SAHABAT SETIA SAJ

Friday, December 24, 2010

100 HARI - PR KECEWA LAGI (part 2)



Sambungan daripada PART 1.


Berikut adalah 5 perkara terakhir yang ingin dilaksanakan PR sekiranya menang PRU 13 (bodek rakyat).


6. Kemudahan WIFI percuma ke seluruh negara.
7. Meningkatkan pendapatan seisi rumah kepada RM 4,000.00.
8. Memperkukuhkan institusi agama selaras Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.
9. Merperbanyakkan dialog-dialog antara agama untuk persefahaman dan mengelakkan ketegangan.
10. Menjadikan PDRM, SPRM dan SPR sebagai badan bebas.


Ini ulasanku :
6. Kemudahan wifi yang PR ingin jalankan ibarat satu kesinambungan kepada usaha Kerajaan. Kerajaan telah membuat Kampung Wifi di pantai timur mahupun di Sarawak. Dan ini jelas Sarawak tidak dipinggirkan seperti dakwaan Pakatan rakyat. Tambahan pula, apa guna WIFI di seluruh negara andai tiada alat untuk mengakses WIFI kan ???? Sedangkan kerajaan berikan laptop sebanyak 1.2 juta kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Ini adalah apa ??? Ini adalah kerana, kerajaan juga mahukan rakyat celik IT. Kerajaan telah terlebih dahulu melaksanakan program ini yang nampaknya semakin pesat dilancarkan. KERAJAAN WUJUDKAN KAMPUNG WIFI DAN JUGA MEMBERIKAN LAPTOP SECARA PERCUMA KEPADA RAKYAT. Nahh.... kerajaan bagi pakej lagi tu...




7. Pendapatan seisi rumah tidak akan meningkat sekelip mata. walaupun PR wujudkan perkara ini, ianya belum dapat diberikan kepada rakyat dalam masa 100 hari kerana ianya bergantung kepada faktor ekonomi lokal dan antarabangsa. Memetik daripada BERNAMA, kerajaan mengumumkan tiada lagi miskin tegar dalam bandar. Ini jelas menunjukkan perkembangan pendapatan seisi rumah telah mula meningkat. Ini semua adalah atas bantuan kerajaan kepada mereka yang miskin tegar seperti program perniagaan kepada mereka untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Ini pun, kerajaan telah lakukan. Jadi, tiada apa yang lainnya pada program PR ni kan .... :)




8. Institusi agama hendak diperkukuhkan. Baguslah. Kerajaan pun sentiasa mengukuhkan institusi agama dengan membina sekolah agama terutama di Kelantan, membina masjid untuk kemudahan rakyat berbanding surau yang kecil dan usang yang tidak dapat menampung jumlah jemaah. Mengambil contoh sebuah masjid di Negeri Sembilan yang berfungsi dengan sangat baik dengan adanya pusat rekreasi, bilik komputer untuk pengguna dan menunaikan solat bila tiba waktunya. Kerajaan tumpu juga hal ini. Tetiba, PR ingin kukuhkan intitusi agama agar rakyat dapat menghormati agama ISLAM. YA, MENGHORMATI DENGAN MENGGUNAKAN AYAT SUCI AL QURAN OLEH BUKAN ISLAM KEMUDIAN TERJEMAHKAN SENDIRI ??? MENGHORMATI ISLAM HINGGA MENGATAKAN SEMUA AGAMA ITU SAMA ??? MENGHORMATI ISLAM HINGGA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN TERPAKSA MENGELUARKAN FATWA BARU TENTANG SALAHGUNA AYAT QURAN ??? Inilah PR yang hanya bercakap agar agama dihormati sedangkan MEREKA lah yang mencemarkan nya dahulu. MEMBAWA BUKAN ISLAM MASUK MASJID TIADA ADAB . Patutlah mereka nak kukuhkan institusi agama kerana MEREKA sendiri telah cemarkan. Sepanjang Kerajaan BN memerintah, Belum pernah orang bukan islam menggunakan ayat quran dalam ceramah politik untuk menarik kaum melayu. Sedarlah hal ini. Siapa yang mencemarkan agama siapa. Dan siapa yang membenarkan hal ini terjadi, pulak tu, ada hati nk kukuhkan institusi agama yang sememangnya telah suci hingga datangnya PR yang merosakkannya. Lu fikir lah sendiri.




9. Mahu perbanyakkan dialog agama untuk mengelakkan ketegangan ??? Islam menjadi sinis kerana UMNO ??? Sedarkan PR, bahawa, ISLAM bertambah keliru dalam PR apabila adanya pluralisme, adanya insiden melacurkan ayat Quran, dan adanya kenyataan semua manusia itu bersaudara sedangkan yg bersaudara itu adalah sesama Islam. Fahaman ini di bawa oleh PAS dan PKR dalam PR. Fahaman ini memang terbuka, tapi terpesong !!!! Apa guna terbuka tapi terpesong fahamannya yang boleh mengakibatkan aqidah pun terpesong !! Kalu semua agama itu sama,orang Islam boleh anut agama lain lah yer??? sebab semua agama itu sama !!! PAS dan PKR punca ketegangan agama dalam negara sedangkan agama ISLAM tidak digangu gugat oleh bangsa lain kerana MELAYU ISLAM menghormati bangsa dan agama lain.




10. PDRM, SPRM dan SPR sebagai badan bebas ??? Apa punya cadangan la ni .... Semua ini adalah bebas pun. Hanya PR jer yang nampak tak bebas. Sebab PR saja nak kelirukan rakyat tentang hal parti dan hal kerajaan. Pakar PR mana lah yang mencadangkan hal ini yang ternyata hanya pakar KELIRU saja.
Kerajaan mana boleh campurtangan hal undang-undang ni. Contohnya, polis kerjanya adalah memberkas penjenayah yang tertakluk kepada undang-undang. Seperti kes Khir Toyo yang tidak terkecuali diberkas. Walaupun Khir Toyo itu orang BN, beliau tetap ditangkap kerana adanya aduan mengenai salah laku yang dilakukan. Ini bukan bebas ker ??? Kalu tertakluk kepada kerajaan, Khir toyo ni sure dah kene lepas, tpi sebaliknya dibawa ke perbicaraan. Ini bukti bahwa polis ker, SPRM ke, SPR ke, semua ini adalah bebas yang tertakluk kepada undang-undang yang telah sedia ada. Hal ini pun, BN telah jalankan. BN tidak campurtangan hal keselamatan negara kerana tertakluk kepada undang-undang. PR saja yang membawa usul ini untuk kelirukan rakyat. PR tiada idea lain untuk mendapatkan undi rakyat dan menggunakan idea bodoh ini pula. Haihhh...kesian... Jadi, apa yang hebat sangat program PR ni ahh??? Pelik aku.


Kesimpulannya :


Program 100 hari PR adalah kesinambungan daripada BN jer. Tiada apa yang baru dan indahnya untuk rakyat. Hanya rakyat yang dipenuhi dendam dan rasa tidak bersyukur sahaja yang sokong PR ni. Sedangkan kerajaan BN telah berikan kemudahan yang.


PR memang tidak berpijak di bumi yang nyata. Beri kemudahan ini, tapi, kesusahan pada yang lain. Konon beri wifi kepada rakyat, tpi menyusahkan rakyat hendak mendapatkan komputer atau laptop untuk mengakses. Ini lah yang dikata, program yang konon GEMPAK tapi HAMPAS.


Apapun, kerajaan BN tidak jemu memberikan kemudahan kepada rakyat saban tahun dan berusaha menangkis segala kekurangan yang menimpa negara kerana faktor antarabangsa.


PRU 13 tidak akan bertukar tangan kepada PR yang ingin mencuba-cuba memerintah. PR menampakkan ketidakyakinan mereka dalam memerintah Malaysia kerana ingin cuba-cuba. Ini bukan soal cuba-cuba yang menjerat nasib. Ini soal keselamatan dan keselesaan yang telah dikecapi rakyat Malaysia.


Fahamilah.




5 comments:

  1. maklum la melayu ramai yang suka kaya segera so janji2 seperti ini memang menjadi igauan syok mereka yang jumud dan berfikiran sempit @ ahli PR.!!

    realitynya janji PR paling tidak dipercayai didunia ini!!!

    ReplyDelete
  2. pacat....

    janji PR ni hanya untuk menarik undi jer. walhal, takkan termakbul pun sbbnya tidak berpijak di bumi dan nampak sangat ianya indah di kayangan tpi tak dapat direalisasikan...

    yang tahu nk sensasi kan.

    ReplyDelete
  3. hahaha...ni lah PR..orang lain punya usaha,dia nak dapat kredit je..janji boleh spin...berjanji atas benda2 yang orang lain dah usahakan...

    ReplyDelete
  4. Anonymous,
    biasalah, PR nak malaysia sebab nak habiskan duit malaysia yang diusahakan kerajaan BN sebelum ini. janji entah ke mana la jawabnya nti bila PR memerintah. Simpang malaikat 44.

    ReplyDelete
  5. pas janji nk bagi wifi free kat sarawak kalau dpt tawan sarawak .. bila nak bagi wifi free kat kedah?

    ReplyDelete