SAHABAT SETIA SAJ

Wednesday, June 1, 2011

KEBAKARAN : UMNO TELUK INTAN MALU MALU KUCING ???

Salam 1 Malaysia, 




Mangsa kebakaran di Kg Terengganu di Teluk Intan perak akan diberikan bantuan segera. Ini kerana, sebanyak 17 keluarga tinggal sehelai sepinggang sahaja. Mereka kini ditempatkan di dewan Bandaran dan ada sebahagiannya di rumah keluarga yang terselamat. 


MB Perak, Dr.Zambry telah berusaha untuk membantu mangsa kebakaran secepat mungkin. Beliau juga tidak mahu kemusnahan barang dan harta benda membantutkan pembelajaran anak-anak keluarga mangsa.


Mangsa juga diberikan rm2000 sebagai bantuan kilat atas kecelakaan yang menimpa keluarga mangsa. Tahniah Dr.Zambry atas tindakan pantas yang di ambil memandang ketika inilah mangsa amat memerlukan pemimpin yang prihatin.


Cuma, apa yang ingin SAJ sampaikan ini, akan berbunyi sedikit pedas kepada ahli UMNO di kawasan Teluk Intan walaupun di bawah pimpinan PR.


SAJ cuba mencari blog atau berita UMNO Teluk Intan mengenai berita ini, tetapi, balik-balik yang SAJ jumpa adalah yang dikeluarkan Perak Today, Bernama mahupun Kosmo. Mana pergi blogger UMNO Teluk Intan ??? Makan gaji buta jer ker ??? 


Bangunan UMNO punya cantik di cat baru, tapi kerja masih lagi tahap bawah ! Apa cerita ni ??? MB Perak pun boleh turun padang, mana pula UMNO Teluk Intan ??? 


Ya, mungkin SAJ tak jumpa blog UMNO Teluk Intan melaporkan berita tersebut, tetapi, kalau blogger lawan lebih pantas menyampai maklumat, apa sudah jadi ???


ada ahli UMNO memang tak reti nak serik dan tak reti promosikan diri dan parti !!! dalam hal ni, bukan soal peluang, tapi amik lah kesempatan untuk membantu mangsa. Ketika inilah pemuda dan pemudi UMNO menyelami perasaan mangsa kebakaran dan menenangkan perasaan terkejut mereka. 


SAJ sendiri sedih dan ingin memberikan bantuan walau hanya dengan melayan perasaan sedih mereka,tapi apakan daya, SAJ bukan orang tempatan di sana. 


Jika ada ahli UMNO teluk Intan yang marah pada SAJ, sila kemukakan bukti pada SAJ. SAJ senang andai ada yang membuktikan demikian daripada duduk diam membisu mengharapkan MB Perak sahaja !

1 comment:

  1. Salam tuan,

    Pertama, kawan panjatkan simpati pada mangsa-mangsa kebakaran tersebut.

    Kedua, kawan ucapkan syabas kepada keprihatinan semua pihak yang membantu saudara-saudara kita yang malang itu.

    Ketiga, tentang Umno. Sebenarnya bukan di Teluk Intan sahaja, di mana-mana pun hampir sama. Kita menghadapi masalah ketidakpekaan yang luar biasa dalam hal-hal yang begini. Ini bukan perkara baru, dah lama dah...kita sentiasa agak terkebelakang dalam soal penyampaian maklumat.

    Kawan bukanlah nak memandai, tapi kawan rasa adalah menjadi tanggungjawab setiap UMNO negeri/bahagian/cawangan untuk proaktif perkara seperti ini.

    Dalam kes kebakaran di Teluk Intan ini, kawan yakin kerajaan (baca: BN) banyak menyalurkan bantuan kepada mangsa yang berkenaan. Amatlah malang jika 'kebaikan-kebaikan' ini tidak diketengahkan.

    Ini bukan soal nak mengungkit-ungkit kebaikan kita. Memang benar, membantu tu tanggungjawab kerajaan. Tapi kita harus ingat, dalam hal ini, kita bukannya bercerita tentang soal sedekah jariah, tetapi soal peperangan politik. Dan dalam setiap peperangan, kebijaksanaan memanipulasi ruang harus diambil kira.

    Terima kasih. Sudi-sudilah jenguk blog kawan: http://jomgodam.blogspot.com

    Sama-samalah kita perangi kebatilan perjuangan pakatan merapu meraban itu.

    ReplyDelete