SAHABAT SETIA SAJ

Thursday, March 17, 2011

NIK AZIZ BERSEDIA UNTUK MENYERANG !!!

Salam 1 Malaysia, 


Nak menegur orang memang ada caranya dan cara selemah lemah iman adalah berdoa kepada Allah kepada empunya badan. Dalam hal ini, Datuk Harussani bertegas dengan pendiriannya untuk menegur kesilapan demi kesilapan , kepincangan demi kepincangan yang berlaku dalam negara.


Ini juga adalah jihad beliau kerana beliau sangat bertangungjawab dalam menegur kesilapan yang dilakukan. Seperti kata beliau, "jika teguran saya salah, saya bersedia menerima teguran dengan syarat cukup nasnya kerana saya akui bukan pakar dalam semua bidang". Ternyata,Datuk Harussani sangat merendah diri dan SAJ kagum dengan sifatnya. Terasa tertarik untuk lebih mendalami Islam dengan lebih mendalam. Terasa, kaedah Datuk Harussani dapat melembutkan jiwa anak-anak muda untuk mengenal islam, bukan yang bersifat ektremis sehingga pantang ditegur, terus melenting kerana anggap dirinya hebat daripada orang lain.

Datuk Harussani akan menegur apa sahaja yang silap pada pandangan nya, dan sekiranya dia tersilap, dia sedia menerima teguran asalkan ada nas diberikan. Inilah contoh ulama yang di angkat kerana, bersedia terima teguran, dan dalam pada masa yang sama, menegur kesilapan orang lain. Datuk Harussani menegur tidak dipengaruhi sesiapa kerana beliau menegur atas dasar Islam yang dipelajarinya.


Datuk, teruskan berjihad dengan cara yang baik kerana, hidup manusia ini tidak selalunya betul dan perlu ditegur. SAJ hormat pendirian Datuk dengan kaedah datuk mengendalikan kekeliruan yang berlaku dalam Malaysia ini.

Dan diharap, teguran datuk itu memberi manfaat. Harap teguran itu tidak dijadikan isu untuk serangan membidas membabi buta oleh sesetengah pihak. Harap agar datuk konsisten dalam tanggungjwab datuk dan SAJ percaya, datuk tidak akan melampaui batas hingga menjadi suara lantang yang ekstrem.

P/S : NIK AZIZ BERSEDIA UNTUK MENYERANG DATUK HARUSSANI ??? NIK AZIZ KAN PANTANG DITEGUR. DIA KAN RASA DIRINYA MAKSUM DAN SEMUANYA BETUL. DATUK HARUSSANI, SAJ MEWAKILI ANAK2 MUDA YANG LAIN, MENYOKONG PENUH NIAT DAN JIHAD DATUK KERANA ALLAH DAN ISLAM.

No comments:

Post a Comment