Ringkas sahaja tengahari ini dengan satu petikan daripada harakahdaily iaitu :
"DAP sememangnya sukar untuk menarik orang Melayu bagi menjadi ahlinya"
Ayat di atas sudah jelas lagi bersuluh. Ini lah tanda bergunanya PAS dan PKR dalam PAKATAN RAKYAT yang turut disertai DAP yang majoritinya Cina.
Ianya adalah untuk meraih undi MELAYU yang dihasilkan daripada PAS, dan undi INDIA, MELAYU, CINA dari PKR.
Satu kerja mudah untuk DAP bagi mendapatkan undi orang bukan cina.
Keizinan DAP memulakan konvensyen mereka dengan doa adalah satu perkara yang baik. Tidak pula dinafikan. TETAPI, mengapa baru kali ini doa itu digunakan setelah 44 tahun parti itu wujud.
Mengapa tidak sedari awal dipraktikkan untuk menarik ahli Melayu ?? Jika parti itu memperjuangkan semua kaum, hal ini sedari awal tidak patut diketepikan.
DAP LANCARKAN SERANGAN ROKET KE BULAN |
Kesimpulannya di sini, PAS SESUNGGUHNYA digunakan sebaik mungkin 'madu' nya untuk mendapatkan ahli dan undi Melayu. PAS, jangan jadi - habis madu sepah dibuang kerana kelihatan, madu semakin sikit kerana lebahnya mula berantakan.
Kesukaran DAP mendapatkan orang Melayu akan terlaksana dengan adanya "pertolongan" PAS yang semestinya adalah Melayu kerana PAS adalah Pasti SeISLAM Malaysia.
Dari sudut BN, ianya jauh lebih tersusun dan bersistematik dalam memperjuang untuk kepentingan rakyat. UMNO, MCA dan MIC duduk sebumbung untuk membela rakyat. Walaupun terdapat pecahan mengikut bangsa, ini adalah untuk memudahkan mereka memahami kehendak rakyat sebangsa mereka dengan lebih mendalam dan telus tanpa menggangu adab dan kefahaman budaya mereka.
Kerana itu, Barisan Nasional adalah parti yang stabil dan relevan untuk memerintah Malaysia.
No comments:
Post a Comment