SAHABAT SETIA SAJ

Tuesday, January 4, 2011

PAS TELUK INTAN BERKURUNG DI RUMAH BESAR ???

Salam 1 Malaysia...


Singgah berjumpa saudara mara Jawa di Changkat Jong. Lama benar tak bersua. Hajat untuk mempelawa mereka bertandang ke kampung Jawa ku untuk majlis Tahlil dan Doa Selamat. Alhamdulillah, panjang umur kami dapat berjumpa juga setelah 1 bulan tak jumpa. Heheh.... Ukhwah tetap diteruskan.


Maka, ada yang berbincang pelbagai topik hingga singgah kepada bab politik sekarang ini. Maklum la, semenjak  Changkat Jong ini dikuasai PAS, tiada apa pun yang membezakan nya. Sama sahaja. Tak ada yang lain nya. Yang lain nya mungkin, rumah Wakil Rakyat PAS sudah makin besar dan melebar. 24 Jam pagar tertutup jerrrr...


Sekadar hiasan untuk mengelak diketahui ramai. Jaga aib la jugak.
Rumah besar daripada yang ini, itu sudah pasti.


Entahlah Siron, harapkan PAS dapat lah ubah sesuatu di sini, tapi ISLAM yang mereka war-warkan dengan sifat yang mulia dan terpuji,dah jadi basi dah... Dah nak PRU semula, masih lagi tiada apa yang dilakukan. Tengok sahaja sistem peparitan di sini, air bertakung, tersumbat, nyamuk pun banyak membiak. Apa wakil rakyat tu buat ??? Duduk berkurung dalam RUMAH BESAR DIA SAHAJA LA..... bualan pakcik2 ku.


Kami inginkan agar kehidupan dan keadaan persekitaran kami selesa la kan... Sekadar makan dan minum tu, Alhamdulillah, di teluk intan ni, masih murah. Kuih pun ada jual 4 ketul RM1 jer. Boleh la nak hidup. tapi, nak baiki sistem perparitan, semak samun dll, perlu juga la khidmat wakil rakyat ni. hmmm....


Terbaru, ada 1 projek daripada kerajaan pusat (BN), untuk membina jalan merentas daripada jalan Changkat Jong ke jalan Padang Tembak tu haaa.... BN juga yang punya projek untuk kesenangan rakyat dan meningkatkan infrastruktur rakyat. Aku tengok juga tempat tu, memang ada nampak projek dijalankan. Tak dapat nak ambil gambarnya sebab handphone pun cikai, kamera pulak tak ada. Siapa2 yang lalu situ, mesti akan nampak la punya.


Jadi, daripada aku undi PAS lagi lepas ni, baiklah aku undi BN yang dah tentu stabil menjaga rakyat. Ingatkan wakil rakyat PAS yang kononnya islamik tu dapatlah untuk membaikpulih sistem peparitan yang tak elok tu, rupanya, di biarkan je. 



Parit yang tidak diambil peduli wakil rakyat yang duduk berhampiran rumahnya.

Pelik sungguh, rumahnya dah naik besar sampai tertutup pandangannya pada rumah jiran-jiran iaitu rakyat untuk dibela ini. Tak mengapalah nak rumah besar sekalipun, tapi mengapa abaikan kebajikan rakyat. Bila nak undi, tabur pelbagai janji, bila dah dapat undi, janji tinggal janji.


Biarlah rumah besar , sebesar kerja yang dilakukan untuk rakyat. Jangan pula kerja untuk kroni sahaja.Haihhh


Lihat DS Najib, walaupun jawatan nya tinggi, rumahnya besar, tetapi, beliau tidak lupa untuk turun padang bersama rakyat tidak mengira politik apa orang itu suka. Peranan DS Najib lagi besar daripada wakil rakyat, tapi DS Najib tidak mengabaikan kemudahan rakyat. Kerana DS Najib berpegang pada tagline, RAKYAT DIDAHULUKAN. 






Rakyat mesra dengan DS Najib yang mendahulukan rakyat.


Rakyat boleh menilai sendiri, mana yang lebih buruk daripada buruk. biarlah buruk, asalkan bukan terlebih buruk yang menjual agama, menderhaka kepada sultan, menimbulkan kekacauan, menjadikan parlimen ibarat zoo, memporak perandakan kaum yang sedia aman dll. 


Rakyat dah muak menanggung mainan PR yang membuat perasaan rakyat menderita. Rakyat inginkan keamanan, tapi PR kerap mencari salah orang lain sedangkan salah sendiri dijaga hingga menjual maruah diri.


Wak-wak di Teluk Intan dah berpakat, kami tak nak lagi undi PAS pada PRU13 akan datang! 



5 comments:

  1. YANG INI AKU SOKONG SANGAT. INILAH BENDA YANG DENGAR MASA AKU MESYUARAT KENDURI DI LABU KUBUNG.

    ELOKLAH BILA DAH SEDAR. PANJANG PANJANGKAN PUTAR BELIT PAKATAN NI. BIAR DIA TERHUKUM DENGAN PENIPUAN DIA SENDIRI.

    ALHAMDULILLAH. KALAU KENA GAYANYA KITA SAPU BERSIH PERAK NI.

    ReplyDelete
  2. luncai,
    aku bukan ape, mulanya malas la nak aibkan hal ni. ewah... tapi geram bebenor pasalnya sedara mara aku kat kg jawa tu tak terbela !!!

    ape ke buatnya le wakil rakyat tu. harap rumahnya besar, siap pagar tak penahnye nak bebukak..

    dont worry bak kata siron, beres punya perak sapu bersih !!!

    ReplyDelete
  3. Bila wak jawa sebut ada kueh 4 ketul seringgit di Teluk Intan, itu temberang namanya.

    Bab kampung Jawa tu memang ada ujud, di Jalan Manggis. Tapi tak ada pun seorang muka jawa di Kg Jawa Jalan Manggis.

    Tempat jawa ialah di kampung Selabak, bukan nya di kampung Jawa.

    Bab peparitan ni, di mana2 pun bermasalah, mungkin wak jawa ni kurang perhatian - semasa PKR DUN Tenang, bertungkus lumus pencacai2 UMNO membersihkan parit2 dan longkang yang semak samun dan tersumbat sambat.

    Paling malang, Allah nak uji, turun pula bale banjir - habis semua rumah kedianan di DUN Tenang di tengelami banjir.

    Wak Jawa ni rabun badak agaknye, cuma nampak rumah pemimpin PAS saja yang besar2 kunun nya, bagai mana dengan istana Khir Toyo, Dato Z? dah lupe ke?

    Kalau mau tulis, tulis le perkara2 yang lebih logik, bikin malu UMNO saja -

    Wak Labu - sokong UMNO dunia akhirat.

    ReplyDelete
  4. salam wak labu,
    takkan saya nk bohong wak, ada kuih 4 ketul seringgit tau. dekat dengan padang tembak tu jugak la, ada satu simpang 3 ni, memg tiap petang selalu jual.
    kampung jawa yg dimaksudkan adalah, kawasan jawa di sana...
    memang perparitan, mana2 pun ada, tapi perparitan yang tersumbat depan mata wakil rakyat pun, dia wat tak nampak, mcm mana tu wak ??? jangan ada yg mati kerana denggi sudeh...
    wak labu, rumah tu, baru jer jadi wakil rakyat meninggi, baru beberapa tahun, khir toyo tu dah bertahun, memg la tinggi melangit. heheheh....

    wak labu, apa yg disampaikan ini, memang perkara yg logik dan benar.

    ReplyDelete
  5. ASSALAMMUALAIKUM....sebut kg jawa tringat zaman bebudak 20tahun tnggal kat sana 70_80an bnyak knangan mandi ayor prigi ataupun kat paip gomen..berak jamban tong..(thun 70an)kat kg jawa ada gak orang jawa arwah wak sirat embah munah (kalau x silap)rasanya itu je..kot entah ada ke tidak nama nama ni..abang din,mak guru jenab,tapa,kak munah,cikgu anip mamak,kedai pak hasan,walauapaun kg jawa tetap dalam kenangan....

    ReplyDelete