Salam 1 Malaysia,
SAJ tertarik dengan posting blog Tangga Langit tentang biasiswa yang telah diluluskan. KLIK SINI. Seramai 86 orang pelajar layak mendapat biasiswa tanggungan kerajaan. 3 Melayu, 1 Bputera Sarawak, 71 Cina dan 11 India.
Inilah kesemua mereka yang menerima kelulusan biasiswa ini. Dengan kelulusan ini, dapat mereka menyambung pelajaran..
Ada juga yg kata, ini semua adalah atas desakan MCA untuk memberikan mereka biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara, tetapi, kabinet memutuskan untuk memberi biasiswa dan mereka akan menyambung pelajaran di dalam negara iaitu di IPTS.
SAJ nampak, MCA berjuang untuk melayakkan sesiapa sahaja yang cemerlang dalam SPM untuk melanjutkan pelajaran. MCA juga berjuang ntk anak bangsanya mendapatkan tempat untuk menerima biasiswa dan akhirnya, terbukti sudah.
Ini menunjukkan, MCA masih relevan kepada kaum cina dan dapat menjamin anak bangsa cina untuk mendapat peluang biasiswa. MCA adalah satu wadah kepada kaum cina mendapatkan hak mereka sendiri dan BN tidak akan mengecewakan.
Inilah bukti jelas, BN yang dipelopori oleh UMNO, MCA dan MIC adalah tunjang utama kepada pembentukkan laungan 1 Malaysia. Kesemua sayap ini berfungsi dengan matlamat yang satu iaitu, berjuang dan berkhidmat untuk rakyat 1 Malaysia.
Bukannya SAJ tak kecewa dengan anak Melayu atau Bumiputera, tapi SAJ positif dalam hal ini. SAJ merasakan, kaum cina boleh terus menyokong MCA sebagai pemimpin mereka daripada DAP yang hanya tahu mementingkan diri mereka sendiri sahaja. Kerana itu,ada ahli DAP Melayu keluar DAP masuk UMNO BN.
Kerajaan memberikan biasiswa kepada mereka yang cemerlang. terpulang kepada anak bangsa itu sendiri samada untuk merebut peluang atau tidak. Jangan pula ada suara sumbang menyalahkan kerajaan kerana tidak dapat biasiswa atas sebab kuota kerana biasiswa layak kepada mereka yang berjaya.
jangan hairan lah apabila ada pencacai PR mempertikaikan Melayu dapat minoriti walaupun majoriti di negara ini. Kerajaan nak menunjukkan dengan jelas, tiada nama tercicir yang disengajakan untuk mendapatkan biasiswa dan kerajaan telus memberikan kepada mereka yang layak. Suara sumbang mengatakan kerajaan zalim adalah propa PR sahaja untuk memburukkan kerajaan.
Apa yang pasti, kerajaan menjalankan khidmat kepada rakyat dengan telus dan adil. Bezanya hanyalah, anak bangsa mahu merebut peluang atau tidak.
Below are govt released statistics for PILN/PIDN result 2011 :-
ReplyDeleteNo of applicants =16,990 ( all races)
No of eligible applicants = ( 2559 bumi) + (6298 non-bumi) Total 8857
---------------------------------------------------------------------------
PILN offered to bumi = 726 ( Malay) + 77( Sabah bumi) + 79 ( Sarawak bumi) Total 882
PIDN offered to bumi = 1247 ( Malay) + 16 ( Sabah bumi) + 38 ( Sarawak bumi) Total 1301
Total no of bumi offered PILN/PIDN = 2183 out of 2559 eligible bumi applicants ( success rate 85%)
-------------------------------------------------------------------------------
PILN offered to non-bumi = 466 ( Chinese) + 137 (Indian) + 15 (others) Total 618
PIDN offered to non-bumi = 1086( Chinese) + 108 (indian) + 5 (others) Total 1199
Total no of non-bumi offered PILN/PIDN = 1817 out of 6298 eligible non-bumi applicants ( success rate = 28%)