SAHABAT SETIA SAJ

Sunday, May 8, 2011

PENGANUT PR TELAH SESAT LAGI MENYESATKAN

Salam 1 Malaysia, 




Tersebar mengenai menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi negara. Kebimbangan ini dirasai oleh penganut agama Islam di Malaysia. yelah, masakan tidak rasa begitu. Kerana takut pula Malaysia ini jadi seperti singapura, yang agama Islam bukan agama rasmi.


Apa jadi kalau Islam bukan agama rasmi ??? Sudah tentu paling ketara soal azan yang berkumandang. Tidak akan dapat kita mendengar alunan azan yang lunak itu nanti. Masya Allah...semoga Allah melindungi kita semua daripada menerima pengalaman yang seperti itu.


SAJ sangat sedih dan kesal dengan pencacai PR yang tidak sudah membela kesalahan parti mereka dalam PR tu. Terasa hilang semangat jihad mereka untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Inilah pencacai PR, yang tidak dapat menilai mana permata mana kaca. Malah, dibelanya dengan apa cara sekalipun.


SAJ pelik dengan perangai mereka yang lebih sudu dari kuah. SAJ ada meneliti kes pemakaian skirt oleh pemain tenis dan PAS membangkang pemakaian skirt itu. Dan bila dbangkang, kerajaan mungkin akan membatalkan dress code itu. Hal ini, SAJ tak bangkang sebab, mereka membangkang perkara yang sepatutnya dan boleh diterima akal. Ini bermakna, yang mana salah, kerajaan akan buang, tetapi pencacai PR, yang mana salah, kami akan tetap betulkan akan tidak jadi salah. 


Pencacai PR ni, mereka inilah perosak agama dan akhlak dalam negara. Sbb mereka ini ibarat robot yang ditugaskan untuk membangkang dan membela DAP, PKR, dan PAS walau apa cara sekalipun. Itulah pencacai PR. Yang otaknya telah disetkan oleh pemimpin derhaka dan celaka PR.


Berbeza dengan penyokong BN, yang mana salah itu mereka cantas, yang mana baik itu mereka terima. Sebagai contoh, isu harga minyak naik, mereka marah kepada menteri yang bertanggungjawab. itu adalah contoh pengkritik yang membina. Bukan seperti pencacai PR, yang salah itu diagungkan hingga menjilat tapak kaki mereka!


Sesungguhnya, banyak yang Allah telah tunjukkan kepada rakyat atas kejahilan dan kebiadapan pencacai PR dan pemimpinnya terhadap orang yang tidak bersalah. Allah menguji mereka yang kononnya berteraskan Islam, tetapi tidak dapat membela agama Islam di bumi sendiri. Beristighfarlah pencacai PR.


Allah menguji kita, dan jangan kerana kuasa dan kemaruk dan taksub kepada parti, kita lupa kepada matlamat yang utama. Hingga membelakangkan soal islam dan aqidah hanya kerana mahu menjaga kekafiran orang lain. bertaubatlah dan kembalilah kepada Allah dan jaga dan lindungilah agama Suci ini. 


p/s : SAJ dapati,kaedah sama berulang kali dikatakan pencacai PR adalah " kafir dap laknatullah itu lebih baik daripada UMNO yang tak tahu Islam". Amboi, depa tau sgt ke Islam sampai sanggup membiarkan Islam mati di tanah sendiri. Lu pikir la sendiri beb !

2 comments:

  1. Seluruh rakyat sudah nampak dan faham bahawa Pas bukan pertubuhan agama tetapi adalah pertubuhan politik yang memperalatkan agama Islam.

    Sebab itu Pas sanggup bekerjasama dengan DAP kerana matlamat pertubuhan politik adalah untuk mendapatkan undi dari orang ramai.

    Kerana itulah juga Pas sanggup menjadi robot bernyawa kepada DAP yang tugas khususnya memecahbelahkan umat Islam.

    Pas membantu DAP yang semakin kuat di kalangan kaum China dan akan terus membantu DAP mendapatkan sokongan bumiputera bukan Islam di sarawak dan Sabah. Pas akan membela paderi Kristian yang sedang menjalankan agenda mereka di Malaysia.

    Itulah antara kesesatan Pas yang semakin menyimpang jauh dari agamanyanya.

    ReplyDelete
  2. ojo wai tanah ki karo wong lio... kepenak ne wong lio..wong dewek sing rugik...

    ReplyDelete