Pemimpin Pakatan pendek akal
KUALA LUMPUR 8 Mei - Para pemimpin pembangkang dari DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas disifatkan pendek akal dan fobia dengan laporan Utusan Malaysia apabila bertindak 'menghentam' akhbar itu secara berterusan sejak sekian lama.Terbaru, para pemimpin dari ketiga-tiga parti tersebut dilihat menyalahkan akhbar itu dengan sewenang-wenang ekoran laporan yang mempersoalkan kemungkinan terdapat usaha pihak tertentu untuk menukarkan Kristian sebagai agama Persekutuan bagi menggantikan Islam.
Menurut portal berita Selangordaily, tindakan pemimpin seperti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu menunjukkan mereka fobia terhadap akhbar berkenaan serta 'pendek akal'.
"Bagi mereka (pemimpin pembangkang), Utusan Malaysia adalah penghalang besar untuk mereka mencapai kuasa dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
--------------------
SAJ berpendapat, bukan sahaja pemimpinnya pendek akal, PENCACAI MEREKA PUN SAMA. Pemimpin PR ni banyak dengar cakap pencacai mereka , tu pasal otak mereka tahap pendek akal. Yang tinggi akal ada,,, tu, yang diangkat khalifah tanpa agenda kristianity mereka tidak dinafikan, yang pendek nya ramai. Yang pendek akal ni lah, DAP suka bela. Senang jinakkan.
Disuruh duduk, dia duduk, di suruh nyalak, dia nyalak... di suruh defend kristianity, mereka defend dengan rela dan jihad mereka. MashaAllah.. itulah pendek akal mereka. berjihad kerana kristian rupanya....
SAJ malas cakap banyak, lu pikir la sendiri. Kalau tak pendek, masakan pemimpin Pas dan PKR ni sanggup jadi keldai DAP. cukup bukti dah tu.... astalavista !!!
No comments:
Post a Comment