SAHABAT SETIA SAJ

Sunday, April 10, 2011

BN DIHANTUI MANIFESTO PEMBANGKANG !!!!


Salam 1 Malaysia, 


KAK LIMAH TUNGGU JANJI PR
SAMPAI DAH JADI HANTU KAK LIMAH


" Ingatkan boleh lah harapkan PR ni memerintah, kot-kot boleh ubah mana yang tak dapat BN lakukan, rupa-rupanya, MAKIN TERUK adalah !!!! "

Ini adalah antara dialog yang paling sopan yang SAJ kedengaran bila di ajukan mengenai pemerintahan baru PR di negeri2 yang berkaitan. Ada juga yang kata, tak ada beza pun. Malah, PR LEBIH TERUK LAGI. Dan ini memang hakikat kerana SAJ sendiri melakukan interview mereka yang berada di sekitar selangor. Bukan tidak ada yang menyokong PR ni, tetapi majoriti antara mereka menyatakan, rugi undi PR pada pru lepas kerana makin HANCUSSSS.

Setuju dengan pandangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, manifesto PR pada pru lepas banyak yang tidak disempurnakan. Betul !!!! Di selangor sendiri, manifesto pru 12 lepas, amboi, bukan main canteeekkkk jer. Segala bantuan nak diberikan. Dapat rm1000 lah, dapat itulah, dapat inilah, dapat rumah baru lah... fuyooo... memang tergoda lah tengok manifesto selangor ni. Tapi apa jadi ???? HAMPEH !!!

Mana hadiah saguhati rm1000 kepada anak yang dapat masuk universiti ?? Tak ada pun. Apa ??? Kene mintak ??? Hahahah.... nak mintak kene turun naik pejabat kerajaan negeri dan banyak songel yer ? Deyy, kalu ikhlas nak bagi, bagi jer la. Semasa SAJ interview beberapa orang warga emas mengenai duit yang mereka akan dapat, warga emas ni ada yang mengomel kata, kene turun naik pejabat kerajaan negeri. Cubalah bayangkan, warga emas yang kene ulang alik untuk mendapatkan hak yang telah dijanjikan kepada mereka. Ini namanya mendera rakyat !!!! 

Ini semua adalah janji kosong dan palsu. PR sedap-sedap dapat memerintah selangor, Rakyat yang derita. Dah dapat undi rakyat selangor, lepas tu, lepas tangan untuk memenuhi janji dalam manifesto. Dalam manifesto ada cakap untuk bina pusat rekreasi untuk belia.PIRAHHHH!!!!! 

Ada rakyat selangor komen, dewan orang ramai yang selalu digunakan oleh remaja belia untuk bermain badminton, ada aktiviti kenduri dan sebagai nya telah merumitkan keadaan. Dulu dewan itu boleh digunakan bila2 sahaja, tetapi kini, kena ambil kunci dewan di MBPJ dan akhirnya, dewan itu terbiar kerana proses amik kunci yang rumit !!!! Mana rekreasi nya kalau yang sedia ada sudah dicantas!!!!!


Manifesto lain menyatakan akan menghentikan projek pembaziran. SUDAHLAH !!!!! Ni, gambar atas ini yang pondok di satu kawasan rekreasi yang menelan belanja RM110k !!!! baca sini : pondok rehat. Ini punya la membazir nya !!!! Kenapa boleh sampai menelan belanja yang tak munasabah ???? SUDAH SAHIH, MESTI ADA KRONI YANG MAKAN LEBIH !!!! 
TAK DAPAT CAT SEBAB CAT DA TUMPAH...

Nu, kat penang tu, janji nak cat rumah flat Padang Tembak bila kawasan tu PKR dapat, tapi sampai la ni, tong cat pun tak nampak !!! Mana janji  ??? Hahahaha... janji masuk tong sampah sebab tak sempat nak cari tong cat !!!! Inikah pemerintah yang rakyat mahukan ????

Rakyat Sarawak, lihat sajalah kekacauan di negeri Pembangkang, yang tahu tabur janji macam tabur makanan pada ayam, tapi lepas tu, janji tinggal janji. Mereka menjanjikan bermacam2 kemewahaan hanya untuk undi, tetapi setelah undi diperolehi, janji tolak tepi. Sedangkan dalam BN dibawah DS Najib, janji tetap ditunaikan. Ada tol yang turun harga, ada barang yang sudah turun harga seperti bawang dan ikan kembung, ada bantuan kesihatan yang dapat dinikmati dengan mudah iaitu klinik 1 malaysia, miskin tegar sudah sifar di KL dan akan berlanjutan di negeri2 lain, bantuan biasiswa kepada mahasiswa kelas pertama, gaji para imam dinaikkan, skim rumah pertama untuk golongan belia, skim buku teks percuma, pendidikan percuma untuk semua murid-murid, dan macam2 lagi. 

Apa lagi yang kita inginkan sedangkan kita telah kecapi kemewahan dan akan selesa lagi dibawah kerajaan BN. Di kedah, segala manifesto mereka itu adalah sekadar tulisan sahaja kerana Kedah sudah maju sebelum PR dapat memerintah. Begitu juga di Penang, pelaburan naik di Penang bukan kerana DAP yang uruskan, tetapi MITI yang dibawa menteri perdagangan dan perindustrian untuk melabur. Bak kata, segala kemudahan yang sedia ada di Penang dan Kedah itu dicuri hasilnya oleh PR. Konon mereka lah yang berusaha memajukan negeri masing2, walhal, negeri itu sudah sedia maju dan sudah establish untuk terus hidup. 


Rakyat Sarawak, janji memang akan berjanji, tapi yang selalu menepati janji, adalah Kerajaan BN. PR suka berjanji, tetapi janji masuk guni nanti. Tak ke mana janji mereka itu. Kita khuatir, janji 100 hari jika mereka menang, tidak akan terlaksana kerana fakta dan contoh yang berlaku sudah menakutkan kita. 

SOKONGLAH KERAJAAN BN YANG LEBIH KONSISTEN MEMBANTU RAKYAT UNTUK SATU TRANSFORMASI KE ARAH MAJU DAN DINAMIK. 


1 comment:

  1. Suara Anak Jawa,

    orang sarawak tak akan terpengaruh janji dan manifesto pembangkang kerana orang sarawak dapat kemudahan bermacam kerana usaha BN. BN memahami geografi negeri sarawak dan berusaha memberi kemudahan. Pembangkang datang untuk kuasa semata sedangkan tidak faham kehendak sebenar orang sarawak.

    ReplyDelete