SAHABAT SETIA SAJ

Tuesday, March 22, 2011

TAK TENGOK RUGI, BILA TENGOK MALU.

Salam 1 Malaysia, 




Macam-macam citer hot sekarang ni kan ?? Wak Siron antara nak dengar dengan tak je citer politik yang sangat transparent nyer. Ari tu geli geleman ngan air mani Anwar , ini pulak tntg video seks yang berdurasi 20 minit.


Cuma berhati2 dengan berita gempar ini kerana permainan politik oleh orang yang cekap bermain politik ni, bukan sebarangan. Tersurat yang kita nampak, tapi dalam tersiratnya. Apapun, selalulah kita ingatkan Anwar Ibrahim untuk serahkan DNA nya. Jangan nak ngelat yer.


ANWAR, SERAHKAN DNA !!!


Berikut berita daripada Sinar Harian :


Siapa pemimpin itu? 

KUALA LUMPUR - Seorang individu yang menggelar dirinya Datuk T mendedahkan kepada media apa yang didakwa rakaman video salah laku seks pemimpin tertinggi PKR di hotel. 

Rakaman berdurasi 21 minit itu menunjukkan individu terbabit adakan hubungan seks dengan pelacur asing, dirakam pada 21 Februari lalu. 

Menurutnya, rakaman itu disedarinya selepas ahli politik itu arahkan jam tangannya yang tertinggal di bilik hotel itu diambil balik. 

Katanya terdapat wayar disambungkan ke rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan hubungan seks itu. 

Datuk T mendakwa, rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur dan seorang lelaki tidak dikenali. 

Bahagian kedua menunjukkan ia diambil pelbagai sudut dan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita itu dan adakan hubungan seks dalam beberapa posisi yang berlarutan kira-kira 17 minit sebelum pemimpin itu bergerak, dipercayai ke bilik air. 

Kemudiannya wanita berkenaan dilihat selepas membersihkan dirinya dengan tisu, sambil menggeledah barang milik pemimpin itu dipercayai mengambil jam tangan Omega yang dicari Datuk T sebelum itu. 

Datuk T berkata, dia akan hantar rakaman berkenaan kepada pemimpin itu dan isterinya bagi pengecaman dalam masa seminggu. 

"Jika dia mengenal pasti rakaman itu adalah dirinya, saya cabar dia dan isterinya meletakkan jawatan. 

Kami tidak mahu pembabitan kerajaan dalam isu ini. Jika beliau dan isterinya tidak meletak jawatan, kami akan minta diadakan panel bebas yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan untuk jalankan siasatan forensik bagi menunjukkan kesahihan (rakaman) video ini,” katanya. 

Dia mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan yang bermoral tinggi dan tidak layak jadi pemimpin.

Sebelum itu, rakaman berkenaan ditayangkan secara berkumpulan dan berperingkat kepada media pada sidang akhbar di ibu negara semalam. 

Katanya, dunia akan tahu kebenaran perkara ini.


2 comments:

  1. Salam,

    Kita berasa pelik kerana Nuar Berahim kelamkabut mengadakan sidang media dan secepat kilat membuat aduan polis. Baguslah kerana dia yakin pihak Polis dan Mahkamah adalah tempat untuk mendapatkan keadilan baginya.

    Cuma kita berasa hairan mengapa dia terlupa menyerahkan DNAnya untuk membantu mahkamah mencari kebenaran dan menegakkan KEADILAN.

    Sedangkan Rakyat tahu dia adalah Penasihat parti KEADILAN,
    Isterinya Presiden KEADILAN dan
    anaknya Naib Presiden KEADILAN.

    Pelikkan?

    ReplyDelete