SAHABAT SETIA SAJ

Saturday, February 26, 2011

AHLI PAS KELUAR PAS, BOB LOKMAN PULAK MASUK PAS.



Salam 1 Malaysia, 


Nik Aziz kan sudah berubah nada baru2 ni kan... katanya,mahu membela melayu. Itu kerana, atas sebab, PAS sendiri merasakan , sokongan orang Melayu kepada PAS sudah menjauh. Memang benar, dan orang dalam PAS sendiri pun, naik meluat dengan PAS. 


PAS beriya ceramah ke hulu ke hilir tentang Islam, tetapi, MELAYU sendiri tidak terbela. Penang yang mula  menghalau melayu, PAS senyap jer. tidak ada apa2 pun yg PAS boleh lakukan. Maka, melayu sudah naik menyampah dengan PAS ini. 





Ya, berita terbaru ,ada ahli PAS keluar daripada PAS, dan masuk UMNO ,yang lebih relevan dan konsisten dalam perjuangan.!!!



1,800 ahli Pas masuk UMNO sejak januari

26/02/2011 5:26pm

PASIR PUTEH 26 Feb — Sejak Januari lepas, seramai 1,800 anggota dan pemimpin Pas menyertai UMNO Pasir Puteh selepas berasa tertipu dengan perjuangan parti tersebut.
Ketua UMNO bahagian itu, Zawawi Othman berkata, mereka menyerahkan borang keanggotaan menerusi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, 
Semerak, Gaal dan Selising.
"

Ramai lagi anggota Pas terutama di peringkat akar umbi dalam proses menyertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menerima 30 borang permohonan menyertai Umno di Kampung Wakaf Bunut, DUN Selising, di sini hari ini.


Beliau berkata antara yang menyertai UMNO itu termasuk bekas ketua Pemuda, ketua Muslimat dan anggota jawatankuasa Pas cawangan yang telah bersama PAS antara 30 hingga 40 tahun.


Kemasukan mereka secara beramai-ramai yang diluar jangkaan ini memberi harapan cerah kepada Barisan Nasional untuk merampas kembali empat DUN tersebut dan kerusi Parlimen Pasir Puteh pada pilihan raya umum akan datang, katanya. — Bernama

3 comments:

  1. Pas dah jadi parti hiburan. ramai pelawak2, penyanyi, pelakun, pencipta lagu, penulis lirik, pelakun teater, pengacara semua nak masuk PAS sebab depa rasakan UMNO dah x der hiburan. baguslah mcm tu sebab ramai ahli PAS akan join UMNO untuk menggantikan artis2 tu. terima kasih BOB sebab bagi laluan kepada Ahli pAS join UMNO. Hidup UMNO!!!

    ReplyDelete
  2. hati riang !!!

    bagus komen anda. benar kan ??? UMNO sudah ditemani orang2 yang celik dalam ISLAM SEBENAR...

    Syabas UMNO kerana perjuangan membela agama dan bangsa tetap diteruskan dan mendapat mandat rakyat.

    ReplyDelete
  3. kelakor.. kalau PAS semua org keluar.. asal PAS aje semua keluor parti.. kahkahkah, ramai uh 1800 kahkahkah... tunggula PRU nanti macammana.. PRK boleh la cerita.. rejim guna segala sumber.. PRU nanti rejim pun tak larat nak layan semua peti undi hahahaha

    ReplyDelete