SAHABAT SETIA SAJ

Sunday, September 19, 2010

Hidup Harmoni

Kita rakyat Malaysia ni tak kira anak jawa ke, melayu ke, kadazan ke, semai ke, asli ke, kaum-kaum bumiputera yang lain, cina ke, india ke, sikh ke hidup dalam keadaan harmoni, aman dan tenteram. Setiap kali aku enter je kaki kat kedai mamak aku rasa inilah tempat kita bersatu. Penyatuan yang sangat baik, sangat harmoni. Malah kalau ada antara kita yang terjatuh depan mata xkira le apa bangsa dia, kita tolong dia. Ini lah kejayaan semangat setia kawan yang kian lama terpupuk di hati kita rakyat Malaysia. kami rakyat biasa ni yang tidak kepentingan dalam kuasa politik rasa sangat aman dan bahagia hidup bersama-sama, tolong menolong. Kaum bumiputera dengan kerja-kerja mereka, kaum cina dengan kerja meniaga sana sini mencari untung, kaum india pun sekarang dah mula maju, dah mula terlibat dalam bidang perniagaan, mengambil tempat orang-orang cina meniaga di kedai-kedai kecil di kawasan pinggir bandar. orang bumiputera pun diberi peluang meniaga juga. ini semua hasil usaha titik peluh pejuang-pejuang terdahulu yang berjaya mengharmoni kan kita bersama. Marilah kita terus kekalkan hidup harmoni ni dalam keadaan tenang tanpa prejudis antara satu sama lain. Pemerintah yang ada sekarang ini telah menjalankan tanggungjawab dengan baik tanpa ada rasis dan penindasan pada kaum-kaum tertentu. kalau pemerintah sekarang rasis, cina takkan kaya, india takkan kaya, hanya yang kaya bumiputera saja. tapi bumiputera pun sekadar nama, ada lah hak sikit yang ditinggalkan datuk nenek moyang kita dulu untuk generasi akan datang, namun nak jadi kaya macam orang cina jauh sangat perjalanannya. kita sedang merangkak nak berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan ekonomi mereka tiba-tiba ada pulak anak bumiputera sendiri yang mendajal kita. Di taburnya paku agar kita lambat lagi sampai ke matlamatnya. Selain itu, kaum lain pulak ambik kesempatan mintak hak kita yang ada sekelumit tu. Menangis kita mengenang takut kita pemimpin musang berbulu ayam sanggup menyerahkan hak kita pada yang meminta hanya kerana impikan kuasa politik di negara bertuah ini.
Aku ni bercakap dengan hati dan jiwa supaya yang membaca juga masuk ke jiwa apa yang aku tulis ni. kalau nak jebek atau ejek pun buat lah jika dah hilang jiwa jati diri sebagai kaum melayu dan bumiputera di negara ni. Gadaikan lah maruah melayu ini demi mengejar kuasa dan cita-cita yang memperjudikan bangsa...

No comments:

Post a Comment