Salam 1 Malaysia,
ILUSTRASI PELUKIS YANG MAHUKAN PERPADUAN |
Luahan bicara kepada PAS:
Sedari dulu, pas memang berjuang untuk islam, hinggakan parti pun diberi nama Parti Seislam Malaysia. Memang kagum arrr.... parti lain semuanya berbaur sekular kan...kan...kan.... TETAPI, hanya nama tinggal nama, tak guna jugak NIk Aziz oooiiii....
Nama untuk memperjuangkan islam, tapi semakin rapat Pas dengan DAP, semakin keliru pulak islam PAS ni. Apa yang dicari kepada Islam yang dijual PAS ni ? Pas menggunakan islam demi KUASA, PERIBADI SENDIRI dan MEMECAHBELAHKAN UMAT. Ini Islam nya ??? Heh !!! Sahih sesat dah oiiii...
Aku tak hiraukan PAS dahulu sebab aku tahu, PAS dulu memang buat kerja depa sendiri jer. Even, UMNO tak nak kacau pun. Sebab apa ??? Sebab UMNO tahu, PAS itu semuanya melayu islam, jadi UMNO tidak mahu bermusuh dengan PAS. Lantak pi la Pas nak buat apa pun. Nak pegang kelantan hingga nak istihar keluar Malaysia pun ok lagi. Sebab ??? Sebabnya PAS itu adalah melayu islam.
Tapi kini , PAS yang diacukan PISTOL DAP, sanggup menjadi pembenteng atas ketelanjuran tindakan DAP mahupun tindakan ahli Pakatan Rakyat yang haram. Tindakan PAS yang sangat drastik membela DAP adalah :
- Melacurkan ayat Quran kepada KAFIR laknatullah demi politik dan undi. Akhirnya majlis fatwa memutuskan HARAM membenarkan kafir menggunakan ayat suci Al Quran.
- Membenarkan perkataan Allah dalam suratkhabar Kristian yang andai dilakukan, boleh menyebabkan kekeliruan generasi muda akan datang mengenai Allah Islam, dan Allah kristian pula. Mujur, Ustaz Haron Din pun menolak hal ini.
- Menghalalkan masjid menjadi tempat senamrobik yang bercampur laki perempuan dan juga, mennjadikan masjid negara tempat untuk berdemo hingga mencemarkan masjid !!!
- Memberi "rasuah" kepada orang asli yang baru memeluk Islam di saat kempen di Galas. Ape, tak ada waktu lain ke nak bagi sumbangan. Cettt, dasar munafik jugak la korg ni.
- Sepanjang 20 tahun PAS menjaga Kelantan, tetiba pulak ada CHINATOWN kat sana. Hahaha....Ape kes Nik Aziz ??? DAP nak bawa undi cina ke sana la tu. Serambi mekah tukar kepada SERAMBI MEREKAH.
- Nik Aziz bersatu dengan kenyataan LKW tentang Islam di Singapore dihadkan. Isu LKW pun, nik aziz setuju. Pasai apa ?? pasainya, LKW tu bersama DAP. PAP di Singapore, DAP di Malaysia. Dua-dua ini adalah mempunyai tujuan yg sama. LKW nakkan Malaysia ni dan digunakan melalui DAP. DAP menggunakan Anwar ibrahim dan PAS untuk merealisasikannya.
- Nik Aziz menjadikan agama satu ugutan kepada pengundi hingga mengatakan, undi umno itu jahiliyyah. Nizar pun cakap, haram SYARIE undi umno. Ini semua adalah taktik kotor menjual agama. Nik Aziz sanggup buat begini walaupun tahu, mereka akan kalah dan bertanding untuk kalah. Nik Aziz pernah cakap, gunakan perang psikologi, dan inilah perangnya untuk menakutkan pengundi.
- Premis arak diluluskan sebanyak 44 premis di Serambi Merekah iaitu tempat yang majoritinya adalah Islam !!!! Siapa minum arak yg banyak tu ??? Ibaratnya, kafir boleh minum dan mandi air arak sbb banyak disana.
- Dan ada banyak lagi. Ini adalah antara yang menjadi topik hot semenjak PAS dengan DAP yang dikatakanm kubur DAP itu lebih luas daripada UMNO kerana DAP sokong PAS.. Cetttt !!!!
Adakah dengan menggunakan nama Islam itu dikatakan islamik walaupun tingkahnya tidak islamik ??? jangan berangan la PAS bahawa syurga itu milik korg semua. jangan berangan kata, kubur korang lebih luas dan aman daripada kubur Umno. itu namanya bongkak dan sombong. Apa PAS lupa ke ada ayat tentang orang yang menyombongkan diri di dunia ini ???
BERSATU YANG MEMBAWA KEHARMONIAN |
BERSATU DALAM AQIDAH YANG SAMA |
PAS yang dikasihi kerana kita saudara sesama Islam, muhasabah diri semula atas segala ketelanjuran PAS sekarang ini. APakah UMNO yang namanya sekular itu tidak menaikkan ISLAM ?? Umno tidak mencemarkan masjid dan ayat suci Al Quran, itu sudah bukti terbaik bahawa, UMNO tahu menggunakan Islam pada tempat yg terpuji, bukan untuk dikeji dan dibeli.
PERPADUAN YANG DINANTI RAKYAT |
WALAU APAPUN, ISLAM DAN UMATNYA PERLU BERSATU |
Kembali lah PAS kepada konsep perpaduan antara sesama Islam, itu yg lebih utama. Apabila kita bersatu, PAS tidak akan menegakkan sesuatu yang haram walhal akan duduk semeja untuk menegakkan agama Allah. Apakah PAS tidak mahu menegakkan ISLAM dengan aman dan sejahtera ? Kita sesama islam tahu akan hukum dan hakam dan mudah untuk kita melaksankannya. Andai terpisah, wujudlah percanggahan. Andai bersatu, wujudlah persamaan,
kepada PAS, bersatu lah atas tiket, ISLAM dan sesama Islam. Buat apa memusuhi sesama Islam dan terus menuduh UMNO ini zalim dan musuh Islam. jangan disangka Iman yg tinggi itu jaminan syurga kerana ujian Allah itu maha hebat kepada orang yang beriman. Jangan Iman yang tinggi itu menyebabkan muflis di akhirnya nanti. wallahualam....
Salam,
ReplyDeleteSelamat kembali.
Pas bukan tahu solat TAUBAT.
Pas hanya tahu solat politik TAUBUAT jer..
salam penditakainsingkat,
ReplyDeletehehehe, didikan PAS kepada generasi muda lah tu, solat TAUBUAT. Solat tu jer dapat ke syurga guna smart tag !!!