" Panas hati bila ada orang yang konon berbuat baik tapi baik di pandangan Allah tidak pula dibuat. Nak tutup agenda tersembunyi dialah tu. Si Suami pun tak reti nk tegur. takut bini agaknya..."
Ungkapan di atas bukanlah lahir dari hati ku. aku tidak jumud untuk menutup pemikiran kerana agama Allah ini sangat luas untuk diterokai dan sangat luas pengertian nya. agama Allah ini mudah, semudah menerima pahala dengan hanya berniat baik (ikhlas la) walaupun belum melakukan kebaikan itu lagi. pulak tu, dosa tidak akan tercatat andai berniat untuk melakukan kejahatan unless kejahatan itu telah dilakukan.
lihatlah, betapa indahnya ISLAM ini . bukannya JUMUD macam penyokong PR yang hanya melihat satu perkara, tapi tertutup pada pandagan lain yg dititikberatkan juga dalam ISLAM.
sering kali, DS Rosmah menerima kritikan hebat penyokong PR. ini kerana, penyokong PR terlalu jumud yang hanya memandang tudung tanpa melihat perbuatan baik yang dilakukan DS Rosmah kepada rakyat. Agenda DS Rosmah sebenarnya menunjukkan, beliau seorang isteri PM yang sangat prihatin kepada rakyat disamping membantu suaminya DS Najib menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.
Terbaru, DS Rosmah akan mengadakan Bakat Istimewa Semai Bakti Piala Perdana Menteri 2010 di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 4 Disember ini.
ANAK-ANAK BAKTI YANG MENERIMA SUMBANGAN BAKTI |
BAKTI yang bakal diadakan ini, akan membantu orang kurang upaya (OKU). BAKTI menitik beratkan kepada kebajikan rakyat tidak mengira apa jua kaum dan bangsa di negara ini. kata DS Rosmah, "walaupun kami tak cukup rehat untuk memperhalusi agenda ini, tapi ini berbaloi kerana untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Kami menyahut seruan "rakyat didahulukan ".
lihat ini untuk mengetahui mengenai BAKTI : BAKTI
ANTARA AHLI BAKTI YANG MEMBERI BAKTI |
Tidakkah perbuatan menyayangi dan membantu OKU dan orang yang kurang bernasib baik adalah satu perbuatan yang terpuji, bukan sahaja pada pandangan kita, khalifah di muka bumi ini, tetapi juga pada pandangan Allah. Inilah perbuatan yang dituntut kepada kita semua supaya membantu mereka yang susah.
Betapa cantik ciptaan Allah kerana menganugerahkan mereka yang berkemampuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. BAKTI adalah satu badan yang mampu untuk membantu mereka yang susah. BAKTI menyumbangkan rezeki pinjaman Allah kepada mereka ini. BAKTI tidak lupa kepada mereka yang susah untuk diberikan bantuan dan BAKTI menjalankan tanggungjawab dengan begitu baik sekali.
Inilah penyokong PR tidak lihat, dan hanya tahu melontarkan tuduhan dan fitnah bertubi-tubi kepada DS Rosmah.
walaupun mendapat hinaan, DS Rosmah percaya, apa yang beliau lakukan ini ikhlas untuk membantu mereka yang kurang upaya dan dengan keupayaan yang beliau ada, beliau menzahirkan nya melalui BAKTI. Baginya, mulut orang tidak boleh ditutup, tetapi kita lakukan sahaja amalan yang baik untuk membantu orang lain.
Lihatlah penyokong PR, anda semua hanya tahu untuk mengutuk tanpa menunjukkan apa yang anda semua telah lakukan, tetapi, DS Rosmah tetap meneruskan usaha murninya membantu rakyat.
yang untung adalah DS Rosmah kerana beliau merasakan sangat melegakan apabila dapat membantu mereka yang kurang upaya, dan
yang RUGInya adalah penyokong PR yang setiap hari bermandikan nafsu syaitan dengan menghina dan memfitnah DS Rosmah.
TAHNIAH KEPADA DS ROSMAH DAN BAKTI ATAS PROGRAM YANG SANGAT HEBAT UNTUK RAKYAT.
No comments:
Post a Comment