SAHABAT SETIA SAJ

Friday, November 5, 2010

PAS, PKR, SAPP TUNDUK

salam 1 MALAYSIA....


syukur alhamdulillah, BARISAN NASIONAL menang di dua dun - GALAS DAN BATU SAPI.


GALAS :


kemenangan BN dengan majoriti 1190 melayakkan YB Ab.Aziz Yusoff sebagai wakil rakyat bagi dun Galas yang sebelum ini kepunyaan PAS.


meraikan kemengan BN di GALAS

Penerimaan rakyat galas kepada BN menunjukkan rakyat galas mula mempercayai bn yang dapat membantu mereka meningkatkan taraf hidup selain mendapat bantuan-bantuan lain. Ab.Aziz yang merupakan penduduk tempatan di Galas percaya bahawa kelebihannya itu dapat membantu beliau menabur khidmat kepada rakyat di galas. Kepercayaan rakyat galas kepada BN membuktikan juga, penerimaan rakyat terhadap pemerintahan DS Najib. 



BATU SAPI :

bersama TPM meraikan kemenangan BN di BATU SAPI

Majoriti besar iaitu 6359 memihak kepada BN sekaligus Linda Tsen Thau Lin dinobat sebagai YB baru di sana. Kesinambungan perjuangan mendiang suaminya dahulu tidak terhenti hanya di situ dan ianya diteruskan setelah kemenangan masih memihak kepada BN. Usahanya menyusuri jalan-jalan berliku dan pulau-pulau tidak sia-sia dan diterjemahkan dengan kemenangan besar ini yang mengalahkan calon PKR dan SAPP. 

TAHNIAH KEPADA 
YB AB.AZIZ YUSOFF DAN YB LINDA TSEN THAU LIN 
DI ATAS KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA MEREKA 
UNTUK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB 
YANG DIBERIKAN.

DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA 
JENTERA BARISAN NASIONAL 
DAN PIHAK2 YANG TERLIBAT 
SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK 
DALAM PROSES PILIHANRAYA KECIL 
DUN GALAS DAN BATU SAPI.




1 comment:

  1. Menang ini petanda betapa rakyat mahukan perkhidmatan bukan retorik. BN kena tawarkan perkhidmatan ini sampai PRU 13. Rakyat menilai sebenarnya.

    ReplyDelete