Pakatan Rakyat telah merangka manifesto mereka untuk PRU 13 akan datang. Manifesto 100 hari ini adalah untuk meyakinkan rakyat mengenai PR dalam pentadbiran negara.
Berikut butir program 100 hari yang akan mennjadi diskusi pada hari ini dan seterusnya. :
- Mengheret perasuah negara ke muka pengadilan dan membersihkan negara dari amalan rasuah
- Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- Menstrukturkan pinjaman PTPTN untuk memudahkan palajar melanjutkan pengajian
- Memperkenalkan akta kebebasan maklumat - melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah, dan media
- Mengutamakan kebajikan warga emas dengan menaikkan kadar bantuan yang lebih melegakan
- Kemudahan WIFI percuma ke seluruh negara
- Meningkatkan pendapatan seisi rumah kepada RM 4,000.00
- Memperkukuhkan institusi agama selaras Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
- Merperbanyakkan dialog-dialog antara agama untuk persefahaman dan mengelakkan ketegangan
- Menjadikan PDRM, SPRM dan SPR sebagai badan bebas.
Memang cantik laaaaa susun atur rancangan PR ni. Rancangan ni dibuat kerana BN tak mampu nk lakukan. Iyer ker??? atau PR tak selesa dengan apa yang BN da buat dengan jayanya ??? Mari kita semak :
1. BN berusaha bersungguh untuk menangkap Perasuah Negara dan terbukti, daripada orang biasa yang menerima suapan setinggi RM2.00 hinggalah mereka yang dikenali sebagai "big shot" iaitu orang yang menerima suapan hingga mencecah puluhan ribuan ringgit. Juga, daripada orang biasa yang kerja kuli seperti saya, hinggalah kepada Menteri Besar sekalipun. Jadi, dimanakah BN tidak lakukan ini ??? BN sentiasa lakukan kegiatan menangkap perasuah dan bukan sekadar 100 hari tapi lebih dari itu dan menjadi antara agenda utama negara.
2. Akta ISA yg nk dihapuskan ini adalah agenda orang yang terasa dirinya telah di aniaya walaupun akta ISA ini bertujuan untuk mengekang permasalahan yang melampau dalam negara yang mungkin boleh mencetuskan darurat. Akta ISA ini dikatakan tidak islamik kerana berbentuk paksaan atau menyeksakan rakyat yang tidak bersalah. Andai tidak bersalah, mana kan pula hendak dilakukan tangkapan. ISA ni menangkap mereka yang mengancam keselamatan dan keharmonian negara. Kalau la tiada ISA, confirm ker PR ni ble menjamin keharmonian negara ??? Kalu camtu, aku pun nak kasi kecoh la negara ini sebab tak ada ISA, so bole bikin kacauuuuu lah. hahahahaha... Negara yang merdeka dan sejahtera, tidak selalunya tenang. Tengok je lah Malaysia ni, merdeka dan tenang, tapi timbul juga kekecohan yang sering dibudayakan PR. Sejahtera dan amankah perkara itu ??? Sendiri pikirlah relevan adanya ISA. orang yang takut ISA jer nk buang ISA, sebab pengecut !!!
3. PTPTN yang telah sedia ada kini sudah sangat bagus. Hanya 1% jer kene bayar sebagai cas servis kepada mereka yang mengelolakan berjuta-juta permintaan PTPTN ini. Juga, PTPTN telah memberikan pinjaman percuma kepada pelajar yang mendapat IJAZAH KELAS PERTAMA. Ini secara tidak langsung menggalakkan pelajar supaya memperolehi pencapaian POINTER yang bagus. INI ADALAH SATU MOTIVASI. Bayangkan diberi secara percuma, mereka mungkin akan membazir dan tidak bersungguh, tpi apabila percuma kepada Ijazah Kelas Pertama, mesti ramai yg berusaha untuk mendapatkannya. Dan itu adalah sebagai hadiah kepada mereka yang mendapat ijazah kelas pertama. PTPTN INI SUDAH SANGAT BAGUS YANG DI ILHAMKAN OLEH BN.
4. Akta kebebasan maklumat ??? Kini, banyak akhbar alternatif disebar serata negara tanpa BN menyekatnya pun. Kalau nak bebas mendapat dan menyampaikan berita, KENAPA PEMBENTANGAN BAJET NEGERI KEDAH DILAKUKAN SECARA TERTUTUP ??? Itu bebas kah ??? Pakatan Rakyat sendiri menutup maklumat, ada hati pula mahu kebebasan maklumat. Sebab tulah, PR ni cakap tak serupa bikin. Cakap sebab nak undi, tapi takut nak laksanakan. Memang tak relevan langsung.
5. Warga emas dijaga dengan kadar yang melegakan. Ya, BN telah lakukan kepada mereka. Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terkini meningkat di Kelantan dilaksanakan tanpa soal. Warga emas juga ada pengecualian dalam pelbagai perkara dan bayaran. Termasuk tiada bayaran kepada pesara ( sure la warga emas ) yang mendapatkan khidmat wad di hospital. INI SUDAH BAIKKKKK... BN tidak lalai dalam memberikan khidmat terbaik kepada warga emas yang banyak berbakti kepada negara.
No comments:
Post a Comment