Hargailah seseorang itu, sementara dia masih ada di dunia ini. YESSSS!!! betul tu. Itulah yang dapat digambarkan oleh peminat Tun Dr Mahathir Mohamad apabila mereka berebut mendapatkan naskhah terbaru daripada hasil tulisan Tun M sendiri selama 8 tahun. Lagipun, bukan mahal sangat buku tu. Harga sangat berbaloi iaitu hanya RM100 jer. Reasonable price. Rasa rugi plak tak pi beli lagi. Tunggu lah !!!!
Nampaknya, aura Tun M masih lagi segar dan fresh. Peminat Tun M bukan sekadar golongan yang seusia pentadbirannya dahulu, tapi lebih muda dari itu. Hanya orang yang tahu menghargai kemajuan dan kesan pentadbiran Tun M akan mengagumi beliau. Tabik spring kat Tun M sebab usianya yang menjengah 85tahun, masih mampu menulis dan mempunyai idea yang bernas untuk Malaysia.
Tun M berjuang untuk rakyat dan Melayu. Tun M banyak jasanya kepada negara. Daripada negara ini tidak dipandang dan di anggap bangsa dan negara yang kuno dan ketinggalan, hinggalah berjaya menempa nama dan dikenali dunia. Malaysia bukan asing lagi di luar negara. TERIMA KASIH TUN M !!!
Berita dalam Utusan :
Memoir Dr. M dapat sambutan hangat
KUALA LUMPUR 8 Mac - Buku memoir oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad dilancarkan pada satu majlis di East Atrium Concourse, Mid Valley Megamall di sini hari ini.
Buku terbitan MPH Group Publishing Sdn. Bhd. setebal 800 halaman dan berharga RM100 senaskhah tersebut akan membawa pembaca menyusuri perjalanan hidup bekas Perdana Menteri itu yang hanya diketahui segelintir orang luar selain anggota keluarganya.
Dr. Mahathir berkata, buku tersebut merupakan memoir dan pengalaman hidupnya selama 85 tahun, mengisahkan mengenai pelbagai perkara yang boleh dijadikan panduan dan perlu dielakkan oleh semua orang dalam kehidupan mereka.
"Saya mengambil masa selama lapan tahun untuk menulis buku ini. Saya berharap semua orang mengambil iktibar daripada buku tersebut.
"Apa sahaja pandangan yang diberikan selepas membaca buku itu adalah terpulang kepada mereka," katanya pada majlis pelancaran buku tulisannya itu di sini hari ini.
Hadir sama, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.
Sementara itu, Pengurus Besar MPH, Ivy Tan berkata, buku itu memaparkan sejarah Malaysia yang dilihat daripada kaca mata tokoh yang sentiasa memainkan peranan penting, termasuk dalam menentukan pertumbuhan dan pembangunan negara.
Buku itu juga katanya, memuatkan perjalanan hidup bekas Perdana Menteri yang disampaikan secara terus terang, spontan dan adakalanya dalam nada jenaka.
Beliau juga berkata, untuk edaran pertama, MPH telah mencetak sebanyak 50,000 naskhah dan ia boleh didapati di kesemua kedai buku dan cawangan MPH Bookstore di seluruh negara.
Menurutnya, lebih 1,000 naskhah telah dijual sejak buku itu mula dipasarkan hari ini.
"Pada majlis perasmian hari ini sahaja, sebanyak 253 naskhah telah dijual," katanya.
Tan dalam pada itu berkata, sebaik dipasarkan, buku itu turut menarik minat orang luar apabila pihaknya menerima tempahan secara dalam talian dari Amerika Syarikat (AS), Indonesia dan juga Singapura.
BILA KERAJAAN NAK HARGAI JASA TUN?HARI TUE CAKAP NAK TUKAR KLIA JADI LAPANGAN TERBANG TUN MAHATHIR?X KAN NAK TUNGGU SAMPAI TUN XDER????
ReplyDeletesalam anonymous,
ReplyDeletekerajaan perlu amik kira semua perkara agar tidak jadi isu. Tun M ada tempatnya yg kerajaan hargai sepeti galeri Tun M d langkawi dan sebagainya. KLIA itu pun adalah memoir Tun M kerana beliau yg merancangnya. Jangan risau, Tun M tetap dihargai dan ada penghargaan nya nnti.
Setahu saya Tun M tidak suka dan tidak akan membenarkan namanya digunakan untuk nama jalan, bangunan, sekolah, lapangan terbang dsbnya. Kompleks Pasar Rabu di Langkawi pernah dicadangkan namanya sebagai Kompleks Pasar Rabu Chedet tetapi Tun M tidak merestuinya.
ReplyDeleteTun M memang hebat tak seperti Nik Aziz yang wajahnya diperdagangkan sebagai ikon PAS.
akuantiPR.