SAHABAT SETIA SAJ

Tuesday, December 21, 2010

DS NAJIB KECEWA LAAA....

Salam 1 Malaysia...




DS Najib kecewa apabila ada yang mengaitkan DS Najib mencilok idea negara lain mengenai slogan 1 MALAYSIA. 


Kekecewaan DS Najib bukan apa, beliau kecewa kerana hal untuk menyatukan rakyat Malaysia diperlekehkan pembangkang, sedangkan, Kerajaan tidak memperlekehkan konsep yang sama dicilok PAS daripada negara lain iaitu, PAS FOR ALL. 


Kekecewaan ini juga akibat daripada, DS Najib merasakan kejayaan 1 MALAYSIA yang semakin diterima dan difahami rakyat dicemburui Pembangkang yang melihat kejayaan SLOGAN DS Najib.


Tahniah kepada DS Najib kerana berjaya merealisasikan semangat 1 MALAYSIA, hingga menimbulkan keresahan dan kekecewaan pembangkang.











ANTARA CONTOH SAMBUTAN 1 MALAYSIA SANGAT DITERIMA

1 Malaysia bukan terhenti kepada itu sahaja malah mula menyelinap di setiap agenda yang dilakukan rakyat seperti Produk 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, 1 murid 1 Sukan dll. Ini menunjukkan, 1 Malaysia bukan terhad kepada itu sahaja walhal digunapakai oleh pelbagai acara, perkara yang dilakukan kerana untuk mewujudkan semangat 1 Malaysia . Yang menghimpunkan kesemua bangsa yang duduk di bumi Malaysia ini.


Pakatan Rakyat mula tenggelam dengan slogan nya kerana yang menyerlah kini adalah slogan 1 Malaysia yang mendapat tempat di hati rakyat. Juga, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN - juga dinikmati rakyat apabila DS Najib mengutamakan rakyat dan pada masa yang sama, pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara maju giat dicapai untuk rakyat.


Pakatan Rakyat dibaham slogan sendiri, hanyut dibawa kontroversi tanpa memberi kesenangan kepada rakyat.


Pakatan Rakyat bukan membela rakyat, tpi mendera emosi rakyat yang takut kepada kelancangan dan ketaksuban PR menawan Putrajaya hingga sanggup menjual agama dan bangsa.


Pakatan Rakyat semakin merudum dek kerana Ketidaksepakatan Rakyat yang mereka pamerkan apabila berlaku pertelingkahan pendapat dalam PR.




Gagasan 1 Malaysia, di Ilhamkan DS Najib berjaya mencapai target lalu menumbangkan Pembangkang !


Sisipan bacaan : 1 malaysia, 1 israel

2 comments:

  1. Elemen yang paling ditakuti oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang ialah penyatuan kaum yang berbagai agama dan budaya.

    Mereka takut kerana inilah elemen yang selama ini menjadi rahsia kejayaan UMNO-BN menyatukan rakyat Malaysia.

    Inilah juga elemen yang mendorong negara kita berkembang maju dan rakyat menikmati kehidupan yang aman dan penuh berkebajikan.

    Gerombolan Pakatan Pembangkan akan meruntuhkan elemen ini sebelum dapat meruntuhkan Perlembagaan Negara kita.

    Mari kita seru seluruh anak-anak generasi muda yang jauh lebih matang dari mentaliti pengkhianat dan anti nasional yang menjadi pegangan politik Gerombolan Pembangkang.

    ReplyDelete
  2. Pas takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

    Mereka gagal dalam banyak pilihanraya tetapi tidak menerimanya sebagai penolakan rakyat.

    Pas mengamalkan kaedah poltik songsang kerana pemimpin dan penggerak parti itu tidak berwibawa.

    Mereka lebih cenderung ke arah meningkatkan semangat dan emosi kebencian untuk mendapatkan simpati dan undi.

    YAB DS Najib berjaya meneruskan konsep 1Perikatan yang sudah termeterai selama lebih 50 tahun di hati Rakyat menjadikannya 1Malaysia.

    Kejayaan YAB DS Najib dan rakan-rakannya dalam Kerajaan dan Parti semakin menyukarkan Gerombolan Pembangkang, walaupun mereka telah gunakan hampir semua taktik anti nasional dan anti Perlembagaan Malaysia.

    Tahniah dan seluruh Rakyat Malaysia pasti akan bersama YAB DS Najib meneruskan Agenda Rakyat di negara ini.

    ReplyDelete