SAHABAT SETIA SAJ

Wednesday, February 23, 2011

ADOIYAI NIK AZIZ... FAMOUS AJE DIA...

Salam 1 Malaysia, 







Ramai pencacai PAS yang DEFEND Pok Nik tu secara MEMBABI BUTA dan kononnya, Pok Nik tu langsung tiada kesalahan. Adoiiii..... taksub betul la pencacai PAS ni. Alangkah Allah pun tak nak orang taksub kepada Nabi melebihiNya, tapi Pencacai PAS ni, telah menjadikan Pok NIk tu macam maksum pulak. Macam Pok Nik tu langsung tak buat salah. Come on laa...... Sokong mana yang BETUL jer laaa.... 


Ini bukti dakwaan telah dibuat sekian lama kepada Pok Nik sesat. Rugi Pok Nik ni. Belajar agama tinggi2 hanya nak menyesatkan orang, memecahbelahkan umat Islam dan Melayu. Haishhhhh....


Korang bacalah bukti yang jelas menunjukkan Nik Aziz menyimpang dalam menyebarkan agama Islam yang sebenar.


Kenyataan Nik Aziz menyeleweng:Majlis Fatwa


NILAI: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan menyifatkan kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata jawatankuasa berkenaan sebenarnya sudah membincangkan isu itu sejak tahun 2000 dan memutuskan ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah S.W.T.

Katanya, keputusan muzakarah itu juga sudah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001.

"Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka adalah salah mengikut ajaran Islam.
"Jawatankuasa juga berpendapat sesiapa yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya pada sidang media di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dekat sini.

Sehubungan itu, Abdul Shukor yang juga Naib Canselor Usim berkata, umat Islam terutama mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai Islam dinasihat berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara yang tidak betul atau bida'ah yang boleh mengelirukan dan memecahkan umat Islam.

"Kepada orang ramai, saya ingin nyatakan bahawa dalam ajaran Islam sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka kecuali Allah S.W.T sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya.
"Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita," katanya.

Abdul Shukor berkata, pihaknya berharap sebagai tokoh dan arif mengenai agama, Menteri Besar Kelantan membetulkan pandangannya bagi mengelakkan kekeliruan timbul di kalangan umat Islam.

"Saya mengharapkan politik itu tidak mengatasi agama. Jadi, agama itu kalau boleh dalam keadaan kita sekarang ini yang inginkan kepada perpaduan, amat penting kepada umat Islam kepada keharmonian.

"Saya harapkan juga supaya kita sama-sama tidak menggunakan Islam atau pandangan tertentu demi kepentingan politik, malah saya harapkan kita bersatu dan melupakan isu politik demi agama kerana isu agama itu lebih tinggi," katanya.

Bercakap kepada pemberita pada penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kelmarin, Nik Aziz menyatakan Islam yang dibawa Umno tidak boleh membawa seorang Muslim ke syurga.

Susulan tuduhan terbaru Menteri Besar Kelantan itu, ramai tokoh agama dan ahli akademik menyifatkannya sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.

Malah, ada yang berpendapat Mursyidul Am Pas itu sudah berada di tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam. - 

Berita Harian



3 comments:

  1. Assalam bro,

    Ini kali pertama aku bukak blog ko..dan mungkin yg terakhir

    Ko menghina org tua tu mcm ko tu lebih Islam dari dia

    Aku pon Jawa gak..tapi ko dah memalukan Jawa

    Patut la sunyi je blog ni..

    Goblok!

    Bijan Hamsor

    ReplyDelete
  2. anonymous,
    tak kisah la yg terakhir pun..
    aku hina dia ker??? hehehe, benda betul beb, apa la nak dihina.... yg ko tu taksub sgt kenapa... sujud la byk2 yer, kasi syurga melimpah ruah kat ko...

    sunyi bukan bermakna tak ada isi, tpi sunyi kerana orang macam ko tu takut nak baca sebab ada betul dan logiknya. hehehehe....

    aku memalukan jawa ??? pantang anak jawa dimalukan dan ditipu dengan fatwa sesat. hehehe

    apepun, trima kasih kerana sudi komen kat sini.

    ReplyDelete
  3. cam kimak je mamat ni,.

    ReplyDelete