SAHABAT SETIA SAJ
Friday, January 14, 2011
INTERLOK : KUASA NGO RANAPKAN POLITIK SEMPIT !!!
KUALA LUMPUR - Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) bersama 21 badan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan perhimpunan besar-besaran memprotes isu mempolitikkan Interlok, Sabtu ini.
Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Dr Ismail Hussein berkata, himpunan di perkarangan Rumah Gapena, di sini, pada jam 2.30 petang itu bertujuan memperlihatkan kesatuan di kalangan orang Melayu menentang sebarang usaha mempolitikkan karya sastera.
“Kami menentang politisasi kerana Gapena memperjuangkan kesusasteraan dan dalam kes ini Interlok adalah isu sastera.
“Kami sebagai badan mempertahankan penulis dan karya sastera akan terus mempertahankan penulis dan Interlok dari sudut isi dan misi yang terkandung dalam karya itu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Hadir sama, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Mohamad Saleeh Rahamad dan Ketua Media Gapena, Borhan Md Zain.
Ismail berkata, tindakan membantah, membakar novel serta gambar penulis yang berkemungkinan terjadi ekoran kenyataan tidak bertanggungjawab ahli politik dan pemimpin kaum tidak harus dipandang ringan kerana tindakan itu boleh mengundang masalah dan harus ditangani demi menjaga integriti penulis dan kesusasteraan nasional.
Sementara itu, Borhan berkata, beberapa NGO telah menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan itu, antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ikatan Persuratan Melayu dan Persatuan Kebajikan Penulis Negeri Selangor (Kemudi) serta beberapa persatuan silat.
INTERLOK ADALAH KARYA SASTERA, BUKAN REKAAN YANG RASIS YANG DIBAWA OLEH MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMI SASTERA. GAPENA DAN LAIN-LAIN BANGKIT MEMPERTAHANKAN INTERLOK YANG TIADA SALAHNYA UNTUK DIJADIKAN TEKS SEKOLAH MENENGAH. HANYA MEREKA YANG JUMUD DAN OTAK SEMPIT SAHAJA YANG MENOLAKNYA !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment