tindakan kerajaan ?????? Giler la PR ni. 


1 Malaysia dikenali semua rakyat Malaysia bahkan pelancong luar negara. Kawan saya , cukuplah dikenali sebagai Siron, diminta mengambil gambar pelancong yang datang ke salah satu homestay di kampung jawa ini. Yang bagusnya, pelancong ini menunjukkan isyarat 1 yang menunjukkan 1 Malaysia, kata mereka. Nahhh...mereka sendiri iktiraf slogan ini. sedangakan Pembangkang membencinya kerana pembangkang tidak sayangkan negara. Mereka hanya fikir politk sahaja. BAGAIMANA NAK URUSKAN RAKYAT KALAU FIKIR POLITIK SAHAJA ??? RAKYAT INGINKAN NEGARA INI MAKMUR, BUKAN MAINAN POLITIK SEMPIT PR NI. 


PR sebenarnya MARAH dan GERAM kerana slogan yang mereka bawa iaitu  Malaysia Malaysian tidak didengari dan tidak meniti di bibir rakyat. Kerana itu, hal slogan pun, PR nak jadikan isu. PR sebenarnya yang takut kepada politik mereka. PR yang jadikan slogan Malaysia Malaysian itu untuk parti mereka sahaja. Apapun, DS Najib tetap memacu negara untuk mencapai Wawasan 2020.


Hari ini, kita semua rakyat Malaysia yangkhususnya kakitangan kerajaan bercuti kerana meraikan kemenangan yang pertama kali dalam bola sepak piala Suzuki AFF. 1 Malaysia kelihatan jelas apabila kita semua tanpa melihat kepada warna kulit bersatu menyokong pasukan negara. Ini adalah kerana kita cintakan dan sayangkan negara Malaysia, Bukan seperti Anwar Ibrahim yang memburukkan nama Malaysia ke luar negara.


Kejayaan ini membuktikan dengan jelas gagasan 1 Malaysia diterima dan dipraktikkan rakyat !!!


DS Najib, isu ini hanyalah pisican PR sahaja yang jeles dengan sambutan rakyat dan pelancong kepada konsep 1 Malaysia.

TAHNIAH DS NAJIB !!! KAMI SEBAGAI ANAK MUDA SENTIASA MENYOKONG DS NAJIB !!!

No comments:

Post a Comment