SAHABAT SETIA SAJ

Tuesday, January 18, 2011

KECOH !!! SERAMBI MEKAH JADI HUB ARAK !!!






Kerajaan PAS Kelantan sedia menambah pengeluaran lesen premis minuman arak di negeri ini mengikut keperluan penduduk bukan Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam.

"Kita tidak pernah menyekat bukan Islam daripada minum arak kerana kita mengawal penggunaan minuman keras itu di kalangan mereka, malah sedia menambah pengeluaran lesen premis mengikut keperluan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Crown Garden, di Kota Bharu hari ini.

Takiyuddin berkata, di sekitar bandar Kota Bharu sahaja, kerajaan negeri mengeluarkan 28 lesen premis minuman keras, termasuk di kawasan Jalan Kebun Sultan yang dikenali sebagai “China Town”.

Ini termasuk lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan atau majlis daerah lain di seluruh negeri.



Wah ...wah .. wah... semenjak PAS berjanji sekubur sedosa ni, bukan main ligat DAP berdakwah kepada PAS. DAP telah terlebih dahulu berdakwah kepada PAS untuk bawakan ARAK di pelosok KELANTAN. SERAMBI MEKAH HUB ARAK beb !!!!

Amboi, tahu pulak arak tu untuk keperluan bukan ISLAM. Sama la macam JUDI. BUKAN untuk ISLAM !!!!!  Tapi kecoh seantero dunia. 

PAS semakin merapu sekarang ini. TAHNIAH la PAS !!!! Kerana membantu jentera BN menumpaskan PR untuk PRU akan datang !!!!

BERSAMA membasmi GELOMBANG PR !!!!

No comments:

Post a Comment