SAHABAT SETIA SAJ

Thursday, May 5, 2011

MUFTI DAN BEKAS MUFTI HABIS DIMAKI. BUDAYA DAP SUDAH MASUK !

Salam 1 Malaysia, 


MUFTI YANG MAHU ISLAM BERSATU,
DITENTANG "ULAMA" PAS
BERFIKIRAN POLITIK KOTOR

Alangkah bodoh totoknya orang Islam yang membudayakan sifat makian dan cacian ini. Tambahan pulak, menganuti parti yang berteraskan Islam sempurna, hinggakan kesempurnaan itu boleh menjadikan makian dan cacian sebagai ruji seharian. Astagfirullah.... Tiada seorang "ulamak" parti teras Islam sumbang itu mahu menegurnya. 


Suka SAJ menekankan di sini, sekalipun Dr.Asri terkadang condong ke puak pembangkang, namun tugas beliau sebagai ahli agama yang sebenar tidak lari hanya kerana PARTI dan POLITIK. Gambar dibawah ini diambil daripada FB DR.MAZA iaitu kepunyaan Dr. Asri berhubung perbuatan maki dan caci oleh parti teras Islam yang sumbang itu.



benarlah kata Dr.Asri, apabila cacian dan makian ini dijadikan lauk santapan seharian, dia akan menjauh daripada Allah. Yelah, cubalah fikir, kita disaran menggunakan perkataan yang baik dan sedap didengar. Even masa kita mengaji ker, melaungkan azan ke, alangkah bagus merdu alunan suara kita. Kalu tidak, masakan Bilal bin Rabah mendapat pujian Nabi kerana kemerduan alunan suaranya. Itulah yang perlu kita lakukan iaitu bercakap lemah lembut, bukan lembut lidah dengan makian dan cacian !!

Dr.Asri adalah bekas mufti Perlis. Dan terkini, mufti Perlis pula dikatakan Pengkhianat Islam  !!! Astaghfirullah al azim.... mengucap panjang apabila dituduh sebegitu rupa. Inikah parti teras Islam (dah sumbang dah) yang patut dicontohi ? Mengajak kepada rukun yang damai dalam Islam itu ditentang ??? dan dibuang ???

Adakah bersatukan PAS dan PR itu berteraskan Islam dan berobjektifkan kepada Islam ??? Nampaknya, ORANG PAS adalah pesakit mental kronik kerana deny perkara sebenar yang berlaku dalam PR !!! Lupakah pada kata Karpal Singh yang tidak akan terjadinya Negara Islam. Kena langkah mayatnya dahulu ??? Lupakah ??? Ohh... tahu... Sebab Nik Aziz dah nyanyuk.. Ok fine.


Lupakah, PR yang berobjektifkan Allah dan Islam menyebabkan Masjid di cemari dengan membuat senam robik bersama2 laki perempuan ! Menggunakan ayat Quran yang suci sebagai wadah mengambil hati orang Islam yang dilakukan oleh kafir laknatullah. Itukah objektif Islam ??? Masha Allah, tersasar daripada apa yang sepatutnya.

wahai orang PAS, duduk semeja sesama Islam tanpa melibatkan Politik, itu yang lebih baik. Ini tak. menuduh orang UMNO yang bukan2 dan akhirnya, Allah pulangkan kejahatan hati korang dengan satu persatu kejahatan Anwar, iaitu sekutu korang yang berteraskan Islam dengan membuka pekung di dadanya. Semua ini atas keizinan Allah. Insaflah.

Kita tidak dapat menongkat dunia kerana dunia ini Allah yang punya. Kita tidak dapat menghalang badai di lautan, kerana laut itu juga Allah yang punya. Dan kita tidak dapat lari daripada bencananya kerana bencana itu daripada Allah untuk kita menginsafi. Apabila Allah telah menurunkan tanda2 kejahatan yang berlaku, apakah pas tidak mahu insaf dan terus menerjah belukar ?? Fikirkanlah...

PETIKAN DARIPADA MALAYSIAKINI ISU KEANGKUHAN PAS:

Beliau dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam.

Menjelaskan lanjut kepada Malaysiakini pada hari yang sama, Dr Juanda menjelaskan gesaan penyatuan yang diutarakannya bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

Sebaliknya, menurut Juanda, ia merupakan penyatuan dalam erti kata kerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara, antaranya dengan kurang memaki sesama sendiri dan kurang politiking.

No comments:

Post a Comment