SAHABAT SETIA SAJ

Saturday, April 2, 2011

PULAU PINANG DAN SHAH ALAM BERGADUH BESAR !!!!

Salam 1 Malaysia, 


LU DUDUK SANA, TEMAN ANWAR DI SG BULOH.
 SELANGOR SY PEGANG.
 KASI LU TEMPAT SELESA LA.


Lama tak update senario politik Malaysia. SAJ agak busy ckit dengan tugasan lain kerana SAJ ini bukan blogger upahan sapa2 pun. Kerana blogger PRO UMNO BN ini berjuang kerana maruah dan agama, bukan kerana wang ringgit semata2 hingga tawaran mencecah 2-4 juta kepada blogger pembangkang. Berjuang kerana duit tak kekal lama. Itulah SAJ dan rakan2 yang lain.


Reputasi DS Najib semakin mekar dan naik kerana rakyat sudah tahu, DS Najib adalah Perdana Menteri yang berjiwa rakyat. Kesalahan menteri lain itu adalah tertakluk kepada mereka sendiri, tetapi ucapan DS Najib agar semua menteri turun padang dan bermesra bersama rakyat sentiasa meniti di bibir DS Najib. DS Najib berucap dari hati ke hati kerana itu, rakyat makin suka kepada DS Najib kerana apa yg di ucapkan beliau sampai ke lubuk hati rakyat yang dalam. SYABAS DS Najib !!!




Perjumpaan DS Najib bersama rakyat di PPinang mendapat sokongan yang sangat menggalakkan. Mencecah hampir 20k orang !!!! Merangkumi pelbagai lapisan masyarakat !!! Inilah tema 1 Malaysia yang dibawa DS Najib. DS Najib tidak menghimpunkan rakyat kepada acara parti tertentu, tetapi acara menyeluruh kerana terpancar semangat 1 Malaysia di situ. Tidak seperti PAS, yang hanya tahu Solat Hajat tidak kira kepada bangsa sendiri ataupun kepada bangsa api neraka selamanya. 


Solat Hajat yang diadakan untuk Anwar Aljub hanya mengumpul 10k sahaja. Tetapi perjumpaan DS Najib bersama rakyat mencapai 20k !!!! Kerana DS Najib hadir bertemu rakyat dengan ikhlas dan tidak bersebab ! tetapi PAS melakukan SOlat Hajat berdasarkan sebab untuk membela seorang 'mangsa' yang telah menafikan perutnya dalam rakaman itu walaupun dia sendri tidak tgk lagi video itu. Hahahaha !!!!! ahlil nujum lah Anwar aljub ni. Hahahaha....


Rakyat kini buka mata untuk menyandarkan harapan mereka kepada BN dibawah pemerintahan DS Najib. Ini baru di PPinang, dah 20k, kalau tour, mahu berjuta nanti. Di negeri pembangkang iaitu di PPinang, BN mendapat suara ramai (20k), tetapi PAS, di negeri pemerintahan PR iaitu di Shah Alam, hanya dapat 10k jer... Ohh kasihannnn


Apapun, BN tetap di hati rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup yg harmoni dan bahagia di tanah air tumpah darah. TAHNIAH DS NAJIB dan BN !!!


DARI UTUSAN :

Najib yakin BN dapat rampas kembali P. Pinang

02/04/2011 3:56pm

BALIK PULAU 2 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ekoran terdapat tanda-tanda angin perubahan yang berlaku di negeri itu.

Katanya, dalam tinjauan beliau ke Pulau Pinang hari ini banyak pihak meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan semasa, dan mereka mahukan perubahan

"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan,” katanya pada satu persidangan akhbar selepas menghadiri Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini.

Najib berkata, ketika beliau turun padang, ada rakyat yang membisik ke telinganya dan mengeluh bahawa golongan peniaga gerai di Pulau Pinang menghadapi tekanan dan sukar mencari rezeki sedangkan perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika negeri di bawah pentadbiran BN.

Katanya, selain itu angin perubahan juga dapat dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini apabila BN bukan sahaja memenanginya, malah majoritinya melonjak. - Bernama

2 comments:

  1. MOHON LINK BLOG SAYA
    http://helangbuana.blogspot.com/
    TQ

    ReplyDelete
  2. kebangkitan semula sokongan rakyat kepada BN sejak DS Najib ambil alih tampuk pemerintahan Malaysia.Nampaknya semua kaum atau bangsa amat dapat menerima DS Najib dengan ikhlas hati..Sesungguhnya keikhlasan dibalas dengan keikhlasan juga.Terus bangunkan malysia menuju sasaran menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang era2020...Tahniah....

    ReplyDelete