SAHABAT SETIA SAJ

Monday, September 20, 2010

MOVIE : CATS AND DOGS

2 hari lepas, aku g tgk wayang citer ni memandangkan citer2 lain macam tak best jer. asalnye nk tgk 3D, tpi disebabkan bajet tak brape nk cukup, maka, tgk 2D jer la... asalkan bole tgk movie sudehhh....
 citer ni memg la tersangat sesuai ntk kanak2, ataupun famili sebab citer ni klakar la jugak. maklum la, dpt tgk gelagat cats and dogs ni...


nice story this movie. ianya mengisahkan KITTY GALORE yang ingin membalas dendam terhadap manusia kerana membencinya. Maka, kejahatannya bermula dengan pelbagai cara. Dogs ini bertindak untuk menangkap Kitty Galore ni sebab dia ni telah mengacau life dogs. sedia maklum, anjing kan bergaduh ngan kucing... nk dijadikan cerita, Cats telah bersatu dengan Dogs untuk menangkan Kitty Galore. walaupun Cats ini adalah keturunan kucing seperti Kityy Galore, tetapi, yang salah tetap akan didakwa la. akhirnya, mereka berjaya menangkis serangan Kitty Galore utk memusnahkan life dogs dan manusia.

begitu lah cerita nya... dalam movie ini, banyak pengajaran yg kita dapat... walaupun sekadar cerita kartun, tetapi, message yang disampaikan sangat baik untuk di olah.
Yang menarik perhatian aku dalam cerita ini adalah....
1 - anak-anak CATS yang masih kecil ini, tidak membenci DOGS yang masuk ke rumahnya. sebab, mereka masih kecil yang tidak tahu untuk menilai mana musuh kerana bagi mereka, itu semua adalah kawan. anak2 kucing ini suka bermain dengan Dogs dan Dogs pun tak sangka anak2 kucing ini menerima mereka....
begitu juga dalam hidup bermasyarakat di Malysia ini. anak2 kecil berlaianan bangsa tidak kisah dengan siapa mereka berkawan samada Cina, Melayu, India etc. mereka hanya tahu, mereka ingin berkawan dan enjoy dengan life mereka sebagai kanak2. tetapi, yang merosakkan pemikiran mereka ini, adalah individu yang hanya mementingkan diri sendiri, yang sengaja menggemburkan isu2 perkauman. hmm....

2 - apabila cats and dogs bersatu untuk menentang Kitty Galore, mereka berjaya untuk menumpakannya. mugkin, tanpa cats, dogs takkan berjaya, dan tanpa dogs, cats pun tumpas. so, dorg pun bersatu dan berpakat untuk menumpaskan plan kitty galore supaya hidupan manusia aman bersama anjing2 atau kucing2 peliharaan mereka.
so, aku nampak di sini, mengapa tidak , kita bersatu untuk kesejahteraan semua pihak. walaupun cerita ini tidak menyatakan kalu kita bersatu , kita akan berjaya, tetapi dalam segi penceritaan nya boleh kita tafsirkan begitu. kalu life kita ini saling memerlukan antara satu sama lain, dan saling bekerjasama, kita seme akan memperolehi ketenangan... fikirkan la hal ini.

bagi yang da tgk movie ni, korg fikirkan sendri maknanya... masing2 punya tafsiran tersendri, tpi bagi aku, hidup bersatu lebih memberi impak positif dalam hidup.


so frens out there, enjoy watching dis movie k.

No comments:

Post a Comment