SAHABAT SETIA SAJ

Friday, November 26, 2010

PRU 13 HAK RAKYAT

SUMBER :  

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

MENGUNDI TANGGUNGJAWAB KITA.


PM ulas pilihan raya serentak

 

JOHOR BAHRU 25 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum beliau memutuskan sama ada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijalankan serentak atau berasingan.
“Soal bajet satu perkara. Tapi banyak perkara lain yang perlu juga diambil kira,” katanya semasa ditanya sama ada PRU 13 dan Pilihan Raya DUN Sarawak akan dijalankan serentak sebagai langkah menjimatkan kos.
Diminta menjelaskan bahawa kenyataannya itu bermaksud kedua-dua pilihan raya itu akan diadakan secara berasingan, Najib enggan mengulas lanjut.
“Apa sahaja boleh jadi (kedua-dua pilihan raya sekali gus) dan saya tidak katakannya (kedua-dua pilihan raya akan dijalankan serentak),” katanya.



Sebagaimana pihak pembangkang, mahupun rakyat marhaen macam wak-wak di sini, semuanya mencongak-congak pilihanraya ke 13 bakal tiba. cuma masa yang tepat tu blum tahu lagi.


sebagai seorang rakyat Malaysia yang tidak mengira apa jua bangsa, agama, suku kaum, silalah jalankan kewajipan dan tanggungjawab kita pada negara. 

apa tunggu lagi, marilah beramai-ramai pergi berdaftar undi. ayuh, suarakan hak kita di tanah air ini.

No comments:

Post a Comment