PAS DIPERKUDAKAN UNTUK DAP. |
PENING KEPALA APABILA HAJAT MENJADI HAK DAP. |
Saya mendapat info ini dari sahabat seperjuangan. Ada rasional apa yg dikatakan ini. Saya kongsikan bersama agar kita membuka fikiran memandang jauh masa depan demi agama dan bangsa. ketepikan fahaman politik seketika dan cuba berfikir sedalamnya. Buang seketika rasa marah, dendam dan sakit hati, kerana itu akan mendekatkan kita kepada SYAITAN. Baiklah kita beristighfar dan memahami maksud tersembunyi DAP ini.
rahsia DAP yang mesti kita tahu
1. DAP tahu bahawa Anwar bakal disabitkan bersalah dalam kes terbarunya.
2. Namun DAP turut menyedari bahawa Anwar juga berpotensi menjadi Perdana Menteri.
3. Maka apakah cara yang boleh dilakukan bagi mengawal manusia bernama Bro Anwar Bin Ibrahim, seandainya takdir Allah untuk memberi pengajaran kepada umat Melayu di Malaysia ialah dengan mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia?
4. Strategi yang diguna pakai DAP mudah saja iaitu 'meletakkan' Karpal Singh sebagai Ketua Barisan Pembelaan dalam kes liwat Bro Anwar Bin Ibrahim.
5. Dengan berbuat demikian, maka DAP akan memperolehi segala maklumat berkaitan perangai luar tabii Anwar selama ini.
6. Harus diingat bahawa DAP adalah sekutu PAP yang memerintah Singapura, dan kerajaan Singapura sudah mengetahui akan tabiat Anwar ini sejak 1988, dan surat LKY kepada TDM pada 1998, yakni selepas pemecatan Anwar, adalah bukti bahawa Singapura sememangnya berniat menggunakan maklumat yang mereka ada bagi menekan Anwar seandainya beliau naik sebagai PM Malaysia ketika itu.
7. Cuba kita bayangkan senario berikut:-
- Karpal Singh bersungguh menangguhkan kes Anwar, sekurang-kurangnya sehingga PRU-13 kerana yakin Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
- Tetapi sebelum sempat Anwar mengangkat sumpah sebagai PM, dia tiba-tiba disabitkan bersalah oleh Mahkamah, maka sudah tentu dia akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan sekaligus tidak lagi layak dilantik sebagai Perdana Menteri.
- Justeru next in line ketika itu sudah tentulah DAP kerana berdasarkan situasi semasa, DAP memiliki lebih kerusi parlimen berbanding PKR/PAS, dan tidak mustahil DAP akan mendapat lebih kerusi lagi berbanding rakan sekomplot pakatan di PRU-13.
- Dan tidak menjadi masalah untuk DAP memperolehi mandat daripada rakan se'pendatang'nya iaitu MCA, Gerakan etc. bagi menyokong usul perlantikan Perdana Menteri daripada kalangan mereka. Tambahan pula, Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan sesiapa saja boleh dilantik sebagai Perdana Menteri selagi mereka mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat. Maka, tidak mustahil dikalangan ahli DAP boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.
8. Cuma mungkin yang merisaukan DAP adalah tindakan yang bakal diambil oleh PAS andai senario di atas benar-benar terjadi. Tetapi DAP masih boleh bernafas lega selagi Pok Nik dan geng erdogan dalam PAS sentiasa menyokong mereka secara membabi buta.
9. Sama ada akan wujud kerajaan Perpaduan antara UMNO & PAS ketika itu, ia masih dalam kesamaran.
10. Yang kami tahu, akhir-akhir ini berlaku beberapa siri pertemuan sulit antara pihak tertinggi kepimpinan UMNO & PAS yang tidak dihebahkan kepada umum.
11. Apa yang bakal berlaku di PRU-13 adalah sesuatu yang menarik untuk dianalisa.
12. Kempen PAS hari ini adalah "Pas For All", but at the end, "DAP will take it all".
p/s : saya republished post ini semula setelah kene banned dalam seminggu lepas sebaik jer saya post tentang ini.
No comments:
Post a Comment