SAHABAT SETIA SAJ

Monday, September 27, 2010

JOM DAFTAR MENGUNDI

Salam 1 Malaysia kepada semua....


Hari ni, tetiba, ramai pulak menyambut harijadi.... majoritinya yg usia 21 thn... wah.. da besar dah.. orang kata, umo 21 thun ni, dah dapat kunci pelepasan... tapi, selagi masih lagi di bawah tanggungan mak bapak, jgn beriya la nk kan kunci.... its just a symbolik... 


so, aku rasa, pada umo ni lah, sudah ada 1 tanggungjwb lain yg perlu ditunaikan kepada negara. kalu tak, wat apa hidup di sesebuah negara andai tidak berbakti pada negara ??? ye tak??? so, setiap individu dalam negara yang sudah berusia 21 thun ni, perlu lah pergi untuk MENDAFTAR MENGUNDI. samada nk undi atau tak pada hari mengundi nti, itu belakang kira. yang PENTING, tunaikanlah dulu permulaan bakti kita kepada negara. 




kita kene ingat, jangan ditanya apakah sumbangan negara pada kamu, tapi apakah sumbangan kamu pada negara... itu yg lebey penting. sebabnya, apabila setiap individu itu mempunyai peranan menyumbangkan sesuatu yg berfaedah kepada negara, makanya, negara tempat teduh kita jugak akan secara tak langsung memberi manfaat kepada kita....


contohnya lah, negara telah menyediakan platform untk kita semua mendapat pendidikan yang terbaik di peringkat mana sekalipun. jadi, apalah salahnya kalu kita membalas jasa negara yg memberikan kita peluang untk study dengan berjasa kepada mereka samada berkhidmat dengan mereka, menghasilkan produk utk pasaran dunia ataupun paling mudah MENDAFTAR MENGUNDI DAN MENGUNDI UNTUK NEGARA. 



ini adalah amanah kita pada negara. tanggungjawab kita kepada Malaysia. bila ianya adalah amanah, maka, kita kenelah melaksanakan amanah itu.... orang yg bijak, akan faham apakah dimaksudkan dengan AMANAH.


so, marilah kita bersama2 memeriahkan suasana mendaftar mengundi. jadikan ianya sebagai satu pengalaman yg meyeronokkan kerana aku masih ingat, aku rasa teruja bila pertama kali mendaftar mengundi.... sebab aku rasa, aku sudah menjadi satu aset kepada negara ini... Wahhhh.... aset negara tuuu.... mahal wooo....


jom kita pergi daftar mengundi. kerana, undi anda sangat berharga.  undi anda ada KUASA yg boleh anda tentukan.....

No comments:

Post a Comment