Salam 1 Malaysia,
PRN Sarawak akan diadakan pada 16 April 2011. Penamaan calon pada 6 April dan tempoh berkempen adalah selama 10 hari.
Reputasi baik yang diterima BN pada PRU yang lepas tidak boleh dipandang ringan kerana, sikap, minat dan perangai manusia ini berubah-ubah. Dulu mungkin pangkah BN, tapi akan datang, jangan yakin 100% mereka memangkah parti yang sama SEKIRANYA BN sendiri tidak tahu menjaga diri.
Peranan bloggers selaku penyebar berita dan maklumat sangat penting kepada mereka terutama calon pengundi Sarawak. Walaupun bloggers bukan wartawan yang mempunyai kelayakkan sepeti wartawan di tv ternama di luar sana, tapi bloggers ada keunikkan dan style tersendiri menyampaikan berita dan info.
Kita perlu berwaspada dengan berita mengenai video sex yang masih berteka teki dan ada yang sudah mengandaikan ini semua dalang UMNO. Berpada2 menyampaikan berita kerana bloggers adalah pengaruh besar untuk mengalihkan isu kepada isu yang lain. Jangan hingga isu video sex itu akan dijadikan isu yang memakan diri ketika kempen di Sarawak nanti.
Semakin ramai yang mula bersimpati kepada si tertuduh dan semakin ramai di luar sana yang sudah mengatakan , video seks itu adalah fitnah besar untuk menjatuhkan Anwar. Kita perlu bangkit tangani hal ini untuk tidak membawa cerita ini ke Sarawak !!! Bloggerslah yang berperanan besar dalam hal ini kerana kuasa membaca adalah ditangan kita yang merencanakannya.
Ayuh bersiap siaga hadapi PRN Sarawak.
akhir kata : Anwar, DNA akan dicari daripada bukti yang diterima semula. DNA DNA DNA. Nightmare Anwar !!!
No comments:
Post a Comment