RELA KORBAN MASA, OTAK UNTUK RAKYAT.
PEMIMPIN YANG DICARI
Pencarian MH370 perluaskan di Koridor Selatan, kata Hishammuddin
Published: 4 June 2014 | Updated: 5 June 2014 3:32 AM
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata kawasan pencarian MH370 di Koridor Selatan akan diperluaskan.Kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang akan diperluas, tetapi kekal di Koridor Selatan, dengan menggunakan apa jua kepakaran yang ada, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Kalau tidak jumpa kotak hitam, kita kena cari lokasi baru dan guna apa jua kepakaran yang ada untuk mengenal pasti lokasi berkenaan. “Apa yang penting sekarang lokasi itu kekal di Koridor Selatan, itu yang tidak dipertikai dan tidak dinafikan oleh mana-mana pihak.
Malah ia disahkan oleh pakar-pakar seluruh dunia. Persoalannya di mana di Koridor Selatan. Ia besar, tapi di situlah kita akan memasuki fasa baru," kata Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat berkaitan pencarian pesawat MH370 itu di Kuala Lumpur hari ini.
Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) bahawa kawasan pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi berdasarkan empat isyarat ping dipercayai daripada kotak hitam, diisytihar sebagai bukan kawasan pesawat itu hilang.
JACC yang berpejabat di Australia menyatakan bahawa ia telah menyelesaikan pencariannya di Lautan Hindi di mana isyarat ping dikesan dan ia mengetepikan zon itu sebagai tempat bersemadinya pesawat MH370 itu, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal. Namun, JACC tetap yakin bahawa ia mengesan laluan pesawat MH370 yang memasuki perairan itu menerusi selatan Lautan Hindi yang panjang tetapi sempit.
Ditanya mengenai dakwaan seorang pelayar British kononnya ternampak pesawat itu terbakar berdekatan Thailand pada pagi ia dilaporkan hilang, Hishammuddin berkata "terlalu banyak dakwaan yang kami terima, tapi tiada yang dapat dibuktikan. Ia perlu disahkan terlebih dahulu". Hishammuddin turut ditanya mengenai dua isyarat ping terbaru dipercayai dari pesawat itu yang didakwa ditemui pihak berkuasa Australia.
"Kami perlu berkumpul semula dan melihat apa-apa petunjuk lain yang ada. Jika ada maklumat berhubung lokasi dan petunjuk baru, itu kami serahkan pada pakar-pakar dan menghantar aset di bawah Jawatankuasa Aset dan maklumkan kepada keluarga," katanya. Pencarian sebelum ini berdasarkan isyarat ping yang dikesan oleh kapal Ocean Shield namun tidak menemui apa-apa, katanya.
Beliau menarik perhatian bahawa terdapat sekurang-kurangnya enam syarikat tempatan seperti Petronas, Boustead dan Deftech telah menyumbang dana, aset dan perkhidmatan dalam tender terbuka bagi pencarian pesawat itu. Mengulas hasil mesyuarat hari ini, Hishammuddin berkata ia lebih kepada proses persediaan kementerian yang terbabit dari segi keluarga, aset, pakar-pakar, media dan hubungan dengan negara luar jika pencarian pesawat MH370 mengambil masa yang lebih lama.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam. – Bernama, 4 Jun, 2014. -
|
Sebelum misteri MH370, saya cadangkan DS Hishamuddin terus pangku Menteri Pengangkutan. Dia sahaja yang sanggup memberikan segala jiwanya untuk tugas besar ini.
ReplyDeleteApa yang berlaku ialah DS Hisham sangat komited. Dunia khasnya waris mangsa iktiraf komitmen beliau.
ReplyDeleteSesuatu yang Hishamuddin mesti pertahankan, tidak takbur. Sederhana, ini yang menyebabkan pihak luar tidak dapat menyerang beliau. Bandingkan dengan Anwar Ibrahim, sesaat boleh selesai, bila ditanya tak boleh jawab.
ReplyDeleteDS Hishamuddin jenis cakap tegak. Itu yang membuatkan para pengkritik mati akal. Tak boleh ambil peluang. MH370 adalah buktinya. Pengkritik dah senyap walaupun jawapan belum ada.
ReplyDeleteTak de masalah Datuk Mah jadi Menteri Pengangkutan. JK Kabinet boleh dibentuk bagi menangani MH 370 dan mintak Hishamuddin jadi pengerusi sebab dia yang handle benda ni dari awal.
ReplyDeleteMEMANG PM DAH JANJI JAWATAN MENTERI UNTUK MAH TAPI TIDAK SEMESTINYA PENGANGKUTAN. DS HISHAMUDDIN DAH MULAKAN, BIARLAH DIA YANG SELESAIKAN.
ReplyDeleteJanji kena tunai. Beri Kementerian yang penting sangat
ReplyDeleteKementerian yang penting sangat? Hanya kerana dapat satu kerusi Parlimen?
DeletePARA PENGKRITIK DAN SENYAP, HISHAMUDDIN TERUS BEKERJA.
ReplyDeleteImej negara jadi pertaruhan. Nampak MH370 tapi di sebaliknya adalah maruah negara yang wajib dipertahan.
ReplyDeleteInsyaallah, siapapun Menteri Pengangkutan, Hishamuddin akan kekal mengendalikan MH 370. Ini kepercayaan orang, bukan boleh main letak letak .
ReplyDeleteAnonymous
ReplyDelete