SAHABAT SETIA SAJ

Thursday, January 6, 2011

MISBUN UNDUR TIKA KEMEGAHANNYA, NIK AZIZ TUNGGU KEHANCURAN PULA

Salam 1 Malaysia, 




Perletakkan jawatan Datuk Misbun Sidek sebagai jurulatih badminton perseorangan negara memang terasa bagi peminat badminton apatah lagi bagi anak didik Datuk Misbun sendiri. Banyak perkara yang menjadi tanda  tanya mengenai perletakkan jawatan Datuk Misbun, tetapi, apa pun, Datuk Misbun mengundur diri atas desakan yang beliau terima. 


Namun begitu, desakan itu bukan petanda Datuk Misbun fed up, tetapi, demi kepentingan negara yang dirancang oleh BAM, mungkin. Disini, dapat dilihat, walaupun Datuk Misbun terkilan, namun, mungkin kerana semangat sayangkan negaranya yang tinggi , maka keputusan yang perit ini terpaksa di ambil.




Siapa tak rasa kehilangan wooooo..... Lagenda negara tu dalam arena badminton !!! Piala thomas tuuuu....


Jasa Datuk Misbun kepada negara sangat cemerlang apabila melahirkan atlet cemerlang negara terutama Datuk Lee Chong Wei. Ini sangat rugi andai peluang untuk menimba ilmu daripadanya di sia2kan. Tetapi, Datuk Misbun mengundur diri ketika kemegahan dan jasanya di peringkat yang tinggi. Itu yang lebih utama. Ibarat, mengundur diri dengan hormat dan di puncak kejayaan. 


Tidak pula ada yang tidak mahu undur diri walaupun waktu sudah menjengah senja. Tidak mahu undur diri walaupun ada suara sumbang suruh berbuat demikian. Katanya, memerintah ni bukan susah, hanya guna otak je. 


Ambo guna otak je, bade tok sihat pun bole jale.
Hahahaha.... Kalu guna otak, tapi kesihatan tak mengizinkan, macam mana la nak mentadbir negeri atau negara ??? Kalau tak, tak ada la ayat ini : Badan cergas, otak cerdas. Bermakna, Badan yang sihat akan menyebabkan otak pun sihat dan dapat berfungsi dengan baik. 


Nik aziz tak mahu letak jawatan kerana
takut namanya hilang dalam sejarah PAS


Nik aziz yang aku katakan ini. Dia ni dah tua, elok la undur diri dan beri ruang pada orang muda pulak. Jangan tamak kuasa. Walaupun tak jadi MB lagi, tapi bukan bermakna dakwah nya terhenti. Itulah yang Nik Aziz takutkan bila dia tidak lagi jadi mursyidul Am, maka, dia merasakan, dia tidak boleh lagi berdakwah atau memperbetulkan orang lain. Hmmm.... berdakwah ni tidak mengira status dan pangkat la Pok Nik. 


Mungkin, Nik Aziz mahu undur diri tatkala dia sendiri melihat satu demi satu dakwah yang dibawanya selama ini akan musnah. Sedarlah tahap kecergasan dan kecerdasan untuk memerintah. Tengok Datuk Misbun, beliau meletakkan jawatan mungkin atas rasa terdesak dan demi kepentingan negara. Tapi Nik Aziz, pikir demi kuasanya sahaja, bukan nak pikir tentang orang lain. Pentingkan diri sendiri jer tu....


Saat kegemilangan Chong Wei atas usaha Misbun Sidek

Apapun, TERIMA KASIH  kepada Datuk Misbun kerana berjuang untuk mengharumkan negara ...


Ambo suko jadi Mursyidul Am. Glemer!!!
Sudahlah Nik aziz oooiiiii (anwar)
... sedangkan pada masa yang sama, ada yang sanggup mencalarkan nama negara pada negara2 lain (Anwar Ibrahim), dan sanggup menjual agama dan maruah diri kerana politik sempit (Nik Aziz).





No comments:

Post a Comment