SAHABAT SETIA SAJ

Friday, December 17, 2010

ANWAR TEGUK DOSA, SAHABAT SYAITAN



SALAM 1 MALAYSIA...


"HABISLAH AKU !! BOTAK LA KEPALA.. NAK LARI MANA LAGI NI ??? "




Kemelut yang melanda Anwar semakin menghempap dirinya. Daripada satu helah, datang pula satu bencana kepadanya, daripada menangguh, datang pula "rezeki" kepadanya.


Kejatuhan Anwar semakin ketara hingga jelas kelihatan, muka Anwar tiada seri dan cengkung akibat menepis segala perbuatan keji hasil daripada tindakannya sendiri. Margin ketidakpercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat umumnya dan PKR khususnya semakin meluas dan melebar dan menebal. 




Kejatuhan Anwar mula kelihatan apabila beliau mempersoalkan ketuanan Melayu yang mendapat bantahan Sultan-sultan di negara ini. Tambahan pula, Anwar memutar belit untuk membuang ketuanan Melayu itu untuk diganti dengan ketuanan Rakyat dan pada masa yang sama, parti sekawan mereka iaitu , PAS mencadangkan Ketuanan Islam. Perbezaan pendapat dan idea menjadikan PARTI ini semakin kelam kabut dan bikin rakyat menyampah.


KETUANAN VS KETUHANAN = ANWAR TAK TAKUT TUHAN

Kemudian, Anwar dirundung kegusaran tidurnya yang lena apabila pendedahan WIKILEAKS ke atas kes liwatnya yang terbukti ianya sesuatu yang SAH dan BETUL. Anwar sekali lagi berusaha untuk membersihkan fakta wikileaks itu dengan mengadakan tour di seluruh Malaysia. Soal ketuanan melayu yang tidak diperjelaskan dan tidak di apa-apakan untuk membela rakyat, timbul pula masalah pendedahan liwatnya. Anwar semakin kelam kabut !!!

Kemudian, Anwar pula membawa amalan PLURALISME yang mendapat bantahan dari golongan akademik Islam. Adakah penyokong PR ini akan memulaukan Bekas Naib Presiden PAS iaitu Datuk Nakhaie Ahmad yang juga mengutarakan pendapat bantahannya mengenai amalan pluralisme dalam PR ??? Datuk Nakhaie juga hairan dengan ideologi PAS yang fatwanya sering berubah mengikut tempo politik mereka, bukan mengikut ISLAM yang mereka asyik laungkan. 


Datuk Nakhaie bimbang akan soal akidah hasil daripada PR yang secara tidak langsung, memesongkan agama ISLAM kepada sesuatu yang berbentuk liberal. Untuk menarik undi bukan Islam bukan dengan kaedah menghalalkan segala dalam Islam kepada agama lain, tetapi ada cara tertentu. Kebimbangan Datuk Nakhaie jelas dalam ucapannya yang dipetik daripada Utusan Malaysia m/s 6.


Dalam soal menjaga agama Islam yang semakin dicemari dek tindakan PAS dan PKR, para akademik atau bukan tidak akan melihat atau mengira soal sokong parti mana, kerana, agama ISLAM itu wajib dipertahankan oleh semua UMAT ISLAM TANPA POLITIK. Jangan seperti PAS yang membawa ISLAM dalam lingkungan POLITIK sahaja. Sedarlah wahai PAS. Jagalah agama kerana Allah, bukan kerana kuasa dan politik.


Tidak sudah dengan DOSA yang Anwar telah lakukan secara terang-terangan, kini membawa imej buruk ke dalam Parlimen. Anwar yang mengaitkan 1 Malaysia dengan 1 Israel mendapat kritikan pedas daripada ahli parlimen kerajaan mahupun rakyat yang tahu membezakannya. Anwar sengaja mengalihkan perhatian kes liwatnya dengan mempertikaikan slogan 1 Malaysia yang hasil daripada APCO. Sedangkan, APCO ini adalah berbeza dengan APCO yang Anwar katakan. Anwar sengaja membawa isu ini agar rakyat lupa kes liwatnya. INI taktik kotor Anwar. Baca ini tentang : APCO


Israel for all dan PAS FOR ALL, itu pun sama, tetapi mengapa Anwar tak pertikaikan ???? PAS juga mengikuti israel . Mengapa tiada bantahan dibuat keatas rakan parti mereka???? Bukan kah jelas Anwar sengaja mengalihkan perhatian ??? Cisssss !!!! 


RAKYAT MELIHAT SANDIWARA POLITIK 


Anwar mencemarkan Parlimen. Rakyat memerhatikan :


Siapa yang suka bikin kacau dalam negara???
Siapa yang bikin rakyat gusar ???
Siapa yang menyusahkan rakyat ???
Siapa yang merosakkan keamanan rakyat ???
Siapa yang bawa budaya buruk pada rakyat ???


Semua ini diperhatikan rakyat dengan mata , hati dan aqal. Pakatan Rakyat nampaknya GAGAL membuahkan hasil kepada rakyat. PR tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat kerana SIBUK MENUTUP KES ANWAR YANG BERANGAN-ANGAN MAHU KE PUTRAJAYA. 



2 comments:

  1. blog sdr telah dipautkan keblog popular http://melayurayadaily.blogspot.com. Jika tidak kelihat sila klik open all dibahagian bawah. mohon pautan sdr jika ada ruang dan tidak keberatan. List itu hanya akan pamirkan 25 sahaja bagi post terbaru. Harap sdr selalu menulis. TQ

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas pautan sdr. salam perjuangan dari saya.

    ReplyDelete