SAHABAT SETIA SAJ

Tuesday, April 5, 2011

PAS PERTAHANKAN GURU, HINA KELUARGA ADIK SAIFUL


Salam 1 Malaysia, 


BERITA TERKINI :

Pas mohon maaf kematian Saiful Syazani

05/04/2011 6:05pm

KANGAR 5 April - Pas Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kematian seorang pelajar tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada kaum guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.

"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti,” katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.
Hashim, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang berkata, Pas Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.

Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus”sele Eizan berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.
"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi,” katanya. - 

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan, buruk padahnya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak  berguna.   

PAS, kenapa mahu membela orang yang tidak bertanggungjawab ? Kenapa hanya tahu perkataan MAAF sedangkan nyawa tidak boleh dicari ganti ??? Benar, itu adalah ajal Saiful, budak darjah 1 di SEKOLAH AGAMA RAKYAT, tetapi, dia meninggal dunia kerana perangai binatang seorang manusia sekolah AGAMA !!! saya ulang, sekolah AGAMA, AGAMA !!!! 

Di manakah nilai agama seorang guru kalau hanya tahu mendera budak hingga mati ??? Salah budak itu hanya kerana mencuri, tetapi hukumannya hingga mati ??? Inikah hudud PAS ??? Hukum mencuri adalah mati ???? Oooo... GURU PAS belajar hukum hudud begini yer? Kemudia minta maaf jer yer ??? Mudahnya cakap yer. Tak kena batang hidung, mudahlah minta maaf !!! Kurang ajar !!! 

Apa tindakan yang PAS PUSAT PERLIS akan lakukan terhadap guru itu ??? Nampak seperti mendiamkan diri dan hanya meminta maaf jer. Tiada yang lain ker???? Tiada dendaan lain ker??? Oooo ya, maklumlah, orang PAS ni rasa mereka ini maksum dan hebat hinggakan salah mereka ini sangat kecil hanya dengan mengeluarkan sedikit senyuman maaf!!! Itu sahaja.  

Guru itu telah menyebabkan kematian, tetapi hanya maaf yang di iringkan oleh orang lain!!!! Itukah ajaran PAS ??? Itukah guru PAS ??? Guru PAS yang dianggap tinggi agamanya dan akhlaknya, tetapi HAMPAS !!!! PAS MEMANG HAMPAS !!!! Mudahnya nak mintak maaf !!!!

Wahai orang PAS, itu kah tanggungjawab korang kepada rakyat ??? Orang2 PAS  melakukan salah, rakyat yang menanggung perasaan hiba dan sedih ??? banyak cantik punya PAS PIS PUS !!!! Tulah, cakap lagi sokong PAS masuk syurga, jadi mudahlah orang2 PAS melakukan salah kerana akhirnya masuk syurga kerana menyokong PAS !!!!

Seronoklah DAP taja guru PAS ini kerana dapat bunuh ramai lagi generasi MUSLIM akan datang !!! Baguslah tu ye PAS. Puji melambunglah DAP yang bagi duit tambahan kepada guru SAR tetapi akhirnya guru SAR ini bunuh anak2 saudara Islam kita. 




Malas nak cakap banyak, sebab SAJ terasa terkilan dan sedih mengenangkan keluarga adik Saiful yang kehilangan Adik Saiful hanya kerana perkara remeh !!!! GURU SAR memang tak terlatih dan tak terurus ! Konon AGAMA, tapi agama syaitan yang disuka. Nafsu Syaitan yang penuh di dada !!!! 

Kaum ibu bapa sekalian, hati2lah menghantar anak2 untuk mendapatkan pendidikan. Jangan pertaruhkan nyawa anak2 kepada mereka yang bersandarkan atas tiket agama, tetapi tidak tahu erti agama sebenar. mereka itulah hipokrit !!!!

Baca lagi di Tangga Langit : klik sini

Al-Fatihah kepada Adik Saiful Syazani.



8 comments:

  1. AKU JANGKA DAH! GURU NI MESTI ADA KAITAN DENGAN PAS. SEBAB ITU DIA JADI GANAS..

    ReplyDelete
  2. Cikgu-cikgu yang sokong PAS mesti sakit jiwa. Dulu di Tenang, suami calon PAS iaitu Normala. Dia terpaksa mintak MC 21 hari berterusan kerana sakit jiwa.

    Sekarang cikgu PAS di Perlis. Aku percaya, keluarga adik Saiful pasti orang PAS sebab itu dia hantar anaknya di sekolah orang PAS.

    Cikgu PAS bunuh anak orang PAS. Yang jadi mangsa adik Saiful yang tidak tahu apa-apa.

    al-fatihah buat adik Saiful

    ReplyDelete
  3. adakah dia dibunuh kerana namanya saiful???

    ReplyDelete
  4. Anonymous 8.35,
    sama lah, dgr biter ni semalam, da bole agak jgak. dan betul pun.

    Anonymous 9.14,
    kasihan anak yg tak berdosa dan harap ni warning kepada penyokong pas yg lain.

    pacat,
    ops, itu kurang periksa. kebetulan. :)

    ReplyDelete
  5. Ianya bukan sekolah AGAMA tapi sekolah PAS. Olehkerana sekolah PAS maka apa pun yang berlaku walaupun buruk adalah harus saja. Kalau nak dalil, pergilah tanya mereka, insyaallah mereka akan keluar dalil tak sengaja terbunuh budak tu.

    ReplyDelete
  6. Eloklah sekiranya, ibubapa kanak2 yg sedang belajar di sekolah2 agama PAS mengeluarkan anak2 mereka sebelum anak2 itu ditimpa malang spt ini.
    Menyesal dahulu kedapatan, menyesal kemudian tak berguna ..........
    Melayu mudah lupa ...........

    ReplyDelete
  7. mana puak-puak PAS ni? tak mahu komen ke? atau pun takut? tu la jangan anggap kita [ PAS ] ni hebat dari orang lain. PAS itu parti bukan agama semacam juga UMNO. Taubatlah jangan taksub. Nanti kalau orang UMNO jaja gambar adik SAIFUL tu macam mana? tapi itu bukan kerja orang UMNO itu kerja puak hampa yang ikut telunjuk DAP. Taubatlah wahai umat Islam, kita ni bersaudara.....AMINNNN.

    ReplyDelete
  8. itulah kelebihan Pas, segala kesalahan dan dosa akan diampunkan oleh puak2 mereka sendiri...
    mereka semuanya maksum...
    bagi mereka segala kesalahan yg dibuat, kalau niat baik walaupun membunuh akan dapat pahala balasannya syorga...
    sebab tulah perkara ni tidak pernah dihebohkan oleh puak2 Pas
    tetapi kalau umno yg buat 1000 tahun perkara ini akan dijaja, segala hukum, fatwa, maki hamun akan dikeluarkan oleh ustaz2, lebai2, tok guru2, alim ulamak lagi warak dikalangan puak Pas, pagi petang siang malam mereka akan berceramah hingga bersembor air liur menghukum umno
    tapi mujurlah perkara ini berlaku oleh pihak Pas dan umno tidak pernah ada niat utk membesarkan isu ini atau mengaibkan Pas.
    Itulah bezanya dan kebaikan Umno berbanding Pas

    ReplyDelete