KURANGKAN MANIS DALAM MINUMAN, TAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN |
Tertarik SAJ dengan berita ini yang akan memberikan diskaun 10sen sekiranya meminta minuman kurang gula !!! Sebabnya, SAJ suka mintak teh mamak kurang manis. Maklum, nak jaga kesihatan. So, kalau dapat jimat 10 sen pun, dah kira bagus.
10 sen tu, kalau dikumpul setiap hari, atleast dapat 70 sen. Kali pulak dengan 3 kali minum di luar, dah dapat rm2.10. Fuh, lepas jugak la nak beli Utusan !!! :)
rasanya, idea ni memang bagus untuk restoran lain jadikan ikutan. SAJ yakin, dalam perniagaan, tak ada yang rugi. Paling tidak akan dapat untung sikit apatah lagi di KL ni. Jual bukan main tinggi harganya, tapi orang tetap jugak membeli.
Contohnya kedai mamak, pergi la mana-mana pun, kedai mamak akan hidup punya. Orang akan datang dan kalau sekadar 10 sen sorang tu, tak ada jejas apa sangat pun.
Kira win win situation la. Atleast, restoran jimat sikit guna gula, pelanggan jimat duit 10 sen. Oklah tu !!! Sure orang akan ramai datang ke kedai yang menawarkan diskaun 10 sen ni daripada yang tak menawarkannya.
Percayalah, kedai makan ni, akan laku tak kira di mana pun. Jadi sekadar pesan minuman kurang manis atau kurang gula, tak jadi masalah besar pun dengan diskaun yang dikenakan.
Sedutan daripada Akhbar Utusan :
11 restoran tawar diskaun jika pesan minuman kurang gula
KUANTAN 1 Jun – Sebelas buah restoran di sekitar Kuantan dan Pekan menyahut seruan kerajaan dengan menyertai kempen “Kurang Gula, Kurang Belanja” bagi mengajak dan mendidik orang ramai mengamalkan cara hidup sihat.
Timbalan Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata, kempen yang dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
pada 13 Mei lepas itu, dijangka disertai lebih banyak lagi restoran di seluruh Pahang
No comments:
Post a Comment