SAHABAT SETIA SAJ

Thursday, December 9, 2010

NIK AZIZ, ANWAR, KIT SIANG - LINCAH MENGHASUT

Salam 1 Malaysia...


Kagum keluarga jawaku kepada kerajaan Barisan Nasional, barisan yang menyatupadukan kesemua bangsa dalam harmoni dan sejahtera.


Kagum kepada kerajaan kerana, walaupun kerajaan di asak pelbagai isu negatif apatah lagi baru-baru ini isu air di Selangor, kenaikan harga petrol dan sebagainya, NAMUN, kerajaan tetap memberikan perkhidmatan yang TIP TOP kepada rakyat dengan cara yang sangat baik dan terpuji.


Jika dilihat, kemelut yang melanda negara tidak merubah pendirian kerajaan untuk memakmurkan rakyat. Kerajaan tidak mengajak kepada demonstrasi jalanan apabila PKR membiarkan ayat suci AL-Quran di mainkan. 


Kerajaan tidak mengajak kepada sesuatu yang tidak membudayakan Malaysia. Ini kerana, DS Najib mahu mempamerkan rasa harmoni dan senang kepada rakyat tanpa mengadakan demonstrasi jalanan yang merugikan.


Tambahan pula, pihak pembangkang sering menggantung kain rentang yang berunsurkan hasutan dan benci kepada kerajaan. Malah, ada juga berunsur ugutan.


UGUTAN UNTUK MENDAPATKAN UNDI - KERJA KEJI PAS

ISU ROYALTI SENTIASA DIGUNA UNTUK MENGHASUT RAKYAT,
TANPA HAL SEBENAR

MENGHASUT RAKYAT MENOLAK KERAJAAN,
WALHAL KERAJAAN BANTU RAKYAT ATASI BIL ELEKTRIK


Hal ini bertentangan dengan prinsip kerajaan sendiri yang lebih mempamerkan keindahan kerajaan yang sebenar dengan memberikan info berfaedah kepada rakyat, BUKAN BERBAUR HASUTAN.


KEPRIHATINAN KERAJAAN KEPADA RAKYAT
MASALAH KESIHATAN YANG MELANDA NEGARA
DITANGANI DENGAN BIJAK OLEH KERAJAAN MELALUI
IKLAN YANG BAIK KEPADA RAKYAT


KERAJAAN MENEKANKAN ASPEK CINTAI NEGARA, BUKAN MEMUSUHI.


Di manakah nilai positif dalam pembangkang yang acap kali menggantung kain rentang yang berbaur hasutan ??? Adakah itu nilai yang ingin rakyat angkat sebagai pemimpin ??? Adakah nilai negatif itu yang ingin diwarisi oleh anak-anak hingga cucu cicit kita nanti ???


Pembangkang hanya berkata manis di bibir, tapi bisa yang dipertaruhkan. Menjanjikan senyuman kepada rakyat, tapi kelat juga yang dirasai. Itulah pembangkang yang sebenarnya berselindung disebalik janji manis dan serban melilit kepala.


Rakyat sendiri boleh menafsir, mana satu pemimpin, mana satu pengkhianat. Keletah politik kini asyik diperhatikan rakyat dengan mata tajam yang boleh menilai dan merasai sendiri, politik mana yang akan membawa kehancuran dan kemusnahan atas segala nikmat yang telah dikecapi ini...


Kini ternyata, pembangkang berada dalam keadaan nazak apabila hanya mampu memburukkan kerajaan tanpa mereka sendiri mempamerkan kecantikkan parti mereka. Menutup cacat parti mereka dengan mengutuk tindakan kerajaan. Ini semua adalah taktik kotor pembangkang yang dalam keadaan nazak sebelum PRU 13 akan datang.


HASUTAN tidak akan kekal lama.. Ianya bersifat sementara.


AWAS PR, ANDA BERADA DALAM ZON BAHAYA


BARISAN NASIONAL TETAP PARTI YANG MEMPERJUANGKAN RAKYAT - DULU, KINI DAN SELAMANYA....

No comments:

Post a Comment