SAHABAT SETIA SAJ

Monday, January 31, 2011

DARURAT MESIR :KERAJAAN MALAYSIA BERTINDAK !!!

Salam 1 Malaysia, 



DARURAT MESIR

Memandangkan darurat Mesir menjadi semakin buruk, Kerajaan merancang dan berusaha untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir ke Tanahair. Tindak balas ibu bapa yang peka dan risau akan keselamatan anak mereka membuatkan kerajaan bertindak untuk membawa mereka pulang kadar segera.


Oleh yang demikian, mohon kepada semua untuk bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat malaysia di sana dan juga berdoalah supaya, segala urusan untuk membawa mereka pulang berjalan dengan lancar tanpa adanya sekatan ataupun kehilangan jiwa.


Pembaca sekalian, ambil iktibar daripada demonstrasi yang teruk ini. Ianya memusnahkan keharmonian dalam negara. Pertumbuhan ekonomi dalam negara juga akan lumpuh. Bayangkan ada komunikasi dalam negara terputus kerana kekecohan yang berlaku ini. Hargailah keamanan yang kita kecapi sekarang ini.


Tidak salah untuk mengutarakan pendapat, tapi biarlah kene caranya. Andai cara demo yang keterlaluan ini yang dipilih, maka punah segala keamanan yang dikecapi dulu. Jangan kerana matlamat, negara kehilangan banyak harta benda, ataupun kehilangan jiwa. 


Insya Allah, bantuan kepada pelajar Malaysia disana akan dibantu. Iringi doa anda agar keamanan terus dinikmati di negara ini. Ameen...


TERBARU : PELAJAR DIARAH BERKUMPUL SEGERA UNTUK MEMUDAHKAN PROSES MEMBAWA PULANG DENGAN SELAMAT.

1 comment:

  1. salam perjuangan,

    Sebuah blog yang berinformasi.mohon link kan blog saya ke dalam blog tuan untuk sama-sama berjuang dalam dunia maya....

    ReplyDelete