SAHABAT SETIA SAJ

Sunday, March 6, 2011

SOLAT HAJAT PAS MENEMUI KEBUNTUAN

Salam 1 Malaysia, 



Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, sekali lagi, BN menang di 2 DUN iaitu di Merlimau dan di Kerdau. Tahniah kepada YB baru di Dun Merlimau, YB Roslan Ahmad dan YB Syeb Ibra di Dun Kerdau.

Setelah berkempen secara aman dan demokrasi di Dun Kerdau dan Merlimau, rakyat akhirnya memberi mandat dan kepercayaan kepada Barisan Nasional dalam menerajui Merlimau dan Kerdau. Kempen yang dihujani kata-kata fitnah dan cercaan yang bertimpa2 ke atas BN, tidak mengubah takdir yang ditentukan Allah. Akhirnya, doa orang2 yang dizalimi oleh PAS kerana PAS menabur pelbagai fitnah seperti bencana banjir dan sebagainya keatas BN dan mengandaikan itu dosa BN adalah sia2 dan menemui kebuntuan. Tetapi, fitnah dan andaian mereka tidak dapat melawan kehendak Ilahi yang menentukan segalanya. 

Jadi, SAJ yang menyokong BN, mengucapkan rasa syukur kerana akhirnya, dapat juga wakil Melayu Islam menjadi YB dalam menyumbangkan khidmat bakti kepada dun masing2.

Ini adalah kemenangan yang berterusan oleh BN apabila melawan PAS di Galas, Tenang dan kini di Merlimau dan Kerdau. Ini sebagai bukti bahawa, BN masih mendapat kepercayaan daripada rakyat.Alhamdulillah.

Tahniah sekali lagi kepada Roslan dan Syed Ibra atas kemenangan ini. Diharap, YB berdua dapat menjadi suara rakyat di dun masing2 dan membawa imej yang baik kepada BN sekaligus menyangkal dakwaan PAS yang menghina BN.

" Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang ditandingi dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti undi masing-masing sebanyak 3,643 dan 2,724 undi.


Calon BN di Merlimau Roslan Ahmad mempertahankan kerusi dengan undi sebanyak 5,962 berbanding calon Pas Yuhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi.

Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad meraih sebanyal 5,060 undi berbanding calon Pas Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi."

2 comments:

  1. Salam SAJ,

    Pas tu sebenarnya buat solat politik, sebab tu tak sampai kemana-mana.

    ReplyDelete
  2. SALAM PENDITAKAINSINGKAT,

    YA, SEBAB TU, SOLAT HAJAT MEREKA DIGAGALKAN KERANA HATI BUSUK DAN MENJUAL AGAMA UNTUK POLITIK. AGAMA TAK SALAH, PAS YG SALAH AMIK AGAMA KEPENTINGAN PRIBADI. BUKAN UNTUK PANDUAN.

    ReplyDelete