SAHABAT SETIA SAJ

Wednesday, September 22, 2010

OHH KEDAI MAMAK

Salam kepada blogger yg lawati blog ni...
aku terpanggil untuk menulis berkaitan mamak ni.... maklum la..baru pekena teh ais dan nan cheese cicah susu... memg KAW la mamak ni buat... hebat karakas yg dia bagi.. hehehhe....


kedai mamak ni, kat mana2 akan laku lah.. mklum...kedai mamak la yg bertahan untuk menjamu perut kita seme makan selama 24 jam... seme jenis makanan ada. bukan sekadar roti canai dan teh tarik, even, ada western food, ada tomyam, ada buah2an, ada rojak, ada otak2 dan sebagainya... sebab tu kedai mamak ni digemari ramai.. full package la katakan... cakap tentng makan ni, memg best ... TAPI bukan ini shja pandangan yg aku nmpk di kedai mamak ni... 

aku tertarik dengan phenomena kedai mamak yg didatangi oleh mereka yg mempunyai latar belakang yg berbeza. berbeza dari segi agama, warna kulit, pendidikan, status kerja dan sebagainya... bak kata, kedai mamak ni menghimpun kan kita semua untk menjamu selera.. hebat betul mamak ni... adakah mamak itu yang hebat?? sebenarnya, yg jauh LEBIH HEBAT adalah kita sebagai pelanggan nya... kita mampu untuk duduk sebelah menyebelah dengan orang cina, orang india, orang indonesia, orang miskin, orang kaya, orang arab, orang tinggi, orang gemuk dan macam2 lagi... kita ini HEBAT kerana kita makan dengan aman dan tenteram bersama customer kedai mamak yang lain... tidak kira mereka ini memegang ideologi politik yang berlainan. tetapi,kerana KITA INI RAKYAT MALAYSIA YANG HEBAT, kita merasai nikmat makan ini dengan rasa kesyukuran tanpa memikirkan tentang agama apa yg mereka anuti dan sebagainya...




lihatlah, sebenarnya, kita ini sudah aman dan damai dek kerana pemerintah kita yg maintain ntk menyatupadukan kita seme... andai pemerintah kita ini berjiwa rasis, akan terbitlah kedai mamak untuk MELAYU SHJ, kedai mamak untuk CINA SHJ, kedai mamak UNTUK INDIA shj dan sebagainya... tetapi, apa yg berlaku sebaliknya... tidakkah ini melambangkan, kita ini sudah hidup dengan aman...TETAPI MENGAPA PERLU UNTUK SENGAJA MENAIKKAN ISU DAN BERMAIN DENGAN SENTIMEN PERKAUMAN ????

kita sebagai rakyat MALAYSIA sebenarnya gembira dengan kehidupan sekarang... sesiapa shja akan membantu orang2 yang susah tak kira bangsa dan agama ape yang dia anuti... ibarat, kalu kita lihat orang tua berbangsa lain dengan kita yang tetiba jatuh basikal, kita akan tolong dia bukan kerana bangsanya, tetapi kerana kita SATU MALAYSIA. Yang sengaja mengapi2kan sentimen perkauman ini adalah mereka yang HANYA MEMIKIRKAN TENTANG KEPENTINGAN SENDIRI SAHAJA. ini seme adalah propa mereka untuk mengecapi apa yg mereka ingini dengan apa cara sekalipun... bagi mereka, matlamat itu menghalalkan cara....

da panjang sgt lak menulis... cukup la dpt ku simpulkan, peliharalah kesejahteraan kita ini... kita ini sebenarnya sudah aman damai, mengapa perlu membangkitkan isu yang sengaja memberikan jurang kepada kita... kita memerlukan satu sama lain di Malaysia ini. 

salam perpaduan.. salam 1 MALAYSIA...

No comments:

Post a Comment