Pelbagai cerita yang SAJ dengar, tetapi, SAJ tak dapat nak komen dalam blog SAJ ni. Maklum lah, SAJ ni agak sibuk kebelakangan ini.
MAKIN TAK TERURUS TGK JANGGUT BOB LOKMAN NI |
AC Mizal dan isterinya yang telah masuk dan mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO menyatakan pendirian mereka untuk berjuang dalam UMNO. walaupun sebelum ini ada ajakan untuk join parti pembangkang, tetapi AC Mizal tidak yakin dengan dasar parti itu. dan akhirnya memilih UMNO. Dan tak lama lagi, Mamat Khalid, pengarah Hantu Kak Limah Balik Kampung pun akan sertai sama.
terima kasih kepada AC Mizal dan isteri kerana percaya dan jelas dengan teras dan dasar daripada DS Najib mahupun UMNO. Dalam UMNO, yang salah kita tidak menangkan dan yang benar itu kita pertahankan. Bukan seperti parti pembangkang, yang salah itu didiamkan, dan yang benar itu dihebahkan menjadi riak dan takabbur pula.
Usah cakap banyak la, isu adik Saiful yang mati di tangan ustaz itu , langsung tidak mendapat liputan di akhbar Harakah. Sedikit pun tak ada. Itulah dasar parti mereka yang menutup kesalahan sendiri.
UMNO sejak dari dulu tidak menjual melayu dan islam kepada orang lain. dalam UMNO, melayu terbela Islam dijaga. Tidak kita melacurkan islam kerana bangsa lain, dan tidak pula kita menjatuhkan maruah melayu kerana bangsa lain. Inilah UMNO. pelbagai cacian dan makian dilemparkan kepada UMNO, hanyalah atas rasa sakit hati mereka kepada kejayaan UMNO. Kerana mereka tahu, parti pembangkang terutama PAS, sudahpun melacurkan agama dan bangsa mereka kepada orang lain. Rela menjadi kuda tunggangan orang lain. Sedangkan Islam itu haruslah menjadi pemimpin, bukan kuda tunggangan.
"IPOH 24 April - Pelakon dan pengacara, AC Mizal dan isterinya artis Emylia Rosnaida sah menjadi ahli UMNO semalam.
Pasangan suami isteri itu merupakan sebahagian daripada 500 ahli baru yang menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO Bahagian Ipoh Barat pada satu majlis malam tadi.
Pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu ketika dihubungi hari ini memberitahu akan menyertai UMNO tidak lama lagi.
"Saya datang untuk memberi sokongan kepada AC Mizal. Insya-Allah saya akan masuk UMNO menerusi Bahagian Gopeng," katanya.
Sementara itu, AC Mizal berkata, dia menyertai UMNO kerana mahu membantu parti itu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Saya bukan masuk UMNO semata-mata untuk menjadi ahli sahaja tetapi saya bersedia membantu jentera UMNO bagi menarik lebih ramai ahli baru menyertai parti ini.
"Sebelum ini, saya pernah menerima pelawaan untuk menjadi ahli parti pembangkang, tetapi saya menolak kerana dasar parti tersebut," katanya selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Exco Kanan negeri, Datuk Hamidah Osman.
Assalamualaikum saudara...
ReplyDeletei'm nobody...
just nak tegur sedikit sahaja...
bab janggut, kalau boleh jangan disentuh...
biarkan janggut bob lokman itu serabut atau apa macam sekali pun...
tapi, kalau niat bob lokman untuk ikut sunnah, maka itu adalah kebaikan baginya...
umat islam diajar untuk berprasangka baik...
jangan kerana tulisan kita, lain pula jadinya...
Anonymous,
ReplyDeletetrima kasih kerana sudi luangkan masa dan mata anda untuk jenguk di blog SAJ ini. saya hargai setiap butir komen anda.
ya, mungkin tak ptut ditgur hal janggut yg serabut, tapi sebgai umat islam, kebersihan dan berpenampilan menarik dan kemas itu adalah lambang agama islam. Kalu kita jadikan kemas dan menarik itu satu niat, insyaAllah, ada ganjaran pahala untuk kita kerana ini juga adalah ajaran Islam.
Ikut la sunnah mana pun, pastikan, kita tidak mencemarkan sunnah Nabi ini. Sunnah untuk berjanggut, tapi nabi kemas walaupun berjanggut.
wallahualam...
Salam,
ReplyDeleteJanggut yang disentuh oleh SAJ dlm entry ini adalah satu perbandingan hasil dari kenyataan Bob Lokman yang mengumumkan bahawa ada 10 orang rakan seperjuangan nya dahulu ingin masuk PAS.
Dengan kenyataan ini timbullah satu pengharapan dan penantian.
Tetapi malangnya penantian kemasukan 10 orang tu tidak berlaku.
Maka untuk menggambarkan makna penantian itu sebagai tidak sia-sia, SAJ mengumumkan pula bahawa janggut Bob Lokman yang tumbuh lebih panjang.
Apa yang dimaksudkan oleh SAJ bnukanlah janggut itu, tetapi kadar masa yang diambil dalam proses penantian kemasukan 10 orang ke dalam Pas adalah bersamaan dengan kadar tumbuh janggut.
Islam itu indah, intelek dan meyakinkan.
Jangan sempitkan sehingga jadi sebaliknya.
Tahniah SAJ, tahniah pembaca...kita yang mencari kebenaran, terpaksalah menghadapi yang benar. kadangkala ia pahit.