DAKWAH NIK AZIZ TERBUKA HINGGA ISLAM DIMASUKI NAJIS |
Teringat dulu ketika Umno ingin wujudkan perpaduan dengan PAS, PAS menolak. Bagi mereka, berkawan dengan kafir laknatullah lebih mulia daripada mengutuhkan tali persaudaraan sesama islam kita.
Teringat juga aku, Nik Aziz ada berkata lah kan... orang bukan ISLAM dalam PR sudah mula memahami Islam. Kerana itu, Nik Aziz benarkan ayat AL QURAN digunakan oleh kafir untuk memberi ceramah politik. Nik Aziz juga mahukan supaya kita tidak sempit pemikiran dalam menyampaikan dakwah kepada kafir itu.
Ya, syabas dan tahniah di ucapkan kepada NIK AZIZ. Kerana dakwahnya itu sangat berkesan hingga kini. Berkesan sekali apabila, Ronnie Liu memahami siapakah yang layak untuk menghidang arak. Ini semua atas dakwah Nik Aziz dan juga Anwar.
Pertama : Ronnie Liu berkata demikian kerana, Nik Aziz juga cakap, KITA BERSAUDARA. Jadi, apabila bersaudara, samada melayu ker, cina ker, india ker, semua boleh menghidang arak. Apa masalah kan??? Nik Aziz yang mengatakan semua itu bersaudara. Jadi, bila bersaudara, tolong menolong la untuk hidang arak.... Bila bersaudara, tiada beza la bangsa yang nak hidang arak tu kan ??? Nik aziz yang bawa dakwah bersaudara ni okay...
Kedua : Anwar juga amalkan PLURALISME yang menyamaratakan semua agama . Jadi, betullah tindakan Ronnie Liu tu. Semua agama sama kan.... Tak jadi masalah lah kalu melayu ker, cina ker, india ker nak hidang arak. Semuanya sama kan... Ini Anwar punya ajaran... Aku sekadar menyampaikan dengan jelas.
Makanya, dakwah NIK AZIZ dan ANWAR sangat beri kesan kepada kafir DAP untuk memahami ISLAM. Sekali lagi, ucapan tahniah lah....
DS Najib menyampaikan dakwah tentang ISLAM , dakwah yang mudah dan senang difahami. Tak kompleks. Tak perlu ceramah tiap malam. Dakwah yang diketengahkan tidak melibatkan politik. Dakwah yang disarankan DS Najib diberikan kepada yang pakar dalam soal agama ini. Kerana, yang HAQ tetap yang HAQ. Tidak seperti Nik Aziz, semua dicampur jadi Ais Kacang..
Dakwah yang tidak membabitkan politik ini, tidak mencemarkan ISLAM yang sejak dulunya dibawah kerajaan BN. BN tidak membawa kafir untuk berdemo di masjid. BN tidak mengajak fahaman menyamaratakan agama Islam dengan agama lain.
Jadi, aku sebagai insan kecil di kampung jawa ini, sudah nampak kepincangan yang berlaku atas sebab MELAYU ISLAM dalam PR yang konon baik bak malaikat. Sedarlah, agama ini perlu ditangani bersama, bukan kerana POLITIK SEMPIT PR.
No comments:
Post a Comment