SALAM 1 MALAYSIA - KEHARMONIAN BERBILANG KAUM DIMARTABATKAN .
Isu Ketuanan Melayu yang dibangkitkan PKR dalam Kongres Nasional 2010 meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat. apatah lagi keluarga suku kaum JAWA yang statusnya tetap BUMIPUTERA, juga merasakan kesannya.
Terkilan kerana ada yang sengaja mempersoalkan tentang ini, hinggakan , Sultan mula mengambil tindakan untuk berucap mengenainya.
Walau apapun, ketuanan Melayu ini bukan menunjukkan Melayu itu tuan, dan bukan melayu itu adalah hamba. tetapi, ianya merujuk kepada Sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.
oleh yang demikian, tidak pula melayu itu sangat berkuasa hingga bukan melayu hilang kerakyatan atau kebebasan dalam negara. Apa yang telah kita kecapi daripada merdeka hingga kini, RAKYAT MALAYSIA tetap menjalankan aktiviti atau apa2 cara adat agama dan resam tanpa sekatan.
TARIAN CUTI-CUTI 1 MALAYSIA YANG MENGHIMPUNKAN KESEMUA KAUM DENGAN HARMONINYA |
Tidak pula Cina atau India diharamkan untuk melakukan aktiviti keluarga mereka, malahan itulah yang kerajaan perkenalkan budaya Cina dan India atau yang lain2 dalam aktiviti keseniaan dan kebudayaan negara. sebagai contoh dalam tarian CUTI-CUTI SATU MALAYSIA. yang mana, kesemua elemen budaya dalam negara termasuk Sabah dan Sarawak turut diselitkan dalam tarian itu.
Ini jelas menunjukkan, Sistem Raja Berperlembagaan tidak menyekat kita, sbgai rakyat malaysia yang berbilang kaum untuk mencipta nama dan tapak dalam negara.
oleh itu, KONSEP 1 MALAYSIA yang dilaungkan oleh DS Najib kepada kita semua sangat relevan dan bertepatan dengan apa yang negara kita ini miliki.
sebagai contoh, dalam sukan, semua kaum ada - melayu, cina, india dan lain2. SEMUA kita ini berjuang di medan kesukanan demi untuk mengharumkan nama MALAYSIA, bukan untuk mengharumkan nama bangsa.
SEMANGAT PASUKAN LEBIH UTAMA UNTUK NEGARA MALAYSIA. KITA BERSATU UNTUK MALAYSIA |
Kejayaan SKUAD KEBANGSAAN kita pada Sukan Asia tempoh hari menunjukkan, KITA RAKYAT MALAYSIA, telah merasa bangga kerana kita semua (melayu, cina, india dan lain) berjaya mencapai sasaran 9 EMAS. ini adalah kejayaan kita semua, 1 MALAYSIA, bukan kejayaan mengikut bangsa.
oleh itu, konsep 1 MALAYSIA sentiasa tetap di hati kita. KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA sentiasa mendapat pujian negara luar kerana keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini sentiasa diamalkan dan dipertahankan.
1 Malaysia, tetap kita pertahankan, dan kita sedang menikmatinya kini...
1 MALAYSIA !!!!
No comments:
Post a Comment