salam 1 Malaysia,
Oleh kerana SAJ memang banyak menghabiskan masa bersama keluarga SAJ di Teluk Intan, entry SAJ pun banyak berkisar mengenai Teluk Intan yang dipunyai PR.
Isnin lepas, selepas SAJ menikmati mee mastan, SAJ nampak ada kepulan asap di hujung Teluk Intan. Maka, SAJ pun bergegas ke sana sebab mungkin ada kebakaran. Mana taknya, asap tebal dan hitam giler !!!!
Sampai di tempat kejadian, memang sahih ada kebakaran. SAJ nampak, ramai keluarga, termasuk anak-anak kecil menangis melihat rumah mereka dijilat api dan kepulan asap tebal memenuhi ruang udara.
Ada yang bergegas menyelamatkan harta benda mereka selagi termampu. SAJ pun turut membantu mereka mengangkat barangan mereka ke tempat yang lebih selamat. SAJ pun masuk di kawasan kebakaran yang terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan itu. Asap menjulang tinggi, bahang api sangat panas terasa !!!! Memang marak sungguh api tu seperti amukan syaitan !!!
Orang kampung tolong menolong untuk berusaha memadamkan api. SAJ lihat, tiada masalah perkauman pun yang berlaku bila tiba masa kecemasan. Cina dan Melayu yang menduduki perkampungan itu bersama-sama berganding bahu tak kira tua dan muda.
SAJ sempat bertanya pada penduduk yang ada di situ mengenai kebakaran. Ada yang risau kerana rumah neneknya yang terbakar musnah habis. Abangnya entah ke mana dan tidak kelihatan. Api memang marak giler. Pada mulanya hanya 4 buah rumah terbakar, tapi sudah merebak ke rumah yang lain.
Api marak dengan cepat sebabkan angin. yelah, rumah dekat-dekat, api mudah nak menjilat. Bomba pun bergegas ler datang tapi masih tidak mencukupi dan ada pertambahan bomba di kawasan lain lagi.
Sepanjang kekecohan berlaku, SAJ tengok, tiada orang PAS pun datang membantu. SAJ kenal juga orang-orang disana mana yang pro BN mana yang tak. Tapi, SAJ ada nampak beberapa muka Pro UMNO BN datang membantu memadamkan api kebakaran dan berusaha untuk membawa lebih lagi anggota bomba di tempat kejadian.
Dalam keadaan begini, mana pergi orang PAS ??? Mana pergi orang DAP yang jadi tuan tanah di bandar Teluk Intan itu ??? mana ?? Mana ???? Mereka hanya bersenang lenang sahaja. Mereka hanya tahu membantu orang yang menyokong mereka sahaja !!! Itulah perangai YB PR !!!!
Sebab apa SAJ pertikaikan mana bantuan orang PAS dan DAP ?? sebabnya, tak lama SAJ berada di situ membantu mangsa, SAJ pun keluar membeli kuih di area Pasir bedamar. SAJ sendiri dengar, berita kebakaran itu sudah sampai ke sana. Jadi, mustahil berita itu lambat sampai kepada ahlul PAS dan DAP sedangkan orang lain pun sudah tahu dan boleh menyampaikan berita.
Soalnya, mereka mendengar dengan rasa kasihan atau tidak ??? jawapannya, mereka hanya berdiam diri dan membiarkan bomba yang berusaha memadamkan api kebakaran tanpa bantuan mereka untuk membantu mangsa.
MANAKAH ORANG-ORANG PAS ??? MANAKAH ORANG-ORANG DAP ???? YANG DATANG MEMBANTU HANYALAH MUKA-MUKA ORANG UMNO BN SAHAJA !!! INILAH YANG SAJ NAMPAK DENGAN MATA KEPALA SAJ SENDIRI !!!!
Memang dasyat ar kebakaran tu. aku pun ada kat situ tolong angkat barang fmly kawan aku. bomba pun tak cukup nak pdamkan api masa tu weh. merebak cepat jer api tu.
ReplyDeletetapi betul apa yang SAJ tulis tu. Aku haram nak nampak orang2 PR kat kawasan tu. banyak muka aku nengok, orang2 umno bn jer.
bukan nak menipu ar, tapi aku ada kat situ nengok dan membantu sama. memang kecoh ar. semua bergandng bahu tolong bomba sama. tabik ar aku kat dorg ni.
Memamang haprak Pas tak ada langsung, kalau datang pun hanya berpura-pura lepas tu menyamar/berlakon dan tangkap gambar dan masok dlm akhbar diaorang. Beginilah cara diaorang menipu, fitnah rakyaat samalah dengan belaci PKR & DAP.
ReplyDeleteHarga Barang dijangka meningkat tetapi tidak membebankan Pengundi BN.
ReplyDeleteKUALA LUMPUR: Harga barang dijangka melambung berikutan keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan pengguna menanggung beban.
Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UitM), Dr Baayah Baba berkata golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif berkenaan.
“Ini kerana kos pengeluaran akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilowat sejam (kWj),” katanya dilapor Sinar Harian hari ini.
Justeru katanya, pengilang terpaksa menanggung bebas kos pengeluaran yang meningkat dan akhirnya kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna.
Sementara Pensyarah Ekonomi Pusat pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin pula berkata kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan negara berdepan inflasi.
“Inflasi adalah isu yang serius hingga boleh menimbulkan krisis jika tidak dibendung. Ini kerana rakyat terpaksa menaggung beban apabila semua barang akan meningkat secara automatik selepas ini,”
“kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tarif elektrik sekarang kerana kenaikan harga barang akan memberi tekanan kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” ujarnya dipetik berkata.
Semalam, pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata harga makanan dijangka akan turut meningkat seiring dengan pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik.
Ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia itu berkata ia berikutan industri pengeluaran makanan di negara ini menggunakan sebahagian besar tenaga eletrik bagi tujuan pengeluaran.
“Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,” katanya seperti di lapor Malaysiakini.
Kerajaan membuat keputusan menaikkan tarif elektrik sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuatkuasa 1 Jun.