SALAM BERJABAT TANGAN |
Isu salam tangan calon Pas mendapat kritikan Chua Soi Lek. Dan dalam hal ini, kita boleh nampak, manakah perjuangan ISLAM yang sebenar !!!
KERANA ISLAM, MELAYU ISLAM BERSATU TANPA PENGARUH POLITIK. PAS BEGITU KER??? OH TIDAKKKK |
Mungkin Soi Lek tidak faham mengenai konsep muhrim dan salam antara berlainan jantina. Maka, kritikan ini mendapat reaksi daripada PERKASA mahupun seorang Mufti , Dato Harussani. Walaupun yang di kritik itu adalah calon PAS, namun, atas kerana kita ini adalah seAQIDAH dan sesama saudara Islam, maka ada yang menyanggah kritikan Soi Lek dengan menegur agar dia memahaminya.
Dato Harussani inilah yang dipanggil sebagai ulama' kerana, pendapatnya itu tidak menyebelahi mana-mana parti sebaliknya HANYA berlandaskan HUKUM ISLAM. Apabila ianya salah dalam Islam, maka Dato Harussani menegur. Teguran Dato Harussani tidak kerana PARTI sepertimana Nik Aziz yang sering mengeluarkan kenyataan sendiri yang menyokong parti sendiri. Adakah Nik Aziz itu ulama' apabila memenangkan parti daripada hal sebenar dalam Islam ???? Adakah Nik Aziz itu ulama' bilamana dia membenarkan KAFIR menterjemah Al Quran sedangkan tujuan KAFIR itu terjemah kerana POLITIK !!!!
Inilah beza ulama dunia dan ulama akhirat. Nik Aziz adalah ulama dunia yang mementingkan politik dunia, berbanding Dato Harussani adalah ulama sebenar yang memberi kenyataan sebenarnya yang terkandung dalam Al Quran dan Hadith dengan lebih jelas, dan bukannya separuh ambil, separuh tinggal kerana menjaga nama baik parti politik !!!
PERKASA, walaupun dihina dan dituduh sebagai jentera BN, namun, ianya tidak mematikan semangat MELAYU ISLAM dalam negara. Ini terbukti apabila, Ketua Wira PERKASA sendiri bersetuju dengan Dato Harussani dan setuju dengan pendekatan Nik Aziz iaitu mengenalkan islam kepada kafir yang tidak tahu Islam.
Ini dilakukan oleh PERKASA tanpa melihat kepada parti , tetapi memikirkan tentang ISLAM sebenar yang perlu difahami bangsa lain. Inilah perjuangan Islam yang sebenar agar kita tidak mengelirukan mereka mengenai ISLAM.
Kita semua , MELAYU ISLAM sepakat dalam menjelaskan hukum sebenar tanpa melihat kepada parti yang dipegang. TIDAK seperti NIK AZIZ yang menghalalkan kerana PARTI tanpa memberitahu dengan jelas hukum sesuatu isu yang terjadi. Nik Aziz membawa ISLAM menjadi semakin keliru dan memberikan comtoh yang tidak baik kepada bangsa lain. Nik Aziz tidak mahu berunding mengenai hukum ISLAM sebenar. Nik Aziz hanya memikirkan hukum Islam melalui corak PAS sahaja. INI LAGI MEMBUATKAN BANGSA LAIN KELIRU DENGAN ISLAM !!!
NIK AZIZ MERENUNG ISLAM PAS CIPTAANNYA. |
Rakyat seperti aku sudah memahami, manakah perjuangan ISLAM yang sebenar yang dituntut. Bukan berjuang atas dasar parti, tapi berjuang atas dasar ISLAM !!! BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH. PERPADUAN ITU KEMENANGAN !!!
No comments:
Post a Comment