SAHABAT SETIA SAJ

Wednesday, December 15, 2010

NIK AZIZ ASINGKAN ISLAM IKUT POLITIK

Salam pembuka bicara, Salam 1 malaysia

"SATU UNTUK KAU, SATU UNTUK AKU,
DUA UNTUK KAU, DUA UNTUK AKU "

Fenomena baru dalam PAKATAN RAKYAT, apabila Kelantan dan Pulau Pinang akan menggunakan sistem BARTER yakni, saling menukar barang antara mereka.

Ini kerana, Pulau Pinang disaran memperbanyakkan sekolah pondok kerana sangatlah kurang sekolah pondok disana. Nampak sangat Pulau Pinang memang HUB CINA yang membuktikan sekolah agama kurang di sana. 

Ya, PAS meminta perbanyakkan sekolah pondok di P.Pinang, dan jangan hairan, Kelantan nanti akan bertambah banyak tanah yang akan diberikan kepada cina. Bukti permulaan cina memasuki kelantan adalah melalui Ekspo Cheng Ho yang baru pertama kali diadakan setelah 20 tahun PAS MEMERINTAH KELANTAN. Setelah PAS bersama DAP, barulah wujud ekspo CINA di Kelantan, negeri Serambi Mekah. Tidak pelikkah ???

Pas juga mencadangkan agar masjid-masjid di imarahkan dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan memberi contoh Masjid di Thailand yang aktif mengajak anak remaja ke sana.

Beliau mengambil contoh Masjid Ban Nua di Hattyai, Thailand yang berperanan serta aktif dengan aktiviti ilmu serta menubuhkan koperasi yang senantiasa berusaha membantu anak kariah.
“Ia begitu cantik dengan infrastruktur dan kemudahan yang serba canggih.  Ketokohan imam yang baik dan jawatankuasa yang bijak mengurus masjid senantiasa menjadi ikon kepada masyarakat," jelasnya.
 Sumber : Harakahdaily

Tidak salah mengimarahkan masjid, tetapi, mengapa jauh sangat contoh yang di ambil. Dalam negara kita pun sudah ada contoh yang jauh lebih hebat. Dalam dokumentari mengenai masjid di negara ini, TV1 ada menyiarkan sebuah masjid di Negeri Sembilan yang menyediakan pelbagai prasarana dan aktiviti yang berfaedah untuk remaja mahupun seisi keluarga.

Ada aktiviti jogging, taman, dan macam2 lagi. Tambahan pula, didalam masjid juga menyediakan satu tayangan video agama untuk para jemaah sementara menunggu masuknya waktu solat. Juga terdapat bilik komputer untuk orang ramai mengakses maklumat. Perkara dan aktiviti ini tentunya menyuburkan fungsi masjid di samping menarik minat terutama remaja untuk ke masjid.
Ibu bapa juga merasa seronok membawa keluarga di kawasan taman berhampiran kerana, mudah untuk mereka menunaikan solat apabila tiba waktunya. 
Nahhh...negara kita adalah negara Islam dan kita sendiri lihat, agama Islam sentiasa disanjung dan dipertingkatkan. Negara kita sudah cukup hebat berbanding negara jiran. Dan inilah buktinya.
Kerajaan banyak membina masjid dan surau untuk kemudahan rakyat setempat. Kerajaan tidak pula mengasingkan masjid ini UMNO punya sahaja. Tetapi kalau di lihat di Kelantan terutamanya, ada masjid atau surau yang telah siap diletakkan lambang PAS di hadapan surau itu. Dan juga, surau itu mesti berwarna hijau PAS.  Apakah maknanya ??
AGAMA ISLAM TIDAK DIBAHAGIKAN MENGIKUT POLITIK
 SEPERTI YANG DILAKUKAN PAS

Perlu kah kalu hendak mendirikan solat diletakkan lambang parti politik mereka ??? Adakah surau itu untuk orang-orang PAS sahaja ??? Kekeliruan ini menjadi punca wujudnya surau UMNO dan surau PAS.

Seorang rakan saya pernah berkata, bapanya adalah orang PAS. Apabila bapanya berbual atau pergi ke surau yang tiada lambang PAS, kawan-kawan bapanya akan mengutuk bapa kawan saya ini seolah-olah telah dipukau orang-orang BN. Inilah fahaman yang berlaku di Kelantan yang terlalu taksub kepada PARTI !!! Sedangkan, bapa kawan saya itu berkawan dengan semua orang kerana mereka itu adalah saudara sesama islam. Fahaman politik itu hanyalah di dunia, tapi di akhirat, semua orang Islam itu adalah saudara kita. 

Betapa taksubnya orang PAS hinggakan surau PAS digunakan orang PAS sahaja dan orang PAS dilarang ke surau yang dibina kerajaan. Begitu kah ??
UMNO tidak mengasingkan agama kerana politik. Agama Islam dihayati oleh semua orang, dipraktikkan oleh semua orang dan kemudahan di berikan kepada semua orang Islam tanpa melihat kepada latar belakang fahaman politik mereka. 

Umno atau BN membina masjid adalah untuk kebaikan bersama, bukan untuk politik. Walaupun UMNO tidak sehebat lebai orang PAS, tapi UMNO berusaha menyatukan orang islam dalam AGAMA ISLAM. Tetapi, PAS menyekat hubungan sesama saudara islam kerana POLITIK SEMPIT mereka. itukah perjuangan ISLAM??

Wallahualam. Bersamalah kita berfikir dengan akal yang waras dan hati yang bersih untuk melihat dan menilai permata yang berharga.


3 comments:

  1. PAS tak pernah bina masjid di Kelantan. Bina tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia boleh la pulak.

    ReplyDelete
  2. Pas tak minat nak tingkatkan syiar Islam.

    Pas hanya berminat nak peralatkan Islam.
    Di Pulau Pinang, DAP berjaya peralatkan PAS hanya dengan RM 100 sahaja.

    Kerajaan UMNO-BN yang bangunkan mesjid, surau, sekolah agama serta membayar gaji dan elaun guru agama sudah berbilion ringgit semenjak dahulu lagi tetapi PAS hanya nampak RM 100 yang diberikan oleh DAP kepada guru agama.

    Jelaslah betapa rendah DAP meletakkan maruah PAS dan betapa hinanya DAP memperlakukan umat Islam di Pulau Pinang dengan hanya RM 100.

    Marilah kita berdoa kepada Allah selamatkan umat Islam dan rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia daripada bala bencara yang sedang dibawa oleh DAP, Nuar Berahim dan Nik Aziz ini.

    ReplyDelete
  3. wake up, kalu ke kelantan, kasihan melihat masjid mereka. sebab, masjid mereka sama seperti surau di negeri lain.

    laksamana, betul tu. Islam yang dibawa PAS memang diperalatkan dan pas redha mengatakan itu adalah dakwah mereka dan DAP dikatakan mula mengenali islam.

    Kebenaran dalam menjaga agama kita akan diberkati, Insya Allah. Niat untuk tegakkan agama tidak luput dalam perjuangan BN, UMNO

    ReplyDelete