SAHABAT SETIA SAJ

Tuesday, May 31, 2011

RUMAH YB PAS TELUK INTAN KENA PECAH MASUK ???

Salam 1 Malaysia, 




Cuti sekolah bermula, maka SAJ and family memulakan aktiviti seperti biasa dengan menziarahi kaum kerabat SAJ lah. Lokasi SAJ kali ini ke Teluk Intan, Perak. Pekena juga SAJ dengan mee Mastan yang sangat popular di Teluk Intan !!!


SAJ suka benar melawat teluk intan yang telah dipunyai PR ni. Dun Changkat Jong adalah kawasan kluarga SAJ lah. Maka, berjalan-jalan le di kawasan teluk intan tu, dan teringin pulak nak jalan depan rumah YB PAS TELUK INTAN, kot-kot lah dapat jumpa dia kaaa....  Tapi SAJ kecewa beb !!! Rumah yang besar dan paling besar di situ tertutup rapi jer...




SAJ bukan apa, dengar cerita, kawasan Padang Tembak tu selalu berlaku kes pecah masuk rumah. Kerap pulak berlaku. Rumah yang dipecah masuk tu, bukan jauh sangat daripada rumah YB PAS tu. Jalan kaki, tak sampai 10 minit sure da sampai !!


Tapi malangnya, SAJ dengar, tiada perkhabaran atau tindakan susulan yang diambil YB PAS berkenaan. Tiada alternatif yang diambil dengan sewajarnya bagi menangkap si pencuri itu !!! Haih...pelik pelik...


Rumah YB PAS duduk dalam kawasan kampung itu, tapi buat-buat tak tahu ke atau memang tak tahu ???Kalau buat-buat tak tahu, nampak benor YB PAS hanya melayan karenah rakyat yang menyokongnya sahaja !!!! TAPI kalau tak tahu, nampak benor YB PAS tak menjenguk kawasan Padang Tembak tempat YB tinggal tu... Haih !!!!! Itu ke YB ??? takat tu jer la layak nya. PRU akan datang, jangan haraplah !!!
Sempat jugaklah YB PAS tu merasa rumah besar yang tertutup sentiasa dan seperti tiada brpenghuni tu.... Hmm....


Kalau kluarga SAJ pun membidas ketiadaan tindakan YB PAS menangani isu kes pecah rumah, apatah lagi penduduk sekampung dengan YB PAS iaitu di Kg Padang Tembak sendiri. Rumah punya berjiran dengan penduduk, tapi haram nak buat tindakan sepatutnya. 


SAJ dengar, ada seorang makcik tu di ikat tangannya ketika pencuri itu masuk ke rumah. Takkan nak tunggu ada org kene bunuh baru nak bertindak ??? Takkan nak salahkan orang UMNO pulak dalam hal ni ??? mana YB PAS ??? Sibuk dengan komuniti PAS nya sahaja ker ??? 


Apapun, SAJ berharap, penduduk Kg Padang Tembak ambil tindakan sendiri daripada mengharapkan tindakan YB PAS yang tak boleh diharap tu !!! 




Kalau dah YB pun duduk berhampiran penduduk tak buat apa, baik tak usah pangkah YB tu pada pru akan datang !!!! Kita tolak YB PAS yang tidak telus melaksanakan tugas !!!

No comments:

Post a Comment