SAHABAT SETIA SAJ

Wednesday, July 27, 2011

TV9 : RANCANGAN ADIK DI HENTIKAN KERANA AMBIGA !

Salam 1 Malaysia, 

SAJ sedang sibuk browse Facebook. Tup tup, SAJ terjumpa la satu page "

Kami mahu Rancangan Adik & Quran Ustaz Zamri di TV9 diteruskan"

 

terkadang, SAJ setuju jugak dengan beberapa komentar dalam page ni. dorang kata, rancangan menarik mengenai Islam dan Quran diberhentikan  kerana ustaz nya sertai Bersih, tetapi, artis yang problem, berpakaian seksi, dedah sana sini, macam tiada moral islam, dibiarkan disiar didalam rancangan TV.

Tang artis problem perilaku dan etika pakaian tu, SAJ setuju. Bukan apa, kenyataan rancangan itu diberhentikan kerana rating jatuh, membangkitkan berang rakyat. Sebab ianya sesuatu yang tidak berasas.

Apatah lagi, rancangan itu pun dihentikan sejurus dapat tahu ustaz Zamri sertai Bersih. 

SAJ bukan apa, kengkawan SAJ ada yang sokong kerajaan, dan mereka rasional. Maksudnya, yang, mana salah, mereka kata salah, yg benar tetap benar. Dalam hal ni, kengkawan SAJ yang sokong kerajaan rasa tak best bila rancangan ini dihentikan.

Media Prima benar2 membuatkan rakyat muak. Wahai Media Prima, hal Wardina masih di awangan, terbit pula hal ini. 

Jangan buat rakyat makin meluat dengan media prima sebagai stesyen terbesar dan terkenal ! Jangan nampak sangat media prima ini bertindak atas tiket tidak rasional. Jadikan Media prima ini stesen yang telus dan flexible. 

Apapun, SAJ yakin kepada media prima untuk bertindak dengan sewajarnya. Jangan nampak pincang. Biarlah bertindak dengan sebaiknya.

Apapun, SAJ setuju, rancangan itu tetap diteruskan demi generasi Islam akan datang. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menaikkan rating. Jangan bikin rakyat cari salah media prima, harap ambil tahu suara rakyat dan pandangan rakyay.

 

5 comments:

  1. BRO,

    AKU PUN MULA RAGU DENGAN MEDIA PRIMA NI. NAMPAK MACAM NAK SABOTAJ KERAJAAN. BOSS DIA KENA KAJI TENGOKLAH.

    DEPA MENIKMATI KESEJAHTERAAN, KEMEWAHAN KERANA KERAJAAN 'INILAH', JANGAN KHIANAT PULAK !

    ReplyDelete
  2. Cari saja ustaz lain .apa susah.

    ReplyDelete
  3. AKu pun suka ikut Zamri ini. Tapi kalau dah tabiat nak mengagungkan peguam yang lebih suka murtadkan orang Melayu, biarlah tak payah nak layan orang macam gini. Tak ada tulang belakang pasal Islam dan taat kepada Raja.

    ReplyDelete
  4. budak2 tu ok, yg sialnya si zamri lembu ambiga.
    tukar ustaz, settled.

    ReplyDelete
  5. BENCI PENGKHIANAT BANGSAJuly 27, 2011 at 3:47 PM

    SAJ,

    KALAU DILIHAT DARI MATA KASAR, MEMANG TIDAK WAJAR TINDAKAN MEDIA PRIMA INI MEMBERHENTIKAN PENYIARAN TERSEBUT HANYA KERANA UST. ZAMRI TERLIBAT DENGAN BERSIH.

    TAPI DARI MATA HALUSNYA...USTAZ ZAMRI TELAH BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG DUNIA KERANA PERHIMPUNAN BERSIH TIDAK MENDAPAT PERMIT DAN MELANGGAR PERINGATAN ALLAH AGAR TIDAK BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA YANG MEMPERJUANGKAN MURTAD ORANG ISLAM (YAKNI ORANG KAFIR DAN GOLONGAN MUNAFIK) APATAH LAGI, YDP AGONG YANG MERUPAKAN KETUA AGAMA ISLAM DI NEGARA INI TIDAK MEMBENARKAN PERHIMPUNAN BERSIH NI DIJALANKAN.

    USTAZ ZAMRI MEMPUNYAI HAK UNTUK BERPIHAK KEPADA PEMBANGKANG ATAU KERAJAAN, NAMUN BELIAU TIDAK ADA HAK UNTUK MELANGGAR DAN PERATURAN YANG DITETAPKAN APATAH LAGI TEMPAT DIA MENCARI MAKAN.

    WAJARKAH KITA BERSAMA MENGIKUT PERKHIMPUNAN BERSIH SEDANGKAN IA BERTENTANG DENGAN PRINSIP KEAMANAN YANG DIPERJUANGKAN OLEH MEDIA PRIMA KHUSUSNYA TV3.

    APAPUN, SARANAN SAJ BERKAITAN DENGAN ARTIS YANG SEKSI NI MEMANG PATUT DIAMBIL TINDAKAN.

    MEDIA PRIMA KENA PRIHATIN BAB NI. AMBIL TINDAKAN PADA ARTIS YANG SEKSI TIDAK KIRA ISLAM ATAU TIDAK. INI KERANA MEDIA PRIMA MAINKAN PERANAN UTAMA DALAM MEMBENTUK PERILAKU GENERASI YANG BERILMU DAN BERAKHLAK MULIA.

    YANG SALAH TETAP SALAH DAN YANG BENAR TETAP BENAR!

    ReplyDelete